MESIN KOPI PINTAR ARISSTO Untuk Bercawan-cawan Kopi Premium Itali Dengan Hanya RM 1 Sebulan? Siapa Tak Nak Kan?

Farah Waheda Wahid
1

Sebagai seorang peminat kopi tegar… Kak Fa nak beritahu jer yang kopi premium memang tak sama dengan kopi biasa. Saat kau hirup jer kopi premium tu… Dia punya nikmat…Perghhh… Memang sukar untuk dibayangkan dengan kata-kata. Itu satisfaction sebenar seorang peminum kopi tau tak? Sebab tu…tak ada apa yang nak dihairankan kalau para penggemar kopi sanggup mengeluarkan belasan atau puluhan ringgit demi untuk menikmati rasa kopi premium yang tiada tolok bandingan. Tu kena faham tu. Bukan kami ni sebagai penggemar kopi mengeluarkan belanja yang agak besar untuk secawan kopi kerana ikut-ikutan mahupun kerana mahu menunjuk, tetapi nikmat kopi tu yang penting pada kami. Ha ha ha… Tapi tulah… Kita ni manusia memang diberi pilihan. Bila dah tak ada pilihan itu yang sanggup berbelanja besar demi secawan kopi tu. Kalau ada pilihan, siapa yang tak mahu berjimat kan? Dulu mungkin tak ada pilihan…Kini dah ada pilihan ok? MESIN KOPI PINTAR ARISSTO untuk bercawan-cawan kopi premium Itali dengan hanya RM 1 sebulan? Siapa tak nak kan? Rugi ooo kalau tak. Psssttt…. Sebenarnya ni barang baik yang Kak Fa dapat tahu di Malaysia Coffee Fest baru-baru ni yang berlangsung dari 25 Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019 di LG Floor Oval, 1 Utama Shopping Centre.


Memang meriah ya ampun Malaysia Coffee Fest tempoh hari dan yang paling meriah adalah di booth Arissto. Berasak-asak dan berpusu-pusu umat manusia yang mengerumuni booth Arissto di Malaysia Coffee Fest. Kak Fa ingatkan apalah kan? Rupa-rupanya Arissto menawarkan MESIN KOPI PINTAR untuk bercawan-cawan kopi premium Itali dengan hanya RM 1 sebulan. Padanlah ramai sangat sampai berlaga-laga bahu semua orang. Serius sesak weiii… Pusing kiri penuh dengan manusia. Pusing kanan pun penuh dengan manusia. Kiri kanan depan belakang penuh dengan manusia. Hu hu hu… Terdetiklah dalam hati best sangat ke kopi yang dihasilkan daripada MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ni? Naklah cuba juga kan? Takkan nak pandang jer?


Rezeki nak merasa kopi premium Itali yang dihasilkan oleh MESIN KOPI PINTAR ARISSTO bila salah seorang kakitangan ARISSTO sapa Kak Fa dan tanya sama ada Kak Fa nak rasa ke tidak? Jawapan? Haruslah nak rasa oiii…. Rugi kalau tak rasa. Ha ha ha… Penat-penat bersesak-sesak lepas tu tak nak rasa? Buat apa kan? Wajib rasa.





Dari proses memasukkan kapsul ke dalam MESIN KOPI PINTAR ARISSTO sehingga ianya menitis menjadi secawan kopi… Saat kopi premium Itali itu masuk ke dalam mulut dan melalui tekak… Perghhh…Memang delicate and smooth. Rasa kopi tu memang susahlah Kak Fa nak bayangkan. Cumanya Kak Fa kalau boleh nak yang membaca ni pun turut rasa kopi premium Itali yang Kak Fa minum tempoh hari. Eh serius korang, kalau ada peluang, Kak Fa nak korang sendiri rasa kopi premium Itali dari Arissto, sebabnya dia punya sedap tu memang tak boleh bawa bincang. Kak Fa percaya yang bukan peminum kopi pun boleh jadi peminum kopi selepas rasa kopi premium Itali Arissto yang dihasilkan oleh MESIN KOPI PINTAR ARISSTO.

Mesti anda terbayang kan? Kalau dah nama kopi premium dan dihasilkan oleh MESIN KOPI PINTAR pula tu, harga mesti terangkat-angkat kan? Know what? Anda boleh menikmati bercawan-cawan kopi premium Itali yang dihasilkan oleh MESIN KOPI PINTAR ARISSTO dengan hanya RM 1 sebulan with no binding contract! Harga asal MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ni adalah berjumlah RM 1,580.00. Cumanya pada waktu dan ketika ini, pihak Arissto menawarkan MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ini kepada anda dengan hanya RM1 sebulan tanpa sebarang binding contract. Kalau kebiasaannya kita bayar semata untuk minum kopi premium berbelas-belas atau berpuluh-puluh ringgit secawan dengan MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ni, kita boleh menikmati secawan Espresso dengan hanya RM 1.79 secawan dan secawan Cappucino dengan hanya RM3.29 secawan. Banyak jimat tu!

Lebih Mengenai Pelan RM1 MESIN KOPI PINTAR ARISSTO!

Pelan RM1 MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit dan juga kad debit untuk menikmati inovatif kapsul kopi Itali dengan yuran bulanan sebanyak RM1. Yuran bulanan sebanyak RM1 ini adalah termasuk kos penyelenggaraan mesin kopi.

Komitmen Bulanan

Hanya 20 kapsul kopi! Untuk melanggan pelan RM1 MESIN KOPI PINTAR ARISSTO, anda hanya perlu memesan secara minimum dua kotak kapsul kopi ARISSTO dengan kad kredit atau kad debit yang sah. Pelan ini adalah merupakan pelan dengan non-binding contract. Bermaksud anda boleh membatalkan langganan dan memulangkan semula MESIN KOPI PINTAR ARISSTO pada bila-bila masa tanpa sebarang caj ekstra atau tersembunyi.


Anda juga boleh jimat sehingga 28% ke atas pembelian kapsul Arissto setelah melanggan pelan RM1 MESIN KOPI ARISSTO di mana anda layak untuk mendapatkan harga ahli ke atas setiap pembelian kasul Arissto. Setiap kotak yang mengandungi sama ada 10 kapsul kopi atau teh dengan harga RM 21.60 sahaja berbanding harga asal RM30.00. Jimat 28% serta-merta ok?



Bagi ahli VIP pula, penjimatan adalah sebanyak 46%. Nak jadi ahli VIP ni anda perlu melanggan MESIN KOPI PINTAR ARISSTO dengan membayar refundable deposit sebanyak RM280.00 untuk MESIN KOPI PINTAR ARISSTO dan selepas itu anda layak untuk menikmati diskaun sebanyak 46% ke atas semua pembelian kapsul kopi. Setiap kotak yang mengandungi 10 kapsul kopi dengan harga RM 17.90 berbanding harga asal RM30.00. Up lagi! Anda juga boleh mendapatkan tambahan 56% diskaun untuk pembelian kapsul susu. Setiap kotak yang mengandungi 10 kapsul kopi dengan hanya RM 15.00 berbanding harga asal RM30.00. Wohooo! Memang menarik tawaran Arissto ni. Mana nak dapat macam ni? Dah lah kopi sedap yang amat…Lepas tu harga yang ditawarkan memang harga boleh bawa bincang. Ha ha ha…






Tak suka kopi? Teh pun boleh! Teapresso ok? Teapresso! Inspirasi Espresso ke atas teh… Seni baru di dalam penghasilan teh… Confirm tak pahit! Pakar minum teh mesti dapat bezakan ni dan bersetuju yang teh yang dihasilkan dengan mesin kapsul Arissto memang high-end serta sangat berkualiti. Kopi dah confirm sedap…Teh pun sedap oiii…. Cukup satu jer Kak Fa rasa tempoh hari. Sampai sekarang teringat-ingat kesedapan teh tu ha. Terasa-rasa lagi Pure Ceylon Black Tea with Passion Fruit Flavor hari tu. Hu hu hu… Macam mana ni? Dah kepingin dah ni. Huuuu… Mungkin Kak Fa akan consider untuk dapatkan sebiji MESIN KOPI PINTAR ARISSTO ni. Sedap memang tak boleh bawa bincang langsung dah…sampai terbayang-bayang dan terasa-rasa dalam tekak sampai ke hari ni.


Kalau Kak Fa ulang dua puluh juta kali pun, penceritaan Kak Fa tetap sama iaitu kopi mahupun teh Arissto yang dihasilkan oleh MESIN KOPI PINTAR ARISSTO memang unbeatable. You should get this if you are a coffee lover or tea lover. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh layari laman web Arissto di SINI ataupun laman Instagram Arissto di SINI.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !