Memang Betul Rasa Fresh Dengan SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING Yang Terbaru!

Farah Waheda Wahid
0

Sejenis perangai… Disebabkan packaging yang menarik dan comel membawa kepada rasa teruja nak mencuba sesuatu yang baru untuk rangkaian penjagaan kebersihan tubuh. Sesekali nak juga sesuatu yang baru. Asyik pakai gel mandian yang sama jer pun, kadang-kadang boleh jadi bosan juga. Ha ha ha… Tiba-tiba teringat zaman-zaman remaja dulu – suka jer bertukar-tukar jenama produk penjagaan diri. Pakai sekejap tukar jenama lain, pakai sekejap tukar jenama lain. Sejenis yang tak ada brand loyalty betul! Tapi Kak Fa rasa bukan Kak Fa sorang jer kan? Ramai jer macam Kak Fa yang kerap bertukar-tukar produk penjagaan diri. Cuma bezanya sekarang tak macam tu lagi dah…Kalau dah serasi dan sesuai memang Kak Fa akan stick pada satu jenama jer. Terpanggil nak mencuba SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING setelah terpengaruh teruk dengan packaging-nya…. Tak dapat nak tahan dah rasa nak mencuba tu, tapi tak menyesal-lah Kak Fa cuba sebabnya memang betul rasa fresh dengan SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING yang terbaru! Psssttt…tapi masa memula tengok packaging tu rasa macam nak minum jer. Ha ha ha…. Sebab inviting sangat!

SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING adalah merupakan rangkaian gel mandian anti-bakteria dengan kombinasi sensasi yang menyejukkan dan manfaat buah-buahan semulajadi yang melindungi, menyegarkan malah memanjakan kulit tubuh. Ini adalah merupakan inovasi terbaru dari SAFI yang merupakan jenama Halal No.1 di Malaysia, hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation | Centre iaitu makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Malaysia. Bila dah halal tu memang tak perlu fikir berjuta kali dah nak jadi pengguna. Dah tentu-tentu halal kan?

Apa yang menarik tentang SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING adalah ianya dapat memberikan perlindungan antibac harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.9%. Terhasil daripada formulasi bahan mesra kulit, SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING adalah rangkaian gel mandian antibakteria bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben dan mempunyai kadar pH yang seimbang.

Rangkaian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING diinspirasikan dari sensasi menyejukkan buah tembikai dan nenas, merumuskan kombinasi manfaat kesihatan dan kecantikan bahan semulajadi yang memberikan perlindungan antibakteria optimum dan memelihara kulit tubuh badan.

Selepas mencuba jer, Kak Fa memang rasa segar all day long sebabnya dari apa yang Kak Fa dapat tahu, SAFI sememangnya memberikan kesegaran sepanjang hari dan menyuntik keceriaan selepas seharian sibuk di pejabat atau jadual padat yang memenatkan. Sesuai sangatlah kan dengan cuaca panas terik di Malaysia sekarang ni kan? Ha ha ha… memang rasa cooling jer…Macam duduk dekat London pada musim winter. Ada dua variasi tau? Dan dua-dua pun Kak Fa dah cuba. Ha ha ha…sejenis yang tak sabar.

Gel Mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY WATERMELON


Mengandungi anti-oksidan semulajadi, kadar pH seimbang, bebas alkohol, bebas paraben dan bebas sabun. Bau harum bunga dengan kesegaran rasa tembikai – rasa nikmat jer mandi ok? Dahlah nikmat lepas memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga, membasmi kuman 99.9% kuman* (berdasarkan hasil ujian in-vitro), diperkaya dengan manfaat ekstrak tembikai dan lemon yang berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas serta diperkaya dengan manfaat ekstrak lemon dan madu yang bukan sahaja kaya dengan manfaat anti-bakteria tetapi menyegarkan, melembapkan dan melembutkan kulit.

Gel Mandian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER FROSTY PINEAPPLE


Ini bau sitrus buah nenas dan ia juga menyejukkan, menyegarkan serta semestinya menjadikan sesi mandian menceriakan selepas seharian sibuk dengan komitment kerjaya dan hari yang sangat-sangat mencabar. Ianya memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga, membasmi sehingga 99.9% (*berdasarkan hasil ujian in-vitro), diperkaya dengan ekstrak nenas, raspberry dan kelapa yang terkenal dengan manfaat anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas serta diperkaya dengan kombinasi 3 x ganda manfaat anti-penuaan bahan semulajadi yang dapat mengekalkan keremajaan kulit.


Dijual di dalam pek botol 1kg pada harga RM 18.50 dan juga pek eko isian semula 850g pada harga RM12.50 yang boleh didapati di semua pasaraya, farmasi dan platform e-dagang rasmi LAZADA – SAFI MALAYSIA di www.lazada.com.my/shop/safi . Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia .

Cuba ok? Memang best sebab Kak Fa dah guna.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !