KU.KU Duckbill Bakal Laku Keras Di Butik TATEH

Farah Waheda Wahid
0

Sebelum sold out – nak nasihat jer… Laju-laju curi masa ke Butik TATEH, tak kisahlah mana cawangan sekalipun kan?  Terus dapatkan rangkaian produk KU.KU Duckbill di sana. Situ jerlah yang ada pun… Mana ada tempat lain lagi yang ada jual produk KU.KU Duckbill selain dari Butik TATEH? Kak Fa nasihat dan beri cadangan jer… Kalau tak nak terima tak apa…Hak masing-masing kan? Ahaksss… Cuma kenapa Kak Fa kata sebelum sold out? Sebabnya produk KU.KU Duckbill bakal laku keras di Butik TATEH. Jangan nanti bila dah dengar ramai mak-mak yang memilih produk KU.KU Duckbill, masa tu baru nak cari, masa tu tak dapat apa yang dihajati sebab dah sold out. Haaaa…Masa tu jangan cakap Kak Fa tak payung ya? KU.KU Duckbill tu apa? Ni nak ceritalah ni…Tapi kalau nak tau cerita kenalah baca…Ha ha ha…Kalau tak memang sampai bila pun tak tau apa sebenarnya kan? Rasa anda boleh agak kot? Rangkaian produk untuk bayi. Produk apa? Tu tetap kena baca juga… Haip jangan malas…Meh baca sini meh…

Cerita dia macam ni… Jini Baby yang berasal dari Taiwan yang merupakan syarikat induk kepada KU.KU Duckbill telah ditubuhkan selama 40 tahun di mana pada asalnya ianya adalah berfokuskan kepada produk tekstil bayi. Jenama Ku.KU Duckbill telah didaftarkan pada tahun 2000 dengan bertumpukan kepada penyelidikan dan perkembangan di dalam barang keperluan bayi bermula dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun. Pelbagai jenis rangkaian produk di bawah jenama KU.KU Duckbill meliputi produk makanan bayi, produk penjagaan kesihatan mulut bayi, produk tekstil kapas dan barangan permainan bayi. Terdapat 1200 jenis produk di bawah jenama KU.KU Duckbill. 1200 ok? 1200…Banyak tu…


Comel jer kan nama KU.KU Duckbill? Kak Fa rasa unik dan memang comel…Maskot pun comel lahaiii…. Asal-usul jenama ni KU.KU Duckbill ni telah tercipta dan diasaskan oleh pengurus besar Jini Baby, Guan Lin Li semasa beliau di dalam perjalanan perniagaan ke Australia. Imej jenama itu berasal dari salah satu mamalia primitif yang telah hidup sejak sejuta tahun lalu dan masih wujud sehingga ke hari ini, iaitu platipus. Oleh kerana ianya dianggap sebagai berharga dan memerlukan habitat yang bersih untuk hidup, indirectly ia relates to apa yang ibu bapa sentiasa fikirkan tentang bayi. That is bayi mesti mempunyai tahap penjagaan yang sama dan piawaian tinggi dalam kesihatan dan keselamatan supaya bayi boleh membesar dan menjadi kuat seperti KU.KU Duckbill. Macam tulah ceritanya.


And… sebenarnya yang membuatkan Kak Fa terpanggil untuk berkongsi tentang rangkaian produk bayi dari KU.KU Duckbill ni adalah kerana Kak Fa sempat meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis pelancaran dan rumah terbuka KU.KU Duckbill x Butik Tateh di Ampang Glasshouse baru-baru ini. 







Kak Fa dah lihat dengan lebih dekat produk-produk KU.KU Duckbill dan Kak Fa juga dah rasa dengan tangan sendiri material yang digunakan oleh KU.KU Duckbill. Tu sebab Kak Fa berani nak cerita, berani nak kongsi.

Di antara produk yang telah dilancarkan oleh KU.KU Duckbill ketika berlangsungnya majlis yang berkenaan adalah seperti:

PPSU Standard Feeding Bottle – 240 ml


Rangkaian PPSU KU.KU Duckbill adalah diperbuat mengikut FDA compliant food-contact grade and medical grade material yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang menganggu hormon seperti Bisphenol A. PPSU boleh bertahan sehingga ke 200 darjah Celcius (329 Fahrenheit) untuk proses pensterilan berulang dan ianya menghalang bau atau penyerapan warna. PPSU adalah merupakan kombinasi di antara kaca dan plastik yang bebas BPA dan ringan. Manakalah, putingnya pula adalah diperbuat daripada soft food-grade silicon yang tidak berbau, berwarna dan tidak meninggalkan kesan. Sistem pengaliran udara yang unik mengurangkan “colic” dan menawarkan pengalaman menyusu yang sangat hampir dengan penyusuan susu ibu kepada bayi.

Milk Powder Container 3 in 1


Ini memang lain dari milk powder container yang pernah Kak Fa jumpa di pasaran. Sebabnya milk powder container dari KU.KU Duckbill ini tidak meninggalkan sisa baki susu formula di dalamnya seperti milk powder container yang lain. Yang ni wajib ada ok? Senang nak travel ke mana-mana.

Pacifier Bandana Bib


Bib ni function adalah untuk memastikan puting bayi tu tak tercampak dan hilang entah ke mana-mana. Helok terletak jer dekat tempatnya…Ha ha ha… Dan di dalam masa yang sama sebenarnya nak membantu menyelamatkan pakaian bayi daripada sentiasa biasa dan kotor. Rekabentuk bergaya dan senang dipadankan dengan mana-mana pakaian. Tak nampak pelik. Ha macam tulah.

Take-apart Food Scissors


Gunting ni bukan untuk gunting rambut, tetapi ianya berfungsi sebagai pemotong makanan seperti makanan bayi, kanak-kanak dan dewasa iaitu buah-buahan segar, sayur, daging, pasta dan sebagainya. Diperbuat daripada material stainless steel Jepun yang anti karat serta ketajaman yang dapat bertahan lama. Bebas BPA, senang dibersihkan serta mempunyai tutup untuk memastikan kebersihannya.


Itu adalah di antara produk yang secara brief Kak Fa sempat nak terangkan di dalam entri ni, tapi kalau nak tahu lebih banyak produk lagi, anda boleh melawat ke Laman Instagram KU.KU DuckBill Malaysia… Cucilah mata sepuas-puasnya…Ha ha ha…Memang geram jer tengok dan memang lepas tu wajib terjah Butik TATEH. Jenama KU.KU Duckbill boleh didapati di semua rangkaian butik kelengkapan ibu dan bayi terutamanya di Butik TATEH. Tak susah pun nak cari Butik TATEH, ada 17 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Shah Alam, Setia Alam, Sg. Buloh, Kuala Terengganu, Seberang Jaya, Kota Bharu, Cheras, Saujana Utama, Gombak, Senawang, Kota Damansara, Ampang, Bandar Tun Hussein Onn dan Kelana Jaya. Senanglah kan? Nak dapatkan produk KU.KU Duckbill. Mana-mana pun ada jer.

Perbezaan KU.KU Duckbill dengan jenama lain yang patut anda tahu adalah, KU.KU Duckbill sangat mengambil berat tentang pembangunan produknya. Sebelum memulakan pasaran di Malaysia, pihak KU.KU Duckbill telah banyak menghabiskan masa untuk melakukan penyelidikan pasaran dan pemahaman tentang keperluan pengguna di Malaysia, kaedah keibubapaan dan sebagainya. Contohnya, pemanas perut biasanya digunakan di Taiwan untuk melindungi perut bayi dan mencegah perut bayi daripada menjadi sejuk. KU.KU Duckbill mendapati pemanas perut di Malaysia hanya cukup besar untuk menutupi pusat bayi. Rekabentuk dan pilihan kain juga berbeza di Taiwan. Oleh yang demikian, KU.KU Duckbill merasakan bahawa sebelum menjalankan pasaran, mereka perlu betul-betul memahami tabiat penggunaan di Malaysia untuk benar-benar membantu para pelanggan menyelesaikan masalah tersebut dan mendapatkan kepercayaan pelanggan.

Bukan setakat Malaysia, jenama KU.KU Duckbill juga mempunyai pangkalan jualan global di China, Hong Kong, Jepun, Korea, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Brunei, Mesir, Paraguay, Mexico, Jerman serta lain-lain. So? Nak Kak Fa trust ke tak trust jenama? Kalau tak sungguh, tak kata ya tak? Kalau tak elok, tak masuk pasaran global ya tak? So fikir-fikirkanlah ya? Melalui apa yang Kak Fa lihat, tak mustahil KU.KU Duckbill ni akan menjadi jenama kegemaran ibu-ibu seMalaysia.  Check out Instagram KU.KU Duckbill dan check out Laman Facebook Butik TATEH to learn more.


Tahniah kepada KU.KU Duckbill dan juga Butik TATEH dan terima kasih kerana memberikan pilihan rangkaian produk bayi yang berkualiti kepada ibu bapa di Malaysia.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !