Kenapa Kak Fa Kata Dompet Elise Edition dan Dhea Tag, JOVI Leather Ni Best Dan HARUS Beli?

Farah Waheda Wahid
1

Dari sekadar pandang-pandang dan jeling-jeling… Akhirnya Kak Fa kecundang dan tewas bila mana Kak Fa turut sama terjebak menjadi pemilik dompet Elise Edition dan Dhea Tag dari JOVI Leather. Tak tahan hati oooo…. Setiap hari dok lalu-lalang di Instagram Feed dan Facebook Timeline Kak Fa. Tengok punya tengok akhirnya Kak Fa terjebak sama dengan yang lain-lain. Ha ha ha…Biasalah perempuan kan? Dompet Elise Edition dan Dhea Tag dari JOVI Leather ni memang sangat-sangat memuaskan hati Kak Fa dan Kak Fa rasa selama kini belum pernah beli lagi dompet ataupun tag yang sampai begini sekali. Best ooo…. Kenapa Kak Fa kata dompet Elise Edition dan Dhea Tag, JOVI Leather ni best dan HARUS beli? Nilah nak kongsi ni sebab apa… Ha ha ha… Baik baca sebab memang Kak Fa tau ada yang sedang mencari-cari dompet baru dan tag untuk kegunaan diri sendiri kan? Cepat! Baca entri ni cepat!

100% Kulit Lembu Tulen


Pemilihan material atau bahan adalah merupakan satu faktor penentu bagi semua peminat fesyen. Betul tak? Macam Kak Fa – tanpa mengorbankan gaya, Kak Fa sukakan sesuatu yang tahan lama dan berkualiti. Kak Fa adalah sejenis yang tak kisah membelanjakan sebahagian wang di dalam mendapatkan barangan yang Kak Fa suka asalkan ianya berkualiti baik dan tahan lama. Sebab tu, Kak Fa tertarik dengan dompet Elise Edition dan Dhea Tag dari JOVI Leather. Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dan susah untuk mencari kulit lembu tulen yang digunakan sebagai material utama pembuatan, JOVI Leather tetap dapat mencari pemilihan kulit lembu yang terbaik di dalam memastikan ketahanan produk yang dihasilkan dan di dalam masa yang sama memastikan bahawa mereka tetap mengekalkan rupa asal dompet.

Ciri RFID Anti-Theft


Berbeza dengan dompet-dompet lain yang Kak Fa pernah gunapakai, dompet Elise Edition dari JOVI Leather didatangkan dengan ciri RFID Anti-Theft  iaitu dilengkapi dengan sekuriti RFID yang berfungsi untuk mencegah kecurian data kad-kad bank anda yang dilakukan melalui teknik imbasan pada masa kini. Kan ke sekarang ni memang ada kes-kes macam ni? Kak Fa pernah terbacalah dulu tapi tak ingat bila… Penjenayah zaman sekarang boleh jer curi data kad-kad bank melalui teknik imbasan. Kak Fa rasa itu yang relate kepada ciri RFID Anti-Theft pada dompet Elise Edition dari JOVI Leather ni. Bagus kan? Kita ni kalau boleh mencegah, eloklah kalau kita mencegah sehabis baik sebelum terkena ya tak? So glad dan Kak Fa rasa Kak Fa tak salah pun memilih dompet Elise Edition dari JOVI Leather pada kali ini.

Logam Emas Bersinar Pada Dompet Elise Edition & Dhea Tag


Pada pandangan mata Kak Fa, dompet Elise Edition dan Dhea Tag dari JOVI Leather ni nampak sangat mewah. Fine cow leather yang dihasilkan dengan sempurna serta diserikan lagi dengan indah oleh perkakasan logam emas bersinar. Emas yang berkilat menjadikan dompet Elise Edition dan Dhea Tag lebih mewah dari dompet-dompet lain yang Kak Fa pernah gunapakai. Kehalusan sentuhan logo daripada perkakasan logam emas menambahkan lagi simbol kemewahan kepada dompet Elise Edition dan Dhea Tag.

Personalized Engraved Name Secara PERCUMA



Boleh engrave nama sendiri di atas logam emas yang ada di dompet Elise Edition dan Dhea Tag dari JOVI Leather. PERCUMA jer tak perlu bayar pun. Bagi Kak Fa ini, menjadikan dompet Elise Edition dan Dhea Tag rare. Sebab ada nama Kak Fa sendiri di atasnya. Manalah tau kot-kot kalau Kak Fa terlupa letak di mana-mana ke di pejabat, sekurang-kurangnya bila ada nama Kak Fa yang dah di-engrave pada logam emas pada dompet Elise Edition dan Dhea Tag, orang dah tau yang itu Kak Fa punya! Ha ha ha…Al-maklumlah kadang-kadang ada juga sifat pelupa pada Kak Fa ni ha.

Pembungkusan Mewah


Walaupun beli untuk diri sendiri tetapi Kak Fa tetap sukakan pembungkusan mewah JOVI Leather. Ini membuatkan Kak Fa terfikir yang selain untuk diri sendiri, dompet Elise Edition dan juga Dhea Tag ini boleh Kak Fa jadikan sebagai hadiah kepada Mama Kak Fa. Untuk suami, tunang, teman lelaki boleh sangatlah dapatkan dompet Elise Edition dan juga Dhea Tag untuk pasangan masing-masing kalau dah kehabisan idea nak hadiahkan apa kepada insan tersayang pada hari-hari istimewa kan? At least dengan JOVI Leather selain dari produk yang sangat berguna, ia didatangkan dengan pembungkusan mewah lagi eksklusif. Tak perlu susah-susah nak fikir nak balut ke apa lagi dah kan? Memudahkan kerja pun ya.

Jaminan Selama 369 Hari

Tak banyak produk yang mampu untuk memberikan jaminan untuk satu tempoh jangkamasa yang panjang. Terutamanya jaminan ke atas pembelian dompet ataupun tag atau keychain. Paling-paling lama pun selama 7 hari selepas dari tarikh pembelian. Berbeza dengan JOVI Leather, mereka menawarkan jaminan selama 369 hari kepada para pelanggan mereka yang membeli dompet Elise Edition dan jaminan selama 30 hari untuk  yang membeli Dhea Tag dari mereka.

Bagaimana pula dari segi penghantaran? Sangat cepat ok? Once order is being placed, pihak JOVI Leather akan menguruskan proses penghantaran anda dengan efisien dan cepat. Berdasarkan pengalaman Kak Fa, penghantaran produk yang dibeli cuma mengambil masa kurang dari 3 hari. Kesemua pesanan akan diproses dan dihantar di dalam tempoh 24 jam. Penghantaran normal adalah di antara tempoh 2 ke 5 hari bekerja dan sekiranya ada sebarang kelewatan, pihak JOVI Leather sendiri yang akan memaklumkan kepada anda.


Setakat ini, bila produk dah sampai ke tangan Kak Fa, Kak Fa sangat berpuas hati dengan kedua-duanya dan honest confession, Kak Fa in planning untuk belikan Mama Kak Fa juga. Itu menandakan apa? Itu menandakan memang Kak Fa sangat gembira dan berpuas hatilah dengan produk yang dihantar. JOVI Leather walk the talk dan tak adalah ibarat indah khabar dari rupa. Sebagaimana yang Kak Fa lihat di laman web jualan atas talian JOVI Leather, sebagai itu jugalah produk yang Kak Fa terima.

Harga jualan bagi dompet Elise Edition JOVI Leather adalah RM229.00, tetapi pada waktu dan ketika ini sedang berlangsungnya promosi di mana, untuk 1000 unit yang pertama anda boleh mendapatkan dompet Elise Edition pada harga RM149.00 sahaja. Bagi Dhea Tag pula, harga jualannya adalah RM89.00 dan bagi promosi awal pelancaran anda boleh mendapatkan Dhea Tag dengan harga RM69.00. 

Untuk Pembelian Dan Maklumat Lanjut:



Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Really, its a nice wallet to use.

    Take time also to view and join.

    https://viralmarket-share.com/?en=mayann01

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !