Kalau Hujung Minggu… Cari Kak Fa Dekat Pasaraya SEGI FreshMart…Mesti Ada Situ!

Farah Waheda Wahid
0

Rutin mak-mak kaedahnya. Kalau hujung minggu…Cari Kak Fa dekat Pasaraya SEGI FreshMart…Mesti ada situ! Ahaksss…. Kalau turun SEGI, confirm jumpa Kak Fa dekat situ. Muda-muda port hujung minggu dekat Mon’t Kiara minum kopi pagi-pagi dengan kawan-kawan dan habiskan masa bersama, bila dah jadi isteri, jadi mak terus berubah 360 darjah rutin tu dah… Kalau nak jumpa, jumpa jer kat SEGI. Ha ha ha… Kenapa SEGI? Kenapa bukan tempat lain? Mestilah ada sebab kan? Selain daripada membeli stok barangan basah mingguan sebab Kak Fa memang simpan stok seminggu-seminggu ada sebab kenapa Kak Fa memilih SEGI sebagai tempat nak membeli.

Pertamanya – lokasi SEGI ni dengan pejabat Kak Fa memang dekat. SEGI ni juga dekat dengan taman perumahan Kak Fa. Nak pergi pun mudah. Tak perlu lalu traffic congestion dan tak perlu nak bayar tol pun! Ha ha ha… Parking pun senang sebab memang banyak parking disediakan di SEGI yang Kak Fa pergi tu. Melambak-lambak. Pilih jerlah nak parking jauh? Parking dekat? Ikut selera masing-masing. Besar pun besar. Selesalah pada Kak Fa. Tapi yang utamanya memang banyak sangat variasi untuk Kak Fa memilih. Semuanya segar sepertimana yang selalu Kak Fa dengar dari kawan-kawan. Murah pun murah. Boleh kata memang berbaloi sangatlah membeli-belah barangan basah di SEGI.

Kak Fa cuma perlu sediakan bajet RM100.00 setiap minggu untuk barangan basah dan dari RM100.00 tu macam-macam Kak Fa boleh beli. Jumlah barangan yang Kak Fa boleh beli dengan RM100.00 di SEGI berbeza dengan jumlah barangan yang Kak Fa beli di tempat lain. Iyalah, zaman ekonomi dunia sedang berantakan dan zaman ekonomi Malaysia tak berapa nak stabil ni, hidup tetap perlu diteruskan tetapi di dalam meneruskan kelangsungan hidup tu, kita sebagai pengguna memang perlu sangat berhemah di dalam berbelanja. Masalah untuk sesetengah dari kita adalah, kita memang nak sangat berhemah untuk berbelanja. Cumanya keadaan, masa dan situasi yang tidak mengizinkan. Betul tak? Kita nak berhemah tetapi sebagai pengguna kita memang memerlukan tempat-tempat seperti SEGI ni untuk turut memberikan sokongan. He he he…Mujur ada SEGI tau… Glad to know yang SEGI offer barangan basah yang berkualiti dengan harga yang boleh bawa bincang.

Apa jer yang Kak Fa suka beli di SEGI? Banyak sebenarnya dan di antara banyak-banyak tu:

Ikan, Ayam, Daging Serta Makanan Laut

Kalau nak betul-betul segar, silalah terpacak pagi-pagi dekat SEGI ya? Sebab masa ni…ikan, ayam, daging serta makanan laut baru sampai. Baru sampai ni senang sikit, banyak pilihan yang segar-segar. Nak yang besar? Nak yang kecil? Nak yang sederhana? Pilih ajerlah. Senang nak memilih bila banyak dan baru. Kalau matahari dah terpacak baru sampai….memanglah masih ada yang segar tapi banyak dah kena rembatlah. Takut-takut habis jer dan apa yang dicari tu tak ditemui sampailah ke esok harinya. Ha ha ha… Kenalah tunggu pula esok kan?




Tips Kak Fa pilih ikan segar mudah jer. Kalau ikan yang dah dipotong-potong, Kak Fa mencari yang masih berdarah-darah lagi tu. Macam gambar Ikan Tenggiri yang Kak Fa paparkan di dalam entri ini. Ikan Tenggiri yang telah dipotong-potong dan berdarah seperti ini adalah segar menurut tafsiran Kak Fa. Ahaksss… Kalau ikan yang belum dipotong Kak Fa suka main kepak-kepak kepala dia….Ha ha ha…Nak tengok dalam tu masih merah dan melekit ataupun dah lebam, pucat lesi. Kalau masih merah dan melekit-lekit tu Kak Fa akan ambil tapi kalau dah lebam, pucat lesi, I’m sorry goodbye. Body kena mantap. Ha gittew. Kak Fa pilih cara macam ni jer. Kalau tengok mata ikan tu Kak Fa tak berapa nak reti. Ha ha ha…Dah jadi satu kerja pula nak tenung mata ikan. Dari tenung mata ikan baik Kak Fa tenung mata suami. Cia cia cia…. Kan? Betul tak?




Kak Fa suka borong daging tulang di SEGI. Bagi Kak Fa daging tulang yang ditawarkan di SEGI memang banyak isi. Jadi tak rugi. Tulang ni selalunya Kak Fa suka sama ada masak sup atau kari tanpa santan. Satu bahan basah yang wajib untuk Kak Fa beli setiap kali Kak Fa jejak ke SEGI.



Hantu ketam tu Kak Fa. Bukan setakat gila makan ketam tetapi Kak Fa pandai pilih ketam juga tau. Nak share lah sikit kan? Nak pilih ketam cara Kak Fa adalah, Kak Fa suka kepak-kepak cangkerang bahagian belakang dan kemudian tengok sama ada masih putih atau dah lebam. Kalau dah lebam I’m sorry goodbye. Tapi sebelum decide nak membeli ketam tu, Kak Fa suka timang-timang dulu, berat ke lampung? Kalau lampung rugi beli weiii…. Isi nanti pun lampung jer…Terkulat-kulat jer makan, rasa tak puas. Nak beli biar puas makan ya tak? Kalau setakat ambil rasa jer baik tak payah ya tak? Tips ketiga yang Kak Fa belajar dari seorang Chinese Uncle beberapa tahun ke belakang dulu, Uncle tu ajar Kak Fa supaya pilih ketam yang kakinya panjang. Dia kata ketam dengan kaki yang panjang tu bagus isinya.


Selain ketam, udang di SEGI memang sangat seksi. Memang syok pilih udang sebab semua segar dan keras lagi. Yang Kak Fa boleh cakap – bila kakitangan SEGI lambak jer udang dekat tray jualan tu…Berpusu-pusu orang memilih udang sebab memang segar.


Sayur-Sayuran







All I can say is that sayur-sayuran di SEGI memang luxury. Dari sayur moden sampai sayur kampung pilih jer nak yang mana. Apa jenis sayur sekalipun. Segar, tak layu dan tahan lama. Yang penting kena pandai pilih lah dan cara simpanan pun nak kena betul.

Bawang Besar, Ubi Kentang, Bawang Putih, Ikan Bilis




Stok ni memang kena senantiasa ada di rumah. Kalau membeli di SEGI yang Kak Fa suka adalah boleh pilih sepuas-puasnya dan boleh beli sebanyak mana yang kita nak. Kak Fa suka cara macam ni sebab dengan harga murah, masih boleh pilih bahan-bahan yang berkualiti. Bukan apa, sebelum-sebelum ni ada juga Kak Fa terfikir nak beli yang dalam karung tu tapi ramai antara kawan-kawan Kak Fa yang dah terkena, beli dalam karung ada yang dah busuk. Jadi eloklah dapat beli harga dalam karung tetapi boleh pilih macam dekat SEGI.



Ikan bilis pun banyak pilihan mengikut gred dan harga tetap murah dari kebiasaan. Ada yang dah siap dikopek dan ada yang masih belum dikopek. Pilih jerlah ikut kesesuaian.






Dengan RM100.00 percaya atau tidak, paparan gambar di atas menunjukkan semua yang Kak Fa beli di SEGI pada setiap minggu. Dapat makan sedap dengan cara berbelanja paling berhemah. Happy sangat sebab ada pasaraya seumpama SEGI ni. Kalau tidak…ha ha ha..tunggulah sebulan sekali ke nak makan lauk sedap-sedap kan?

Untuk Maklumat Lanjut:


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !