![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google - bharian.com.my |
Antara kenangan zaman sekolah terutamanya Sekolah Rendah adalah jajan sebelum dan selepas sekolah. Kebiasaannya yang paling popular adalah jajan selepas sekolah. Memang bab-bab jajan ni dari dulu sampai kini kot? Kalau Kak Fa lalu di sekolah yang berhampiran dengan office Kak Fa ni pun boleh nampak masih ramai lagi para peniaga yang berniaga jajan di kawasan sekolah dan berpusu-pusu murid sekolah menghurung untuk membeli jajan. Masa zaman Kak Fa dulu yang popular Sate Ikan, Keropok Lekor, Twisties, Mamee segala bagailah termasuk aiskrim Malaysia. Tapi tulah…zaman dah berubah. Jajan pun berubah juga. Jenis-jenis jajan zaman sekolah sekarang jangan tanya Kak Fa. Kak Fa tak tau sebab Iyash tak masuk ke sekolah rendah lagi. Mungkin kalau dia dah masuk nanti Kak Fa taulah kan? Yang merisaukan adalah penjualan gula-gula GHOST SMOKE yang Kak Fa dengar dari berita sewaktu Kak Fa memandu.
Melalui apa yang Kak Fa faham gula-gula GHOST SMOKE adalah sejenis gula-gula yang didatangkan dengan pelbagai perisa dan mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut. Penjualan gula-gula GHOST SMOKE telah berleluasa dan pada waktu dan ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mula menyiasat aktiviti penjualan gula-gula GHOST SMOKE serta penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula GHOST SMOKE di seluruh negara. Nak kaya punya pasal sanggup nak mendorong bangsa Malaysia rosak. Memang taklah Kak Fa nak suka dengan jajan yang bernama GHOST SMOKE ni ha dan Kak Fa pasti memang semua ibu bapa takkan suka dengan gula-gula GHOST SMOKE.
Anak-anak yang sudah mula bersekolah bermula dari tadika sehingga ke sekolah rendah dan sekolah menengah lambat laun akan mula kenal dan dikenalkan dengan jajan. Kalau tak mereka sendiri yang ternampak dan teringin, kawan-kawan secara percuma akan membuatkan mereka ternampak dan teringin. Ya tak? Ya lah…Tengok kawan beli, anak kita pun nak membeli. Tengok kawan makan, anak kita pun telan air liur nak makan. Betul ke tidak? Macam kitalah? Ha ha ha…Tengok orang dok pakai handbag Michael Kors, kita pun teringin nak bergaya dengan handbag Michael Kors. Tengok orang beli kereta baru, kita pun teringin nak membeli kereta baru. Macam tulah konsepnya. Nak kawal tu…Macam susah jer nak dihujahkan… Kan dalam hidup ni ada benda yang boleh kita kawal dan ada benda yang kita tak boleh nak kawal. Takkan mungkin kita dapat kawal anak kita yang berbelanja di sekolah sewaktu ketiadaan kita. Ada tak ada sehabis baik yang boleh kita buat adalah didik anak kita tentang jajan dan beri pesanan khidmat masyarakat berulang kali tentang jajan serta syarat yang kita letakkan. Doa banyak-banyak anak ikut cakap kita. Dengar pesanan serta nasihat kita.
Apa yang mampu kita buat sebagai ibu bapa untuk cegah anak kita dari suka berjajan sangat ni?
Contoh yang baik memang dari kita sebagai ibu bapa. Hakikatnya anak-anak adalah peniru paling hebat, makanya suka tak suka, nak tak nak sebagai ibu bapa kita perlu memberikan contoh yang baik. Cara paling senang jangan biasakan diri kita sebagai ibu bapa membeli sesuatu jajan atau belanja jajan di hadapan anak-anak. Anak-anak kan pentiru paling hebat. Dia nampak kita beli, dia pun nak beli. Senang tapi tak semudah yang disangkakan. Ha ha ha… Itu Kak Fa akui or else kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak tentang jajan. Jajan yang dibenarkan, yang tidak dibenarkan. Tak putus asa didik anak-anak supaya selektif di dalam pemilihan makanan. Tiba-tiba Kak Fa rasa ada juga kebaikan Iyash jadi picky eater ni sebenarnya. Sebab bila picky eater ni kebarangkalian nak terjebak dengan jajan tak tentu arah tu mungkin kurang.
Tak pun, mungkin ibu bapa boleh siapkan bekalan yang mengenyangkan yang anak suka supaya anak tak rasa nak berjajan. Memang susah nak predict sebab anak-anak ni kalau dah teringin tu, perut yang kenyang pun rasa nak makan lagi ya tak? Tapi at least no harm untuk kita mencuba tips ini. Mungkin it works? Who knows kan?
Didik anak bagaimana nak uruskan wang belanja harian persekolahan. Hari-hari anak balik sekolah tanya duit saku tu tinggal berapa lagi. Jadi penyibuk tanya anak belanja apa jer dengan wang saku mereka pada hari yang berkenaan. Memang kena ambil tahulah ke mana wang saku dibelanjakan. Tetapkan setiap hari anak kena masukkan sebahagian dari wang saku ke dalam tabung. Secara tak langsung ajar menyimpan juga. Nak tau tak? Sewaktu Kak Fa sekolah dulu, memang hari-hari Kak Fa kena soal siasat tau ke mana wang saku Kak Fa pergi. Belanja untuk apa? Beli apa? Tinggal berapa? Memang duit belanja sekolah Kak Fa dulu mewah. Kalau tak ada not merah tak sah. Tapi tulah memang kena soal jer lah. Ha ha ha…Macam jawab soalan sebagai pesalah jer. Ada ibu bapa tak suka nak buat macam ni. Tapi Kak Fa terus terang nak announce…Ha ha ha…Iyash akan kena soal-siasat macam ni. Akan…Tak lama lagi…Tahun depan jer…Masaklah dia bosan dengan soalan Mommy dia nanti. Tapi itu kan untuk kebaikan dia juga?
Kak Fa bakal letakkan syarat ke atas wang saku Firash. Ha ha ha…Memang Kak Fa akui. Kak Fa akan kawal ketat dan Kak Fa sebenarnya terfikir nak survey lah nanti, jenis jajan apa yang bertebaran dijual di bakal sekolah Iyash nanti. Silap haribulan Kak Fa buat notes dan Kak Fa simpan senarai serta memang Kak Fa bagi list, mana yang Kak Fa benarkan Firash beli dan mana yang Kak Fa tak akan sesekali berkompromi atau bersetuju untuk Iyash beli. Kalau sampai ke pengetahuan Kak Fa lah Iyash beli yang Kak Fa tak benarkan…Siap dia…. Huuuu…. Mungkin tak berapa nak berjaya sebab bila di belakang kita mungkin ada kalanya anak kita tewas dengan godaan tetapi at least Kak Fa cuba kan? There’s no right or wrong in parenting. Betul tak? Kan? Kan? Kan?
Ingat jer yang jika seorang anak dibesarkan dengan toleransi, maka mereka akan terbiasa menahan diri. Jika seorang anak dibesarkan dengan pujian, maka mereka akan belajar untuk menghargai. Jika seorang anak dibesarkan dengan rasa tenang, mereka akan belajar untuk meletakkan kepercayaan. Jika seorang anak dibesarkan dengan sokongan, mereka akan belajar untuk menyayangi diri sendiri. Jika seorang anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, mereka akan belajar untuk menemukan cinta kasih di dalam kehidupannya. Bagaimana anak melangkah menyusuri kehidupan pada masa akan datang adalah melalui bagaimana ibu bapa memberikan pendidikan dan cara mendidik anak-anak pada masa kecil. Ingat senang jadi mak jadi ayah? Ingat beranak jer, bagi makan, bagi minum, bagi pakai, bagi sekolah dah settle? Tak…Lebih dari itu…Memang banyak kerja kena buat. Ha ha ha….
Apa yang Kak Fa nyatakan adalah apa yang setidak-tidaknya ibu bapa boleh lakukan di dalam mengawal anak-anak terlibat dengan jajan tidak sihat seumpama gula-gula GHOST SMOKE, tetapi sebagai ibu bapa, rasa lagi syok kalau semua gula-gula GHOST SMOKE ditarik balik atau dirampas dari pasaran secepat mungkin sebelum semakin berleluasa. Memang ibu bapa tak boleh fight sendiri bila dalam bab-bab sebegini, memang perlukan pihak pentadbiran negara untuk bersama-sama memberi sokongan kepada ibu bapa supaya isu seumpama ini dapat diselesaikan dengan kadar sesegera mungkin. Elok sangatlah tu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga agar tidak menjual gula-gula GHOST SMOKE atau akan dikenakan hukuman berat jika didapati melanggar undang-undang. Benda jual tu memang murah tetapi hukuman sangat berat. Yang menjual tu tak kesian ke pada anak-anak bangsa sampai nak dorong mereka ke arah sesuatu yang tidak sihat?
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.