![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Kemudahan daftar haji dengan KWSP sebenarnya telah diperkenalkan semenjak dari 3 Januari 2012. Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ada yang terlepas pandang. Sebab banyak kemungkinan, hari ni Kak Fa jadi rajin nak berkongsi tentang daftar HAJI dengan KWSP. So, tak perlu tanyalah…Seriuslah Kak Fa. Like seriously? Boleh daftar haji dengan KWSP. Jawapannya boleh. Kalau nak tau kena gigihkan diri baca entri Kak Fa ni ya? Mana tau, kalau-kalau selepas baca entri daftar haji dengan KWSP ni ada yang terus berminat nak melakukan pendaftaran kan?
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM 1,300.00 ke dalam akaun Tabung Haji.
Adakah Melalui Kemudahan Ini, Ahli Boleh Mengeluarkan Simpanan KWSP Mereka?
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.
Siapakah Yang Layak Menyertai Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia / Pemaustatin Tetap
- Beragama Islam
- Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Bagaimana Untuk Memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)
Bolehkan Ahli Membuat Pendaftaran Haji Di Bawah Kemudahan Ini Bagi Pasangan (Suami Isteri) atau Ibu Bapa atau Anak-Anak Ahli?
Tidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.
Bolehkan Pendaftaran Haji Ahli KWSP Dibatalkan?
Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP.
Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP Ini Membolehkan Ahli Mengerjakan Ibadah Haji Lebih Cepat Berbanding Prosedur Sebelum Ini?
Tidak, pemergian haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
Bolehkah Ahli Yang Telah Mendaftar Haji Di Bawah Prosedur Tabung Haji Sebelum Ini Menukarkannya kepada Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP Tanpa Melibatkan Pertukaran Tarikh Giliran Haji Yang Telah Diberi Sebelum Ini?
Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala, wang pendaftaran haji sebanyak RM 1,300.00 sebelum ini dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
Adakah Pendaftaran Haji Ini Terjejas Sekiranya Ahli Membuat Pengeluaran Kesemua Simpanan KWSP seperti Pengeluaran Hilang Upaya atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?
Pendaftaran haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada.
Bolehkan Ahli Yang Membuat Pengeluaran Hilang Upaya Diberi Keistimewaan Untuk Menunaikan Haji Lebih Awal Daripada Tempoh Yang Ditetapkan Dengan Syarat Mereka Mempunyai Simpanan Yang Mencukupi?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran haji.
Bolehkan Ahli KWSP Mengeluarkan Simpanan KWSP Bagi Tujuan Membiayai Kos Keseluruhan Menunaikan Ibadah Haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.
Jelas dan faham? Untuk maklumat selanjutnya bolehlah rujuk pautan di SINI. At least good to know kan? We do have such facilities? Semoga bermanfaat kepada semua.
nice sharing sis... thanks....
ReplyDelete