Pengurusan Wang Sedekah Ziarah Kematian

Farah Waheda Wahid
4
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ni bukan kes sebab Kak Fa nak guna atau gelap mata bila nampak duit sedekah ziarah kematian arwah Papa Kak Fa. Tak terfikir dan tak pernah fikir pun…even hari ni dah genap 9 hari dah. Sampai ke setakat ke hari ini – duit sedekah ziarah kematian arwah Papa yang Mama dan Kak Fa terima tak terusik pun. Ada jer terletak helok dalam simpanan Kak Fa. Tak cuit pun. Tak belanja pun. Bagi Kak Fa – Kak Fa nak dapatkan kepastian dulu tentang pengurusan wang sedekah ziarah kematian ni sebab sebelum ni tak pernah melalui dan tak pernah mempunyai pengalaman. Selepas dah dapat kepastian tentang pengurusan wang sedekah ziarah kematian – barulah Kak Fa akan susun dan rancang di jalan mana duit-duit sedekah yang terkumpul itu akan digunakan serta disalurkan. Buat masa sekarang Kak Fa cuma dah asingkan duit tempahan batu nisan arwah Papa sahaja dari duit sedekah ziarah kematian yang terkumpul. Untuk urusan bacaan tahlil – Kak Fa dah gunapakai duit titik peluh Kak Fa sendiri. Alhamdulillah.

Untuk kepastian – Kak Fa gigih mencari maklumat dan informasi yang boleh digunapakai melalui Google. Antaranya melalui pautan di SINI:

Wang yang disedekahkan ketika kematian seseorang tidak termasuk di dalam harta pusaka si mati. Kebiasaannya diletakkan di dalam satu tabung atau satu kotak di rumah si mati bagi orang ramai bersedekah apabila mereka menziarahi jenazah. Maka, wang ini tidak termasuk di dalam hukum faraid.

Wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya untuk mengadakan sedikit jamuan sempena majlis tahlil. Wang pusaka tidak boleh digunakan untuk jamuan majlis tahlil namun wang sedekah ini boleh digunakan untuk majlis tahlil.

Wang sedekah juga boleh digunakan untuk membayar hutang si mati, bersedekah bagi pihak si mati, perbelanjaan keluarga, makan minum dan sebagainya. Ringkasnya, wang sedekah ini adalah sebagai bantuan kepada keluarga si mati. Maka…mereka berhak menggunakan wang ini dalam perkara yang wajar.

Pautan kedua di SINI pula menerangkan:

Duit sedekah yang diberikan kepada kita semasa kematian ibubapa bukan merupakan pusaka. Oleh sebab itu, ia tidak perlu dibahagikan kepada waris berdasarkan hukum faraid. Terpulang kepada budibicara waris bagaimana untuk menggunakannya. Sekiranya ada lebihan selepas belanja menguruskan jenazah, baki boleh digunakan pada tempat-tempat yang sesuai termasuk untuk perbelanjaan harian. Jika ada ahli keluarga lain yang lebih memerlukan, elok diberikan juga kepada mereka kerana ini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengelakkan timbul rasa kurang senang antara sesama adik-beradik.

Pautan ketiga di SINI menyatakan:

Kedudukan Wang Sedekah Yang Dihulurkan Kepada Keluarga Si Mati

Menghulurkan wang sedekah pada keluarga yang ditimpa kematian adalah salah satu buday atau adat kebiasaan. Wang sedekah yang dihulukan itu menjadi milik orang yang diberi, iaitu keluarga si mati dan ia bukan menjadi milik si mati, bahkan ia tidak termasuk di dalam harta pusaka si mati. Ini kerana tujuan sedekah itu dihulurkan adalah untuk membantu meringankan bebanan keluarga si mati atau sebagai tanda simpati kepada mereka atas kehilangan orang tersayang. Oleh itu, keluarga si mati boleh menggunakan wang tersebut untuk apa sahaja keperluan yang mereka kehendaki.

Wang Sedekah Digunakan Untuk Keperluan Utama

Sungguhpun keluarga si mati boleh menggunakan wang sedekah yang dihulurkan kepada mereka, namun sebagai irsyad adalah wajar ia dibelanjakan pada perkara yang lebih utama. Antaranya perbelanjaan untuk keperluan keluarga seperti makan dan minum isteri, anak-anak atau ibu bapa yang ditinggalkan. Perbelanjaan pada keperluan ini adalah lebih menepati tujuan orang yang menghulurkan sedekah, iaitu untuk meringankan bebanan keluarga yang ditinggalkan, apalagi jika si mati merupakan tulang belakang keluarga, iaitu tempat ahli keluarga bergantung perbelanjaan hidup.

Wang sedekah itu boleh juga digunakan untuk keperluan si mati sendiri seperti perbelanjaan pengurusan jenazah dan melangsaikan hutang piutang si mati apabila si mati tidak ada meninggalkan harta pusaka. Inilah juga antara maksud si pemberi dalam perkara mengurangkan bebanan keluarga yang ditimpa musibah.

Khusus dalam perkara hutang-piutang si mati, sama ada hutangnya kepada Allah SWT seperti zakat, haji fardu, pembayaran kaffarah, fidyah dan sebagainya, ataupun hutangnya kepada manusia seperti pinjaman wang, adalah menjadi kewajipan keluarga si mati untuk melunaskan hutang si mati melalui harta peninggalannya, bahkan sunat ia disegerakan bagi melepaskan bebanan si mati. Ini kerana roh orang yang berhutang itu tergantung-gantung sehinggalah hutangnya dilunaskan.

Dalam perkara melunasi hutang ini, hutang kepada Allah SWT hendaklah didahulukan daripada hutang kepada manusia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya : ''(Roh) seorang mukmin itu tergantung-gantung (tertahan) dengan sebab hutangnya sehinggalah dibayar hutangnya.'' (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

'Tergantung-gantung atau tertahan' dalam hadis di atas bermaksud urusan si mati terhenti, iaitu dia tidak dihukumkan berjaya dan tidak juga dihukumkan berdosa atau binasa sehingga dilihat adakah telah diselesaikan hutangnya semasa hidupnya ataupun tidak.

Daripada penerangan hadis di atas, adalah jelas bahawa hutang bukanlah suatu perkara kecil yang boleh diremehkan, tambahan lagi jika si mati tidak ada meninggalkan harta pusaka. Hutang tersebut akan tetap ditanggung oleh si penghutang kecuali jika pemiutang mengizinkannya, sama ada dengan permintaan ahli waris atau pemiutang sendiri yang meredakannya. Bahkan sunat bagi wali si mati membayarkan hutang si mati apabila si mati tidak ada meninggalkan harta pusaka. Oleh yang demikian, dalam keadaan ini adalah wajar wang sedekah yang dihulurkan itu digunakan untuk melunaskan hutang si mati semata-mata untuk melepaskan bebanan yang ditanggung oleh si mati.

Selain itu, wang sedekah yang dihulurkan itu boleh juga digunakan untuk bersedekah bagi pihak si mati. Ini kerana sedekah orang yang masih hidup adalah memberi manfaat kepada orang yang meninggal dunia.

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahuanhuma, bahawa seorang lelaki yang telah kematian ibunya, lalu dia bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Maksudnya : ''Adakah bermanfaat jika aku bersedekah bagi pihaknya? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab : Ya. Maka lelaki itu berkata : Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kebun (yang pokok-pokoknya menghasilkan) buah, dan aku bersaksi dengan tuan, sesungguhnya aku telah menyedekahkannya bagi pihak ibuku.'' (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah :
Ertinya : ''Sesungguhnya pahala sedekah sampai kepada si mati dan bermanfaat baginya tanpa perselisihan di kalangan orang Islam. Dan inilah yang betul.''


Apa yang pasti, kebiasaan orang menghulurkan wang sedekah kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian adalah suatu perbuatan yang terpuji yang diberikan ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Lebih-lebih lagi kebaikan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan Ramadan pasti akan dilipatgandakan pahalanya.

Manakala wang sedekah yang dihulurkan itu sewajarnya hendaklah ia digunakan pada perkara yang lebih utama kerana ini lebih menepati niat atau tujuan si pemberi yang ingin membantu mereka.

Alhamdulillah, ketiga-tiga sumber ke arah yang sama. Kini Kak Fa jelas dan Kak Fa lebih yakin di dalam pengurusan wang sedekah ziarah kematian yang ada di dalam simpanan Kak Fa. Semoga apa yang Kak Fa kongsikan ini melalui keadaan semasa Kak Fa pada ketika ini memberi manfaat kepada yang lain-lain. In Shaa Allah.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih info yang sangat bagus

    ReplyDelete
  2. Bagus Farah, cek semua ni. Benda ni nampak simple tp hakikatnya kena ada ilmu

    ReplyDelete
  3. Good sharing . Arwah ayah mama punta duit sedekah org ziarah masih Ada lagi sampai sekarang insya Allah akan digunkn sulay bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. perkongsian yang bagus.. Sha pun google juga dulu nak tahu mengenai wang sedekah ziarah kematian ini..
    Sha doakan semoga sis kuat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !