Peluang Keemasan Buat Anak-Anak Asnaf Mendapat Latihan Kemahiran Teknikal Tinggi Dan Pekerjaan Dengan Tajaan Penuh Lembaga Zakat Selangor!

Farah Waheda Wahid
2

Selalunya yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang…. Tapi kali ini peluang untuk anak-anak asnaf memang betul-betul datang bergolek. Alhamdulillah… Mungkin ini rezeki buat anak-anak asnaf untuk mengubah kehidupan mereka dan juga keluarga mereka. Kak Fa pun turut tumpang gembira untuk anak-anak asnaf yang bakal terlibat kerana ini adalah betul-betul merupakan peluang keemasan buat anak-anak asnaf mendapat latihan kemahiran teknikal tinggi dan pekerjaan dengan tajaan penuh Lembaga Zakat Selangor! Kak Fa ulang lagi sekali tau… Tajaan penuh…Tajaan penuh…. Baca betul-betul. Bukan senang nak dapat tajaan penuh kan? Jadi inilah masanya untuk anak-anak asnaf grab peluang yang datang ni. Sayang oiii kalau dilepaskan macam tu ajer… Dahlah dapat tajaan penuh latihan kemahiran teknikal tinggi, selepas tu dapat peluang pekerjaan pula yang dapat membantu diri sendiri dan juga keluarga. Pada yang membaca entri Kak Fa pada kali ini – Kak Fa pohon panjang-panjangkanlah informasi ini di dalam membantu anak-anak asnaf dan keluarga asnaf. Kebaikan tersebar dan pahala pun kita dapat kan? Sekurang-kurangnya kita berusaha membantu. Maklumat lanjut? Baca dan hadamkan sehingga ke akhir entri.

Program latihan kemahiran teknikal tinggi ini adalah merupakan inisiatif dan kerjasama di antara pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan juga The Welding Institute (TWI). Tak ramai orang faham dan tak ramai orang celik tentang latihan kemahiran teknikal tinggi. Memang perlu diterangkan susur galur untuk dapatkan pemahaman. Macam yang pernah Kak Fa kongsikan dahulu di dalam salah satu entri Kak Fa iaitu Pendidikan Akademik Dan Vokasional Sama Penting. Jadi untuk anak-anak asnaf yang mungkin tidak berpeluang atau menghadapi halangan untuk meneruskan pengajian di bidang akademik kerana kurang berkelayakan ataupun sebab-sebab lain, ini adalah peluang kedua untuk anda untuk mengubah kehidupan anda dan keluarga. In Shaa Allah kan? Bagaimana?

Untuk makluman semua, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan The Welding Institute (TWI) akan menganjurkan temuduga terbuka pada hari Selasa, 18 Jun 2019, bermula dari 9.30 pagi sehingga 3.00 petang, bertempat di TWI Technology (S.E. Asia) Sdn. Bhd., No.1 Jalan Utarid U5/13, Mah Sing Industrial Park, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Untuk peta lokasi sila rujuk di SINI.

Kursus yang ditawarkan adalah merupakan kursus kimpalan (welding) yang berdurasi selama 4 bulan di mana setiap calon yang hadir untuk temuduga perlu membawa COVERALL / JAKET dan juga SAFETY SHOE / KASUT KULIT untuk tujuan pelaksanaan ujian mudah kimpalan.

Syarat Kemasukan?

  • Mempunyai asas kemahiran kimpalan (welding) atau berminat dengan kimpalan (welding).
  • Berumur di antara 18 sehingga 25 tahun.
  • Berstatus ASNAF dan berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah rabun warna.
  • Berkebolehan untuk membaca, menulis dan mengira.

Seriuslah Kak Fa nak beritahu…tak perlu nak risau apa-apa. Banyak kelebihan yang akan diperolehi oleh anak-anak asnaf sekiranya mereka terpilih untuk mengikuti program LZS dan TWI ini. Sebabnya, yang utama dah tentu-tentu yuran kursus ditaja oleh LZS, dapat pula elaun sara hidup sepanjang program, makan dan minum dihidangkan, penginapan serta pengangkutan disediakan. Paling terbaik – tak perlu pening-pening dan kalut-kalut lagi dah nak cari kerja selepas tamat program atau tak perlu nak risau kalau tak dapat kerja selepas program…Sebabnya tawaran pekerjaan adalah sebaik habis program/kursus. Haaa… cuba fikir? Mana nak dapat peluang dan rezeki bergolek-golek macam ni? Ada tu memang ada, tapi tak selalu kan? Sementara ada elok sangatlah ambil inisiatif untuk grab dan ubah kehidupan.



Sekiranya ada di antara pembaca-pembaca Bubblynotes.Com yang berminat ataupun sekiranya ada di antara anak-anak asnaf yang mendapat informasi ini berminat, bolehlah menghubungi:

En. Abdul Shukor (Penyelaras Program)

+60196680925

+60378481000 sambungan 4229

https://wa.me/60196680925

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alhamdulillah usaha murni dari zakat ini semoga anak2 asnaf dapat mencapai cita2 mereka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !