Orang Memberi Kita Merasa… Tapi Nama Nak Ajar Meminta-minta DUIT RAYA…Memang Taklah!

Farah Waheda Wahid
6

Masih nak selit lagi cerita yang berkaitan dengan Raya. Ha ha ha… Raya kan sebulan…Kira cerita ni masih valid lagi lah kan? Walaupun dah suam-suam kuku dah cerita Raya. Cerita Raya tahun ni pun Kak Fa hold dulu tau tak? Silap-silap Raya Haji nanti baru Kak Fa taip dan muatnaik di www.bubblynotes.com. Kali ni nak bercerita tentang duit raya. Orang memberi kita merasa… tapi nama nak meminta-minta duit raya….memang taklah! Sebabnya…Kak Fa sendiri dididik dengan lenggok yang sebegitu. Kak Fa tak pernah diajar untuk meminta-minta duit raya. Apatah lagi terus buka sampul Raya lepas tuan rumah bagi depan-depan tuan rumah semata-mata nak tengok isi dalam sampul tu ada berapa. Syukur sebenarnya…Iyash tak pernah sibuk dengan semua ni. Tak pernah tanya, tak pernah minta dan tak pernah buka depan tuan rumah. Dapat duit raya, terus hulu dekat Mommy dan suruh Mommy simpan dalam beg.

Memang adat kebiasaan Hari Raya di Malaysia ni ha… setelah sesi kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan, tuan rumah akan berikan anak-anak kecil duit raya demi memeriahkan lagi suasana pada musim perayaan. Yang tak seronok – Kak Fa sendiri pun pernah menyaksikan depan mata Kak Fa dan Kak Fa sendiri pernah dengar dengan telinga Kak Fa sendiri…

Pergi salam makcik tu minta duit raya….

Cakap dekat pakcik nak duit merah, tak nak duit hijau…

Tanya makcik tu duit raya mana?

Pakcik, ayah cakap kalau pakcik baik hati, pakcik bagilah duit raya…

Alhamdulillah syukur anak-anak dapat duit raya…Rezeki masing-masing…Kita pun sebagai ibu bapa, tumpang gembira atas rezeki anak-anak. Cumanya ada tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang mana menurut artikel di SINI, ibu bapa sepatutnya:

Jangan Sesekali Mendidik Anak Untuk Meminta Duit Raya Daripada Sesiapa

Kita tidak tahu bagaimana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik untuk meminta duit raya mungkin merungsingkan mereka.

Jaga Adab

Tiada sesiapa di antara kita yang sudah dewasa ini dididik oleh ibu bapa untuk meminta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang berlum tentu menjadi  hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?

Jangan Samakan Kedudukan Kewangan Anda Dengan Orang Lain

Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukkan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti anda. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

Jangan Ingat Semua Orang Bekerja Itu Banyak Duit

Jangan rasa kalau orang tu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya lebih. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungkin tanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang nilaikan kewangan orang bila anda tidak tahu.

Perlu Sedar Kos Sara Hidup Pada Zaman Kini

Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anda termasuk di dalam antara yang perlu di ‘cut cost’, sila redha. Jangan minta duit warna warni sangat.

Jaga Air Muka Pemberi Duit Raya

Didik anak-anak untuk tidak buka sampul di depan pemberi duit raya dan tidak merungut tentang amaun yang mereka terima. Malu tau kalau orang kritik hasil derma kita. Dah dapat tu bersyukur. Untunglah dapat noksss…Syukur Alhamdulillah jer…

Tidak Kritik Duit Raya Yang Anak Terima

Banyak atau sikit, mak ayah tidak seharusnya mengkritik duit raya yang anak-anak peroleh. Ini secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah.

Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima

Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah itu rezeki mereka. Bukan rezeki anda. Maka tak perlulah demand lebih. Tak perlu minta. Anda mungkin menganggap semua gurauan, orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur.

Tahun ni kita ajar, tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kita praktikkan…

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terasa malu nk ajar ank mintak duit raya,..
    alhamdulillah.. sy pon xajar ank mintak2..
    ajar salam je.. kalo org bg tu rezeki ank.. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak farah atas perkongsian nie..
    Nanti dah ada anak, akan ku ikuti nasihat yang berguna ini :")

    ReplyDelete
  3. Sometimes memang ada jugak parents yang cakap camtu dengan anak-anak. Hopefully bila ada anak satu hari nanti sy dapat didik dengan sebaik mungkin. Tahu adab dan tidak meminta-minta. Dari kecil sampai ke besar kita memnag diajar untuk tak mengharap duit raya.

    ReplyDelete
  4. Akak pun selalu pesan kat kembar, jangan mintak duit raya. Bersalaman sebab adab hormat, bukan untuk dapat duit raya.

    ReplyDelete
  5. Betul tu, saya pun tak pernah ajar anak-anak meminta. Selalu ingatkan mereka, kalau dapat duit , ucap terima kasih dan terus simpan...tak perlu tengok berapa jumlahnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !