Jenis-Jenis Kecelaruan Keresahan Di Kalangan Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sebelum mula nak rasa putus harap, sebelum mula nak rasa bosan, sebelum mula nak rasa malas nak layan, sebelum mula terfikir nak biarkan anak dan kemudian anak akan ok sendiri – banyak kena fikir oiiii…. Terkadang anak bukannya saja-saja nak buat ragam atau perangai. Kadang-kadang sebab anak tu resah. Resah yang kita tak faham dan resah yang kita tak tau punca. Jangan biar jer… Keresahan mampu untuk capai ke tahap keterlaluan sehingga mampu mengganggu kehidupan seorang kanak-kanak. Kalau tidak dirawat atau diberikan perhatian, ianya boleh menjadi kecelaruan keresahan, iaitu kecelaruan kesihatan mental yang paling lazim didiagnosis semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Bila sebut tentang kecelaruan keresahan terdapat beberapa jenis kecelaruan keresahan di kalangan kanak-kanak yang semua mak ayah patut ambil tahu sekurang-kurangnya basic knowledge.

Berdasarkan hasil pembacaan Kak Fa di pautan di SINI, di antara jenis kecelaruan keresahan di kalangan kanak-kanak adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Kecelaruan Keresahan Menyeluruh atau Generalized Anxiety Disorder (GAD)

Individu-individu yang mengalami GAD mempunyai perasaan takut yang keterlaluan dan tidak realistik (contohnya, terlalu takut membuat salah, gagal dalam peperiksaan, mendapat penyakit, keselamatan). Mereka sering bimbang dan terlalu fokus kepada kemungkinan berlaku sesuatu yang buruk. Akibatnya, anak yang mengalami GAD kurang mengambil risiko; mereka tidak gemar mencuba perkara baru dan cepat berputus asa jika tidak mahir di dalam sesuatu perkara. Ibu bapa perlu sentiasa menyokong mereka apabila mereka mengambil langkah-langkah kecil untuk maju ke hadapan.

Kecelaruan / Serangan Panik

Serangan panik tidak dapat diduga dan menyebabkan rasa hendak mati, simptom-simptom seakan-akan mengalami serangan jantung, menjadi gila, hilang kawalan dan terputus hubungan dengan realiti. Ramai kanak-kanak yang mengalami kecelaruan panik mengelakkan diri daripada lokasi di mana siri serangan panik berlaku dahulu dan tempat-tempat lain di mana bantuan tidak boleh didapati atau sukar untuk melepaskan diri – iaitu tempat tertutup atau sesak.

Kecelaruan Keresahan Perpisahan

Keresahan perpisahan ialah keadaan di mana kanak-kanak berasa takut untuk berpisah dengan ibu bapa atau penjaga. Ia lazim dan normal dalam kalangan bayi dan kanak-kanak petatih dan biasanya hilang pada awal zaman kanak-kanak. Ianya menjadi masalah sekiranya keterlaluan, tidak kena dengan perkembangan umur kanak-kanak tersebut dan menganggu kehidupan kanak-kanak dan juga ibu bapanya. Kanak-kanak yang mengalami keresahan perpisahan sering tidak boleh menerima perpisahan dan takut untuk tidur di tempat asing tanpa kehadiran ibu bapa dan mereka mungkin akan mengadu sakit apabila tidak bersama ibu atau bapa.

Mutism Berpilih atau Selective Mustism (SM)

Dalam SM, ibu bapa sering mengadu bahawa anak mereka mudah berbicara di rumah, dan/ata dalam kalangan ahli keluarga atau rakan terpilih, tetapi enggan bercakap di sekolah atau persekitaran sosial lain. Kanak-kanak yang mengalami SM juga mungkin menghadapi gabungan beberapa jenis kecelaruan keresahan contohnya, kecelaruan keresahan sosial.

Kecelaruan Keresahan Sosial atau Social Anxiety Disorder (SAD)

Kanak-kanak yang mengalami SAD seringkali menggambarkan perasaan takut untuk bercakap atau melakukan perkara salah, ditertawakan atau dimalukan. Ini membuatkan mereka mengelak situasi sosial dan berada di hadapan orang ramai. Kebimbangan mereka berfokus lebih kepada apa yang orang lain fikirkan tentang mereka.

Kecelaruan Obsesif Kompulsif atau Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)

Kanak-kanak yang mengalami OCD terlalu memikirkan sama ada sesuatu itu boleh membahayakan, salah atau kotor – atau memikirkan bahawa perkara buruk boleh berlaku. Mereka mempunyai perasaan kuat untuk melakukan sesuatu berulang kali untuk menghilangkan perasaan takut atau bahaya.

Tips Mengendalikan Kanak-kanak Yang Mengalami Kecelaruan Keresahan:

  1. Beri perhatian kepada perasaan anak anda dan terimanya dengan hati yang terbuka.
  2. Berbincang dengan anak anda tentang kebimbangannya dan mencari jalan mengatasinya.
  3. Fokus lebih kepada kekuatan dan bukan limitasinya.
  4. Bersedia awal untuk menjimatkan masa dan mengelakkan kekecewaan kerana terlambat.
  5. Ajar mereka kemahiran yang mudah untuk relaks, contohnya, teknik pernafasan dalam.
  6. Benarkan mereka berdepan dengan kebimbangan mereka. Mulakan perlahan-lahan dan tingkatkan tahap konfrontasi.
  7. Jangan berputus asa membantu anak anda mengatasi cabaran mereka.
  8. Puji dan beri ganjaran bagi kejayaan-kejayaan kecil dalam usaha anak anda menguasai keresahannya.
  9. Bersabar dan cari kekuatan dengan mewujudkan kumpulan sokongan dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan.
  10. Lakukan aktiviti relaks atau senaman untuk menjaga kesihatan diri anda.

Setiap kanak-kanak mungkin mengalami simptom keresahan yang berlainan dan keterukan setiap simptom mungkin berbeza. Adakalanya, ubat-ubatan akan diberi, namun sering kali terapi dan kaunseling dibentuk khusus untuk mengatasi simptom-simptom. Seorang pakar psikoterapi, psikiatri atau psikologi klinikal dapat memberi nasihat tentang pilihan terbaik untuk membantu keadaan anak anda. Terapi seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif, boleh membantu mengenal pasti punca keresahan anak anda; mengajar mereka cara untuk relaks; melihat keadaan dengan sudut pandangan lain; dan membantu mereka mengembangkan kemahiran mengendali dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Dengan kerjasama Persatuan Psikiatri Malaysia.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pernah jumpa kanak² yang ada OCD...asyik nak ulang² cuci tangan...

    ReplyDelete
  2. good tips si syafi selalu kat sekolah diam je x mcm di rumah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !