Cara Positif Kak Fa Menghadapi Kehilangan Papa

Farah Waheda Wahid
3
Kredit: Sumber dari Google

37 tahun ada di depan mata Kak Fa... Gelak ,menangis, suka-duka, susah-payah semua dilalui bersama-sama. Sekalipun tak pernah berpisah dan terpisah, akhirnya tiba masa untuk arwah Papa Kak Fa meninggalkan Mama Kak Fa yang telah hidup bersama selama 38 tahun, anak tunggalnya iaitu Kak Fa, menantu dan juga seorang cucu iaitu Firash pada 2 Syawal 1440H bersamaan 2 Jun 2019. Al-Fatihah… Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. Six letters, two words, easy to say, hard to explain, harder to do – MOVE ON. Tell you what – the impact is memang so big. Al-maklumlah anak manja kan? Segala curahan kasih-sayang arwah Papa sepanjang hayatnya memang tertumpu kepada Kak Fa seorang. Manakan tidak? Ya tak? Memang down-lah pun Kak Fa ni ha. Tapi… Alhamdulillah… In Shaa Allah Kak Fa baik-baik sahaja. Nak tak nak, Kak Fa tetap kena terima dan Kak Fa tetap kena kuat. Sebab tu… Kak Fa tak berlama-lama membiarkan kesedihan menyelimuti Kak Fa. Kak Fa kuatkan diri dan mental untuk mencari cara positif menghadapi kehilangan Papa. Pada yang belum melalui dan mungkin akan melalui, maybe perkongsian Kak Fa di dalam entri pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk bersedia dari segi mental.

Kematian Adalah Pasti

Hang suka ka…Hang tak suka ka… Sentiasa ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat tu, kematian pasti datang.  Bila? Di mana? Bagaimana? Apa sebabnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum – maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemuimu. Kullu nafsin zaaiqatul maut… – setiap jiwa akan merasai mati. Itu hakikat. Tak ada sesiapa pun boleh lari.

Kak Fa Menangis Tetapi Kak Fa Redha

Sewaktu arwah Papa telah disahkan tak ada – Kak Fa tak nangis. Sewaktu jenazah arwah Papa dimandikan – Kak Fa tak menangis. Sewaktu kali terakhir Kak Fa tatap wajah arwah Papa – Kak Fa tak menangis. Sewaktu jenazah arwah Papa dikebumikan – Kak Fa tak menangis. Sewaktu talkin dibacakan – Kak Fa tak menangis. Bukan Kak Fa bangga atau Kak Fa riak. Sungguh tidak. Tapi…tipulah kan kalau kata Kak Fa tak menangis langsung. Kak Fa menangis…. Bila selesai segalanya, tiba di rumah – air mata ni laju berderai dan bercucuran sampai tak tau nak kata apa. Tapi Kak Fa control lagi. Kak Fa tak boleh menangis sampai menampakkan Kak Fa ni weak sangatlah….. I have too…Nak tak nak kena jadi kuat untuk Mama Kak Fa. Kalau dia tengok Kak Fa nangis teruk benar nanti…Dia lagi sedih oiii…. Memang pilu. Memang hiba. Memang sedih. Setiap sudut masih terbayang kelibat arwah Papa Kak Fa. Iyalah….korang bayangkanlah setiap hari bersama. Pusing sudut ni, nampak dia duduk. Pusing celah tu, nampak dia makan. Pusing belakang, nampak dia tunggu Kak Fa balik dari kerja setiap petang. Korang rasa? Faham kan?

Tapi Kak Fa kena kuat dan Kak Fa ingatkan diri Kak Fa yang Kak Fa boleh jer menangis tetapi jangan sampai Kak Fa tidak merelakan pemergian arwah Papa. Tidak merelakan bererti Kak Fa melawan takdir Allah. Nauzubillahminzalik. Kak Fa redha. Hati Kak Fa memang redha. Bukan Kak Fa meminta-minta tetapi bagi Kak Fa dari arwah Papa terus-terusan menanggung kesakitan adalah lebih baik arwah Papa berada di tempat yang lebih baik di mana segala kesakitan itu hilang.

Fikirkan Cara Untuk Teruskan Kehidupan

Sedari tertanamnya jasad arwah Papa, Kak Fa telah mula berfikir… Otak Kak Fa ni memang tak pernah berhenti berfikir dan bekerja. Kak Fa fikirkan cara untuk teruskan kehidupan. Bagaimana Kak Fa nak biasakan diri tanpa kehadiran seorang Papa di sisi? – Truth that salah satu orang di belakang Kak Fa yang sentiasa support dan beri kata-kata semangat adalah arwah Papa. Even kerjaya blog Kak Fa pun arwah Papa adalah salah seorang orang kuat yang tak pernah jemu sentiasa berikan galakan. Bagaimana Kak Fa nak susun atur rutin harian kami sekeluarga kecil yang tinggal? Bagaimana Kak Fa nak susun atur untuk membahagiakan dan berbakti kepada satu-satunya Mama yang tinggal tanpa kehadiran Papa di sisi? Pendek kata macam-macamlah… Termasuklah bagaimanakah caranya untuk kami sekeluarga kecil untuk meneruskan kehidupan setelah pemergiaan arwah Papa. In Shaa Allah…Kak Fa positif… Kak Fa ingat yang Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Kak Fa hanya perlu berusaha dengan lebih gigih, ikhtiar dan tawakal. In Shaa Allah, ada rezeki yang akan datang untuk Mama dan juga Firash. Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

Berzikir

  1. Istighfar – memohon ampun kepada Allah SWT.
  2. La Haula Wala Quwatta Illa Billah – tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
  3. Hasbunallah wa ni’mal wakiil – cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Alhamdulillah – kesedihan itu menjadi reda bagi Kak Fa sejak beberapa hari yang lalu.

Berusaha Untuk Menjadikan Kehidupan Dan Diri Kami Yang Tinggal Lebih Baik

Tekenangkan nasihat arwah Papa, pesan arwah Papa – Kak Fa mengambil satu titik tolak yang positif untuk berusaha sebaik mungkin menjadikan kehidupan dan diri kami yang tinggal lebih baik dari sebelumnya. Berterus-terusan bersedih tanpa berbuat apa-apa pasti arwah Papa tak tenang di sana. Akan tetapi, sekiranya Kak Fa berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan kehidupan dan diri kami yang tinggal lebih baik tentu jika dia masih ada dia suka. So? Kak Fa kena wake up! Tak boleh berlama-lama sangat terlena dan terleka. Kesedihan adalah keperluan tetapi tidak boleh berlebihan.

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Hati yang peka. Tetapi memendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya. Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Kak Fa perlu tabah dan melangkah memandang apa yang masih ada pada Kak Fa. Kak Fa perlu hargai apa yang ada dan masih tinggal bersama Kak Fa.

Moving on doesn’t mean you forget about things… It just means you have to accept what happened and continue living. In Shaa Allah…Kak Fa baik-baik saja dan Kak Fa percaya yang Mama Kak Fa cukup tabah untuk mengharungi kehidupan bersama Kak Fa dan Firash serta suami tanpa kehadiran arwah Papa. She needs us…She need our support. I know that she’s strong enough to go through this. In Shaa Allah…Amin amin ya rabbal alamin. Kak Fa perlu kuat, barulah Mama akan kuat. Kak Fa tak boleh lemah nanti Mama akan lemah. In Shaa Allah… Kak Fa akan berbakti sebaik mungkin kepada Mama.

I knew it’s hard tapi inilah setiap dari kita yang bergelar hamba Allah perlu tempuh di dalam fasa kehidupan kita. Keep on telling myself…I’m good, I’m ok and I’m ready to roll this life again and be a better person from time to time. In Shaa Allah.

*Al-Fatihah dan doa yang tak pernah putus buat arwah Papa setiap hari. Terima kasih Papa kerana sayangkan Adik, besarkan Adik, didik Adik, berkorban untuk Adik, berikan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada Adik serta memanusiakan Adik. Sungguh tak terbalas jasa dan pengorbanan Papa kepada Adik. Adik sayangkan Papa dulu, kini dan selamanya dan Adik tahu Papa tahu itu sebab Papa pernah cakap pada Adik sewaktu Adik berulang-alik ke hospital bersama-sama Papa…Papa tahu Adik sayang Papa… Sangat. Sangat-sangat. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Salam takziah sekali lagi Fa Sis ucapkan..
    Banyak bertenang dan bersabar. Moga arwah Ayahnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh...aamiinn

    ReplyDelete
  2. Takziah Mrs. A ucapkan.
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
    Samalah kita dah takde Abah

    ReplyDelete
  3. takziah dari mama. fa memang kuat. mama pun kehilangan ayah beberapa minggu sebelum puasa tahun lepas. i know the feeling. life must go on. yang pastinya life wont be the same without him

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !