Home » , , , , » Cara Jimatkan Bil Elektrik Yang Berkesan

Cara Jimatkan Bil Elektrik Yang Berkesan


Before Raya hari tu… Kecoh dan viral tentang peningkatan bil elektrik rakyat Malaysia dan of course nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melonjak-lonjak hangat. Scroll newsfeed medsos memang asyik ternampak jer posting-posting yang berkaitan dengan perihal bil elektrik tinggi dan juga TNB. Something like people questioned bagaimana cara pengiraan bil dilakukan – people kind of sangsilah dan juga tarif naik lagi ke? It caused confusion and hick up jugalah bagi ramai individu. Cumanya – bising tak bising, viral tak viral – kita tetap perlukan elektrik. If the way the bill was calculated dah bertukar ataupun tarif dah naik… The other alternative yang boleh kita lakukan adalah dengan mencari cara jimatkan bil elektrik yang berkesan.

Sebut tentang ni – Kak Fa came across satu artikel tentang rumah sebuah keluarga yang mempunyai 6 penghawa dingin tetapi bil elektrik di bawah RM80.00. Aduh-duh bahagianya hidup kalau setiap bulan bil elektrik kita macam ni kan? Hik hik hik… Bil elektrik rumah Kak Fa sebulan dalam average RM80.00 plus plus. Ada sekali cecah ratus juga. Ni musim Raya ni – rasanya bulan ni mau dalam sekitar RM90.00 atau lebih nih. Hurmmm…Merungut banyak-banyak pun bukan boleh selesaikan apa kan? Dah guna bayar jer lah… Ha ha ha… Betul tak? Kalau tak bayar nanti  - tapuk punya tapuk sampai bertapuk-tapuk sudahnya tak ada elektrik rumah kita nanti. Siapa yang susah? Kita juga yang susah. Kan? Kan? Kan?

Nak dijadikan cerita, melalui pautan di SINI, tuan rumah ada berkongsi sedikit tips bagaimana bil elektrik beliau boleh jadi bawah RM80.00 sebulan. Jomlah kita cuba follow…Mana tau? Kita pun dapat berjimat banyak bil elektrik bulanan kan?

Gunakan Teknologi Inverter

Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah beliau telah dilengkapi dengan teknologi inverter. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa panjang.

Peralatan Elektrik Berstatus 5 Bintang

Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak SIRIM untuk menyatakan Energy/Efficiency peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

Tidak Menggunakan Alat-Alat Pemanas Elektrik

Di antara peralatan yang tidak digunakan tuan rumah tersebut termasuklah pemanas elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser. Bagi tujuan memasak, tuan rumah tersebut hanya menggunakan gas api. Mereka menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Jujur Kak Fa beritahu  - yang ini memang tak mampu Kak Fa nak ikut sebab di rumah memang Kak Fa gunakan water purifier dan memang masak guna periuk elektrik. Heeee… So bayar jerlah kan? Nak buat cam mana kan? Pemanas elektrik yang digunakan di rumah mereka hanyalah seterika dan water-heater untuk mandi.

Menggunakan Lampu LED

Kesemua lampu yang dipasang di rumah mereka diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

Mencabut Plug Selepas Menggunakan Alat Elektrik

Selepas menonton televisyen, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan. Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15.00 sehingga RM50.00. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai. Untuk penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug wifi di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

Psssttt – plug wifi blogger dengan influencer payah sikit…Ha ha ha…Sebabnya time anak tidur tulah time nak buat kerja.

Menggunakan Turbine Ventilator Di Bumbung

Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator boleh dipasang di atap rumah. Turbine Ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

Menanam Pokok Di Dalam Dan Di Luar Rumah

Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok, udara di rumah biasanya boleh berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kekerapan perlu membuka penghawa dingin itu akan berkurangan di waktu tengah hari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah. Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah, udara segar dan pemandangan yang indah dapat dinikmati setiap hari.

Penggunaan Elektrik Penghawa Dingin Dapat Dikurangkan Dengan Suhu Sekeliling Yang Rendah

Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki. Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30 darjah celsius, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23 darjah celcius. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7 darjah celsius, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7 darjah celsius tersebut. Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25 darjah celsius, penghawa dingin cuma perlu menurunkan sebanyak 2 darjah celsius untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki.

Nota Tambahan – Perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka.

Jadi sesiapa yang asyik mengeluh mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi di rumah tu…bolehlah cuba-cuba kaedah yang disarankan melalui artikel asal ini ya?
Terimakasih telah membaca artikel Cara Jimatkan Bil Elektrik Yang Berkesan. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

5 komentar:

  1. Ana pun terkesan kak fa. Last month bil jd rm350 terperanjat tgk. Serupa banglo dah rasa. Hehe. Nak pantau this month pula mcm mana.

    ReplyDelete
  2. tak semestinya barang letrik murah penggunaannya murah juga kan.. lagi mahal ado

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Fa, memang kita perlu jimatkan elektrik demi masa depan anak2 juga..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.