Cara Didik Anak BEHAVE Dalam Masjid

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kebetulan terjumpa artikel ini dan secara automatik teringat kejadian di mana Iman Firash kena sound dengan seorang wanita berpangkat makcik kepada Kak Fa dan nenek kepada Firash ketika kami bersama-sama menunaikan solat Isya’ di Masjid Puncak Alam sebelum solat jenazah arwah Papa Kak Fa pada 2 Syawal 1440H bersamaan 6 Jun 2019. Bukan menyimpan dendam tetapi agak terasa hati apabila ayat yang dihamburkan oleh makcik itu di dalam Masjid Puncak Alam itu agak kasar dan sepatutnya lebih manis. Bukan juga disebabkan Kak Fa tak suka anak Kak Fa ditegur kelakuannya tetapi nak menegur ada caranya. Kak Fa suka apabila ada orang yang lebih berusia menegur kanak-kanak supaya berkelakuan baik. Bagus macam tu. Sedangkan pada ketika kejadian dan waktu itu, Kak Fa sendiri yang menegur anak Kak Fa supaya BEHAVE di dalam Masjid Puncak Alam. Kak Fa pun tahu hormat dan Kak Fa pun tahu didik anak Kak Fa untuk hormat keadaan, situasi dan tempat. Tak perlu herdik kanak-kanak, ada cara didik anak BEHAVE dalam masjid. Memang ada cara. Sekurang-kurangnya manislah sedikit bahasa tu kan?

Apa makcik tu kata? Makcik tu dengan nada suara yang agak tinggi – “Anak siapa ni? Tolong kawal sikit dan tolong ajar sikit budak ni. Ini tempat orang beribadat bukan taman permainan! Orang nak beribadat pun tak tenang! Tak reti nak ajar anak ke?” – Silapnya Firash? Kak Fa dah larang, Kak Fa pun dah panggil Firash takkan Kak Fa nak berlari kejar Firash dan terlanggar di sudut dia solat yang agak sempit itu dan lalu lalang di hadapan depan dia. SIlapnya Firash berdiri menghadap ke arah depan membelakangi dia. Di hadapan tanpa terkena atau terpijak sejadah dia pun. Silapnya Firash ketika berdiri di hadapan makcik itu dia ada berkata-kata sedikit. Sungguh dari hati Kak Fa dengan ikhlas, Kak Fa minta maaf. Ada di antara jemaah wanita yang simpati dengan apa yang berlaku terus mencium dahi Firash. Ya…Firash dah 5 tahun 7 bulan tetapi dia masih belum matang sepenuhnya. Sungguh Kak Fa tak kisah sesiapa pun yang menegur untuk memperbaiki kelakuan anak Kak Fa tetapi bahasa tu biarlah agak senang didengar. Keras sangat pada Kak Fa. Mungkin juga sebab Kak Fa di dalam keadaan berduka dan sedih disebabkan oleh kehilangan arwah Papa Kak Fa dan mungkin sebab itu juga Kak Fa sensitif terlebih. Wallahualam.

Tapi Kak Fa nak share sikitlah…Pada semua orang di luar sana dan juga pada makcik itu kalau-kalau kot-kot makcik itu come across posting Kak Fa ni. Sebenarnya hari kejadian tu Kak Fa nak jumpa dan minta maaf atas kelakuan Firash tapi tak sempat. Iyalah waktu tu sedang bersedih dan masih dalam keadaan belajar untuk menerima dan melepaskan kan? Menurut kata Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) MA Early melalui pautan di yang sama di SINI, kanak-kanak walau dalam masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk dia menjadi seperti orang dewasa.

Habis tu? Macam mana sebagai mak ayah mahu melunaskan misi membawa anak ke masjid dengan tenang dan damai? Tanpa perlu mengherdik anak agar duduk setempat? Dan tanpa perlu menahan hati dari melihat jeilngan tajam jemaah lain yang berbaur emosi di dalam hati mereka?

Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk dan bosan akan membuatkan anak-anak meragam.

Sebelum Bawa Anak Ke Masjid, Mak Ayah Pastikan…

Makanya, mak ayah apabila membawa kanak-kanak ke masjid adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk:

  1. Menyediakan keperluannya supaya tidak lapar dan dahaga.
  2. Memastikan keselesaannya supaya dia mempunyai ruang dan tidak kebosanan.
  3. Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya dia tahu adab di masjid.
  4. Mengajak dan memberikan galakan untuk mengikut imam supaya dia dilatih untuk bersolat.
  5. Memberi pujian apabila dia berkelakuan elok supaya dia bersemangat terus untuk menjadi baik.
  6. Memberi peringatan jika dia tersalah laku supaya dia memperbetulkan kesilapannya.
  7. Menegah jika dia keterlaluan supaya dia tahu dia sudah melampaui batas.

Untuk makcik tu, Kak Fa minta maaf minta ampun sangat-sangat yang Kak Fa sungguh-sungguh tak sempat nak sediakan keperluan Firash supaya tak lapar dan dahaga sebelum ke masjid sebab kami dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyelesaikan segala urusan yang sepatutnya diuruskan untuk jenazah arwah Papa Kak Fa. Kak Fa juga tak sempat nak memastikan keselesaan Firash supaya dia mempunyai ruang dan tak rasa bosan sehingga dia aktif bergerak sehingga ke hadapan makcik itu. Cumanya – Kak Fa memang sempat pesan dan tegah Firash. Memang mulut Kak Fa tak berhenti tegah dan larang Firash supaya dia behave. Kak Fa minta maaf sangat-sangat pada makcik itu sehingga dia rasa terganggu dengan kehadiran Firash tempoh hari. Sungguh Kak Fa minta maaf.

In Shaa Allah makcik ya… Nanti saya latih anak saya untuk kerap ke masjid dari semasa ke semasa supaya dia menjadi terbiasa dan In Shaa Allah saya berusaha untuk jadikan anak saya lebih tenang dan tertib ketika di masjid. Cuma tulah…Kanak-kanak tetap akan menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Kita sebagai orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa di dalam menguruskan kanak-kanak.

*Mungkin kena ikut inisiatif Masjid Negeri Ipoh sepertimana yang pernah Kak Fa kongsikan di dalam entri Semua Masjid Di Malaysia Patut Contohi Masjid Negeri Ipoh Yang MESRA KANAK-KANAK
Terimakasih telah membaca artikel Cara Didik Anak BEHAVE Dalam Masjid. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

5 komentar:

  1. alfatihah innalillah ye Farah. Moga arwah di tempatkan bersama orang beriman

    ReplyDelete
  2. Kalau anak yang mendengar kata mudah sikit. Kalau yang kita dah marah pun masih tak serik tu yang susah. Bukan apa, ibu bapa pun kadang malu juga. Betul apa yang kak Fa cakap, sebaiknya cukupkan keperluan anak dulu. Thanks for sharing kak Fa <333

    ReplyDelete
  3. Azhan: kadang2 yg ni byk ibubapa yg terlepas pandang

    ReplyDelete
  4. kadang2 makcik2 ni terlalu extreme tak leh lebih kurang dgn budak2 sedangkan inilah masa untuk anak2 mengnali dan mencintai masjid. dah jumpa makcik garang takut budak nak kemasjid nanti

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.