Anak Lasak? Mak Ayah Kena Jadi Dua Kali Ganda Lasak

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Betul sangatlah tu… anak lasak? Mak ayah kena jadi dua kali ganda lasak. Nak nak lagi sekarang ni musim open house Raya dan tengah season beraya di rumah kenalan dan sahabat handai kan? Kadang tulah… Kak Fa ni bukannya tak nak memenuhi undangan rumah terbuka atau beraya ke rumah siapa-siapa. Tapi…Kak Fa ni sedar diri… anak lelaki Kak Fa ni lain sikit. Ha ha ha… Lain sikit macam mana tu? Dia jenis yang tak buat orang tapi dia jenis tak reti nak duduk diam. Suka lari sana, suka lari sini. Kegemaran dia berlari. Ha ha ha…Orang kata biasalah budak-budak…Tapi dalam biasa-biasa tu… Kak Fa ni jenis tak suka kalau anak Kak Fa pecahkan pasu dekat rumah orang atau rosakkan apa-apa dekat rumah orang. Even tuan rumah kata tak apalah sekalipun. Tuan rumah kata tak apa…Tapi Kak Fa kisah…. Memang Kak Fa kisah. Kak Fa punya kisah tu boleh akibatkan tangan Kak Fa ni laju jer nak cubit atau nak pukul manja peha Firash. Kalau boleh tak naklah kan? Kesian Firash anak manja Mommy. Ha ha ha….

Macam perkongsian En. Mohd Fhais di SINI

Anak saya ni baru sahaja ketuk kepala sepupu dia dengan senduk. Astagfirullah al azim… Istighfarlah kuat macam mana pun, kalau dia nak main senduk tu dia main juga. Tak boleh nak buat apa dah. Bawa beraya rumah saudara mara lagilah huru hara dibuatnya. Anak lasak mak ayah kena jadi dua kali ganda lasak.

Anak berlari kita berlari, anak memanjat kita kena turunkan, anak melompat kita kena siap sedia sambut kalau-kalau anak landing salah tempat. Itulah kita sebagai mak ayah. Tukang jaga kenteteraman tuan rumah. Tuan rumah dah jamu kita makan. Sekurang-kurangnya kita jaga harta benda rumah mereka.

Anak bertempiaran tak pandai duduk setempat walau seminit tu orang boleh terima. Tapi mak ayah yang tak berganjak dari meja makan berjam-jam sedangkan anak-anak bertempiaran sana sini tu yang tidak boleh diterima akal! Boleh jadi pencetus orang mengata belakang kita nanti. Elaklah kalau boleh. Biarlah kita berpeluh sikit jaga anak asalkan silaturahim dengan saudara mara dan kenalan tu terjaga rapi sehingga ke anak cucu.

Sedap macam mana pun ketupat dan rendang kita makan, tak sedap lagi mata memandang bila anak-anak buat rumah yang dah cantik hias jadi playground. Wallahualam.

Teringat kes viral teguran Chef Wan tentang ibu bapa yang tidak menjaga anak sewaktu beraya pada tahun 2017 yang lalu. Ingat tak? Ke tak ingat? Kalau tak ingat meh Kak Fa kongsi balik apa yang Chef Wan kongsikan:

Kak Fa juga pernah kongsikan tips beraya buat geng anak lasak dan anak ramai pada tahun 2017 dahulu melalui pautan di SINI. Di antara tips yang Kak Fa pernah kongsikan secara ringkasnya adalah:

  1. Pilih rumah yang betul-betul bersesuaian.
  2. Melabur sedikit dengan permainan yang murah.
  3. Pastikan kedudukan tisu dan kain lap.
  4. Gunakan strategi permainan atau gula-gula lollipop apabila anak-anak bergaduh.
  5. Tengok susunan perabot dan buat simulasi cara bermain anak di rumah yang berkenaan.
  6. Cubit!
  7. Bawa gajet siap-siap (tapi kalau boleh kurangkanlah…kalau boleh…)

Penerangan secara terperinci mengenai tips2 ini boleh dibaca melalui entri yang dah Kak Fa sediakan pautannya ya? Tak perlu malu kalau punya anak yang lasak dan tak perlu rasa terbeban jika punya anak lasak… Anak lasak adalah anugerah ok? Itu petanda IQ dan PQ anak sangat hebat! Jadi sila bersyukur.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. baguslah tips fa ni.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  2. Betul2, ada anak lasak ni, memang kita kena 2 kali ganda lasak, hehe. tq for sharing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !