![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Home »
Featured
,
lifestyle
,
mommyhood
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting guide
,
parenting info
,
parenting sharing
,
parenting stories
,
parenting talk
,
parenting tips
» Alasan Tak Perlu Rasa Bersalah Jadi Ibu Bekerja
Alasan Tak Perlu Rasa Bersalah Jadi Ibu Bekerja
Meh sini meh… Meh datang rapat-rapat. Kak Fa nak motivate sikit ibu-ibu bekerjaya yang selalu rasa bersalah sebab bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk bersama keluarga dan anak-anak. Tipulah kalau Kak Fa kata Kak Fa tak pernah rasa bersalah kan? Ada jer tapi Kak Fa cepat-cepat overcome supaya Kak Fa tak biarkan rasa down tu membelenggu diri Kak Fa sampai apa pun tak boleh. Tak bagus biarkan diri rasa down lama-lama. Bukan kata tak boleh nak rasa down atau ada perasaan mom guilt tu… Boleh jer… Sebab kita ni manusia biasa yang ada perasaan dan hati. Of course kita akan rasa macam tu. Kalau tak tu, memang something wrong somewhere la tu… Hu hu hu… Kemon… Meh sini Kak Fa beritahu penyedap alasan tak perlu rasa bersalah jadi ibu bekerja.
Walaupun ada rasa tak lengkap, tak sempurna dan kadang-kala rasa teruk dengan diri sendiri, hakikatnya anak-anak memandang tinggi kepada anda sebagai seorang ibu. Secara tidak langsung, ibu telah mendidik anak-anak tentang erti tanggungjawab dan menunjukkan contoh berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri yang terbaik kepada anak. Malahan, seorang ibu bekerjaya akan memberikan confidence booster untuk anak-anak, terutamanya anak perempuan supaya mereka tidak takut mengejar cita-cita mereka walaupun menghadapi kesukaran pada masa-masa tertentu.
Menurut satu kajian, anak lelaki yang dibesarkan oleh wanita bekerjaya lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja rumah. Senyum Kak Fa baca ok? Bukan setakat itu, anak lelaki juga berkemungkinan besar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga kerana sifat empati yang telah dipelajari melalui pengalaman dengan ibu masing-masing.
Jujur Kak Fa beritahu…mentaliti Kak Fa ni memang berdaya saing sedari kecil. Mungkin sebab dah dilatih oleh arwah Papa dan juga Mama Kak Fa sebegitu. Di dalam sebuah kajian Harvard Business School, didapati bahawa keluarga yang memiliki ibu bekerja mempunyai pendapatan yang tinggi apabila mereka meningkat dewasa. Hal ini menunjukkan, anak-anak ini lebih berdikari dan berdaya saing untuk menceburi bidang pekerjaan pada masa akan datang kerana dapat melihat contoh terdekat daripada ibu mereka sendiri. Sebab tu, apa yang Kak Fa buat semua untuk Iyash. Kak Fa nak Iyash tengok contoh tu depan mata Iyash sendiri. Dari ibu dia sendiri. Jadi memang setiap keputusan dan tindakan Kak Fa itu adalah bersebab.
Walau apa pun yang orang sekeliling kata, percayalah bahawa anda berhak menetapkan apa yang anda rasa terbaik buat keluarga anda dan diri anda. Hakikatnya, setiap keluarga diberikan ujian serta cabaran yang berbeza-beza dan kita tidak akan pernah berasa cukup selagi kita cuba membandingkan diri dengan ibu-ibu yang lain. Walau apa pun pilihan anda, tiada satu jalan pun yang akan menjadikan hidup kita bebas masalah. Maka, cuba lihat kembali cara untuk mengatasinya secara logik dan bukannya dengan memendam perasaan atau menyalahkan diri setiap masa. Selagi kita berasa tertekan dan bersedih, selagi itulah kita tak akan dapat menikmati masa-masa berharga bersama anak dan keluarga.
Sama ada anda bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa, pendapatan tambahan yang diperoleh sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga mahupun negara. Malah di dalam kes-kes tertentu, perkhidmatan anda dapat mengisi permintaan yang amat diperlukan seperti di dalam bidang perbidanan dan kesihatan wanita.
Kerja ke tak kerja ke… Memang didikan anak-anak bermula di rumah. Berdasarkan pengalaman selama hampir 6 tahun ni kan… truth is that sebagai mak yang bekerjaya masih boleh jer kita meluangkan masa berkualiti bersama anak walaupun kita ni sibuk bekerja. In Shaa Allah boleh. Dengan alternatif yang tersedia, tak perlu risau. In Shaa Allah. Macam Kak Fa kata boleh. Apa yang Kak Fa perhatikan anak bukanlah lebih menyukai ibu bekerja. Cumanya walaupun ibu itu bekerja mereka cuma mahukan ibu yang bahagia. Percaya atau tidak, bila ibu bahagia barulah anak-anak akan berasa gembira dan ceria!
*Ibu kena senantiasa cuba menjadi insan yang positif dan memilih bahagia walau apa jua keadaan demi perkembangan anak. Seriuslah! Kak Fa tak tipu!
Terimakasih telah membaca artikel Alasan Tak Perlu Rasa Bersalah Jadi Ibu Bekerja. Jangan lupa share ya
Share
8 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
terbaik
ReplyDeletePart Anda Lebih Memahami Keadaan Keluarga Anda ini Sha sangat-sangat setuju..
ReplyDeleteKerja atau tidak ibu dan bapa tu, bergantung pada didikan kita.
ReplyDeleteSetiap orang ada beza cara mengajar anak..jadi kenalah kita alert tentang itu..
Jangan lepas tangan dan amik mudah sebab dah ada orang yang menjaga anak kita ketika bekerja...itu yang selalu jd kesilapan ibubapa..
Perlu kuat dan tabah untuk seimbangkan kerjaya dan status ibu...perkongsian menarik
ReplyDeleteAzhan: anak2 lah benda paling berharga yg kita ada
ReplyDeleteLinda selalu rasa macam tu, lelagi kalau kena balik lambat. Allahu !
ReplyDeletebetul tu.. sepatutnya kita rasa lebih bangga
ReplyDeleteFiza pun rasa bangga sbgai ibu bekerjaya bila baca apa yg kak Fa tulis nie..
ReplyDelete