Home » , , , , , , , » Tips Sebelum Membeli Perabot Baru Untuk Rumah Anda

Tips Sebelum Membeli Perabot Baru Untuk Rumah Anda

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Musim raya… Tiba-tiba terlintas perkataan perabot. Ha ha ha…Makanya jadilah entri tips sebelum membeli perabot baru untuk rumah anda. Pada sesiapa yang sedang nak berganti perabotlah kan? Pada yang tak macam Kak Fa ni, boleh jer baca. Buat tambah-tambah ilmu pengetahuan am. Manalah tau satu hari nanti terpaksa berganti perabot baru. Bolehlah juga tips ni bagi panduan dan selok belok sedikit kan? He he he… Terlintas sebab terfikir, ada sesetengah dari kalangan kita ni memang hobinya suka beli perabot baru bila Syawal menjelang. Kak Fa tak lah. Pakai jer apa yang ada sampai lunyai dan hancur. Esok-esok dah teruk sangat baru fikir lain. Beli pun ada tips ok? Preferably ikut tips lah…Tapi kalau jenis yang suka main redah jer beli, itu hak individu. Kak Fa pun tak boleh nak cakap apa-apa. Duit masing-masing kan? Bukan duit Kak Fa… Ha ha ha… Tapi kalau nak belajar bacalah dan hadamkanlah entri ni sehingga ke penghujungnya.

Pemilihan Gaya Dan Tema

Tujuan pemilihan gaya dan tema adalah supaya anda tidak kelabu mata di kedai perabot. Maklumlah, di kedai perabot yang besar-besar, ada banyak pilihan yang boleh rambang mata dibuatnya. Adakalanya, sebagai pembeli kita begitu mudah tertarik dan membeli berdasarkan pendapat jurujual yang sebenarnya tidak pernah melihat pun dalam rumah kita! Makanya, andalah sebenarnya yang berkuasa penuh untuk menentukan sendiri pemilihan perabot untuk rumah dan tema yang dipilih. Penentuan tema dan gaya bergantung pada faktor personaliti anda. Anda mungkin menyukai konsep moden kontemporari, antik dan vintaj gaya English dan sebagainya. Bergantung kepada minat anda.

Menentukan Warna Pilihan

Apakah warna dinding rumah anda? Pastinya rumah anda mempunyai warna yang telah dicatkan. Pemilihan warna perabot lebih neutral adalah lebih fleksibel. Berkemungkinan anda ingin mengubah mood suasana rumah anda dari semasa ke semasa. Pemilihan warna perabot lebih penting daripada pemilihan warna cat rumah. Warna perabot yang lebih neutral lebih senang dipadankan dengan apa saja warna dinding. Warna perabot perlulah berpadanan dengan semua warna supaya nanti anda tidak perlu berulang-kali menukar perabot.

Keluasan Ruang

Ini biasanya pemilik rumah paling malas lakukan ialah mengukur setiap ruang utama rumah seperti ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Elakkan memilih saiz perabot dengan teknik agak-agak sahaja. Ingat… Jika anda silap pilih perabot, susun atur rumah bolah jadi lebih sempit atau sebaliknya. Tidak semua orang mampu beli perabot setiap tahun ok? Buat sedikit nota catatan ukuran setiap sudut ruangan rumah anda.

Lakaran

Selain ukuran sudut, lakaran juga penting iaitu susunan dekorasi ruangan tertentu dan jenis perabot yang bakal diletakkan di ruang itu. Tanpa imaginasi dan lakaran susun atur perabot , agak sukar untuk tentukan apa yang bakal dibeli semasa berada di kedai perabot.

Tentukan Keutamaan Kualiti Setiap Perabot

Tidak semestinya semua perabot rumah perlu berkualiti dan mahal. Anda perlu tahu keutamaan setiap perabot yang bakal dibeli. Sebagai contoh, anda ingin menggunakan kerusi sofa yang sama untuk jangka masa 5 tahun ke atas. Jadi, tidak salah jika melaburkan wang yang lebih banyak untuk sofa anda. Begitu juga, jika sebaliknya, anda cuma memerlukan meja kecil untuk hiasan bunga meja. Anda mungkin tidak perlukan meja kecil berkualiti tinggi dan mahal-mahal.

Ciri-Ciri Keselamatan

Ciri keselamatan perabot juga perlu diberi perhatian terutama bagi yang mempunyai anak-anak kecil. Kenal pasti ciri perabot seperti ketinggian, berat, bucu tajam, kebersihan seperti habuk yang melekat dan lain-lain. Ini penting kerana ada kes kanak-kanak yang terkena bucu almari tajam, ditimpa perabot, jatuh dari almari, jatuh dari katil dan sebagainya.

Pertimbangkan Perabot Terpakai

Bagi yang tidak kisah dan ingin mengurangkan kos, bolehlah pertimbangkan perabot terpakai. Ada banyak kedai perabot terpakai yang anda boleh dapatkan pada harga murah dan masih dalam keadaan baik. Tapi anda hendaklah lebih berhati-hati dan pastikan betul-betul keadaan perabot sebelum dibeli.

Survey

Buat survey lebih dari 1 kedai dan bandingkan dari segi rekabentuk dan harga yang ditawarkan. Setiap kedai pasti mempunyai rekabentuk perabot berbeza. Beri masa kepada diri sendiri secukupnya untuk buat pilihan supaya tidak ada penyelesaian nanti selepas membeli.

Jangan Beli Semua Perabot Dalam Satu Masa

Kadang-kadang adalah lebih selamat dari segi kos jika anda membeli mengikut item. Perabot yang dibeli secara pukal boleh jadi lebih mahal dari yang anda sangkakan. Mungkin juga akan berlaku di mana anda tidak benar-benar menyukai atau memerlukan perabot tersebut setelah dibeli. Jadi, elakkan beli secara pukal.

Beli Ikut Kemampuan

Akhir sekali, belilah ikut kemampuan kewangan anda. Bukan mengikut kehendak. Anda tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan kesemua perabot serentak. Kenalpasti dulu perabot mana yang lebih diperlukan dan belilah mengikut keperluan dan kemampuan.

Semua orang mahukan yang terbaik untuk menghiasi syurga dunia. Sebab itu, bagi yang nak membeli perabot, perlulah ada perancangan rapi dan info asas dalam memilih perabot supaya nanti tidak menyesal pula dengan apa yang telah dilaburkan. Perabot bukan murah dan bukan semua orang senang-senang boleh beli kan? Untuk yang nak membeli perabot Raya ni…Selamat membeli-belah dan semoga gembira dengan perabot baru pilihan anda. He he he… Kak Fa tak pun…Pakai apa yang ada jer… Sebab belum rasa sebagai satu keperluan.

*Rujukan: SINI
Terimakasih telah membaca artikel Tips Sebelum Membeli Perabot Baru Untuk Rumah Anda. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.