Terbukti! Pandu-Lalu McDonald's Pilihan No.1 Rakyat Malaysia!

Farah Waheda Wahid
2

Melalui apa yang Kak Fa baca, konsep "Pandu-Lalu" (The Drive-Thru") McDonald's diperkenalkan pada bulan Januari 1975 di Sierra Vista, Arizona yang digelar sebagai "McPandu" ("McDrive") di sesebahagian negara yang digunapakai di cawangan McDonald's hampir seluruh dunia - sumber dari SINI. Note that - Restoran Pandu-Lalu pertama di Malaysia yang dibuka adalah di McDonald's Titiwangsa pada tahun 1988. Relevan! Sangat-sangat relevan disebabkan konsep Pandu-Lalu McDonalds adalah mudah, pantas dan mesra di dalam melengkapi gaya hidup masyarakat pada masa kini yang senantiasa sibuk. Termasuk Kak Fa! Bila kesuntukan waktu sewaktu bekerja di pejabat, bila kesuntukan waktu kerana komitmen lain dan juga bila mood Firash tak menentu - Pandu-Lalu McDonald's sangat membantu! Terbukti! Pandu-Lalu McDonald's pilihan no.1 rakyat Malaysia! Lebih-lebih lagi, baru-baru ini McDonald's Malaysia telah diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi "Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu di dalam Tempoh 24 Jam".


Kak Fa tak terkejut pun...sebabnya sememangnya Pandu-Lalu McDonald's memenuhi keperluan para pelanggan seumpama Kak Fa ni ha yang memberi kemudahan semasa waktu makan. Salah satu sebabnya? Di mana-mana pun sesiapa sahaja boleh jumpa restoran McDonald's dengan konsep Pandu Lalu. Bagi individu-individu yang on-the-go seperti Kak Fa ni, tentunya berpendapat yang ianya sangat mudah dan efisien. Senang cerita praktikal dengan gaya hidup individu-individu yang senantiasa terkejar-kejar masa. Iyalah... masa itu emas and time waits for no man kan? Mana lagi dalam Malaysia ni nak dapat hidangan makanan yang lengkap, lazat dan mengenyangkan di dalam tempoh masa singkat kalau tak McDonald's. Yang Kak Fa perasanlah, Mc Donald's sentiasa menjaga masa menyampaikan pesanan para pelanggan mereka di perkhidmatan Pandu-Lalu yang mereka tawarkan. Sebabnya... ha ha ha...Kan Kak Fa ni pelanggan tegar Pandu-Lalu McDonald's. Setiap kali Kak Fa menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu McDonald's setiap kali tu juga Kak Fa perasan yang ada masa yang dicatatkan untuk setiap pesanan yang diterima. Sistematik ok?

Semakin hari semakin ramai yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu McDonald's. Terbukti! Sebabnya pihak McDonald's sendiri telah mengambil inisiatif untuk melakukan tinjauan ke atas kemampuan mereka dengan mengadakan 'Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu Mc Donald's ("McDonald's Drive-Thru Weekend Challenge") yang diadakan pada tanggal 26 sehingga 28 April 2019 di mana, sepanjang tempoh 3 hari yang berkenaan sejumlah 473,860 kenderaan telah mendapatkan hidangan McDonald's kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald's di seluruh negara. Jumlah kenderaan itu, jika diukur kepanjangannya adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Wow hebatnya! Nampak tak di situ bagaimana sambutan perkhidmatan Pandu-Lalu McDonald's relevan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia?


Tak cukup dengan itu - demi membuktikan perkhidmatan Pandu-Lalu McDonald's adalah yang terbaik di Malaysia, McDonald's juga telah berjaya mencipta rekod baru pada 27 April 2019 di mana jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu di dalam tempoh 24 jam. 24 jam ok? 24 jam! Sejumlah 164,235 kenderaan telah menjadikan McDonald's Malaysia dengan rasminya diiktiraf sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi "Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam". Tahniah McDonald's. Kak Fa pun tumpang bangga...Ha ha ha...Sebab sesungguhnya Kak Fa membesar dengan McDonalds.


Sebelum ni, McDonald's Malaysia telah memegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008, di mana 18,677 kenderaan telah melalui 53 restoran Pandu-Lalu McDonald's di seluruh negara mulai jam 12 tengah hari sehingga 3 petang. Tahun sebelumnya pula, Mc Donald's mencatat rekod 7,186 kenderaan melalui 49 restoran Pandu-Lalu Mc Donald's antara jam 12 tengah hari sehingga 2 petang.


What to say more? Memang relevan kan? Konsep Pandu-Lalu McDonald's di Malaysia dan memang keperluan kan for busy people like us? Celah mana lagi nak nafikan ni? Cuba cakap... He he he... Majoriti di kalangan masyarakat Malaysia memang memilih restoran Pandu-Lalu McDonald's. Cabaran yang dijalankan oleh McDonald's sudah cukup untuk membuktikan ianya fakta. Melihatkan kepada keperluan serta permintaan semasa masyarakat Malaysia ini, McDonalds mensasarkan untuk membuka 20 restoran Pandu-Lalu Mc Donald's pada tahun 2019 ini di mana ianya akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini.


McDonald's juga bermula dari 17 sehingga 30 April 2019 telah melancarkan satu inisiatif menarik menerusi aplikasi McDonalds yang dinamakan sebagai Drive-Thru Hero Challenge di mana para pelanggan digalakkan untuk menuju ke sebanyak mungkin restoran Pandu-Lalu McDonald's dan berpeluang untuk dinobatkan sebagai Top 10 Drive-Thru Heroes. Satu perhentian restoran Pandu-Lalu Mc Donald's adalah bersamaan dengan 10 mata dan Top 10 Drive-Thru Heroes akan menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu Mc Donald's membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan Mc Donald's.

It's always a fun thing to do with McDonald's! Pssttt - bermula dari McDonald's lah konsep pandu-lalu di Malaysia ni semakin merebak untuk sektor-sektor lain tau. Nampak kan? Tidak boleh dinafikan lagi sememangnya konsep Pandu-Lalu McDonald's adalah relevan di dalam trend kehidupan masyarakat masa kini. Eh...Kak Fa hari ni balik lewat ni... Maybe nak pergi drive-thru McDonald's dulu untuk isi perut sebelum balik. Till then... We'll meet next time ya? Untuk cerita menarik yang lain. Daaaa...

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !