Sungguhpun Ada Yang Beri Pendapat Buat Urutan Naikkan Uri Kalau Placenta Previa Lagi–Kak Fa Tetap Minta Maaf Pada Firash Tak Dapat Bagi Adik!

Farah Waheda Wahid
8

Mak aihhh… panjangnya tajuk… Ha ha ha… tapi betullah tu… sungguhpun ada yang beri pendapat buat urutan naikkan uri kalau Placenta Previa lagi – Kak Fa tetap minta maaf pada Firash tak dapat bagi adik! Tipulah kalau Kak Fa kau ni kata dalam hati tak terdetik langsung nak tambah lagi seorang umat Muhammad lagi dalam keluarga kecil kami. Haruslah berangan tu ada, sebabnya Kak Fa memang sukalah kiranya kalau dapat adik perempuan untuk Firash. Tapi… kes Kak Fa ni memang tak boleh bawa bincang lagi dah… Memang high-risk pun pregnancy complication Kak Fa ni ha… Fikir jerlah masak-masak. Nak ambil risiko atau nak fokus pada Firash. Jawapan Kak Fa fokus jer pada Firash. Sok-sok kalau terjadi, bila dah kena bed rest… Kesian dekat Firash. Seronok memang seronok, tapi tak boleh nak fikir seronok kita sorang jer yer tak? Kena ambil pusing kesayangan di sekeliling kita juga. Ada jugalah… individu yang ingat komplikasi Kak Fa ni main-main dan tak serius… Macam mana nak cakap ek? Sebelum mengolah dan buat kesimpulan, cari ilmu sikit. Boleh tak kalau macam tu? He he he… Tapi betullah kan? Placenta Previa ni bukan boleh buat main dan bukan suka-suka kau nak pilih tarikh nak potong perut segala bagai. Doktor pakar sakit puan yang akan beri cadangan bila masa yang bersesuaian. Kalau diawalkan – ha tanggunglah kau suntikan dexamethasone dua kali dekat peha macam Kak Fa dulu.

Kenapa Kak Fa tak nak terima pendapat untuk bagi jer Firash adik dan buat urutan naikkan uri kalau Placenta Previa lagi? Banyak kali dah kongsi kot? Gynae Kak Fa dah inform dah awal-awal – Kalau Kak Fa expecting sekali lagi – Placenta Previa Kak Fa tu boleh naik ke tahap 3 atau 4. Previously masa Kak Fa expecting Firash, Placenta Previa Kak Fa adalah tahap 2. Tak akan turun tahap, sebaliknya akan naik. Jadi kalau Kak Fa decide nak expecting sekali lagi juga…Kak Fa kena standby dengan kemungkinan bed rest for the whole pregnancy dekat hospital. Sanggup ke? Kerja macam mana? Anak macam mana? Tu semua nak kena fikir sebelum bertindak noksss… Bukan main hantam jer. Bukan soal subur tak subur – tu semua bukan isu. Tak jadi persoalan bab tu. Tapi yang jadi isu situasi dan kondisi dan apa yang bakal dilalui.

Menurut sumber dari SINI, uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri. Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.

Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.

Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, dikategorikan sebagai kes Placenta Previa. Faham tak? Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai Placenta Previa Major. (kes Kak Fa ni oiii). Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar Placenta Previa Minor.

Tolong belajar ya… kes-kes Placenta Previa dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga dan empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Kak Fa nak ambil kesempatan ni juga nak celikkan pada mana-mana yang kurang pencerahan tu… Nak tegaskan:

Risiko kes Placenta Previa adalah pendarahan. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, anda akan dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin. Ingat kes main-main ke nak perlekehkan… Serius ni oooo…. Nyawa mak dengan anak boleh tergadai ok?


Jika berlaku pendarahan semasa berada di hospital, anda mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Anda akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan selamat.

Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah consult doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka.

Ibu hamil dan mempunyai masalah Placenta Previa tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan segera.

Kesimpulan, kakak-kakak, adik-adik dan kawan-kawan semua kes Placenta Previa adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor.


Bila Kak Fa cakap komplikasi Kak Fa serius – Kak Fa betul-betul maksudkan serius dan sebenarnya susah nak fahamkan pada yang tak mengalami dan tak mahu faham. Sebab tu… kalau kita tak tau, jangan kita cakap. Jangan kita buat kesimpulan dan andaian yang bukan-bukan. Lepas tu senang-senang nak cakap macam-macam. Hu hu hu…. Tak tau nak fahamkan macam mana lagi dah… Kalau dah tak nak faham tu, kita tak boleh paksa… Tapi kannn…. Inilah situasinya di mana sampai bila sekalipun Kak Fa memang tetap tak boleh lupa apa yang pernah berlaku pada Kak Fa sewaktu kehamilan Firash dulu. Such an experience kan? Sebab tu – I’ve decided and explain to my husband. Glad that it well received and understood. Syukurlah Firash hadir dalam hidup kami biarpun dia seorang trang tang tang tang. I am  a grateful mom to see he is growing up and both of us survived and made it for the Placenta Previa. That is the notch that Kak Fa tak kisah pun  dan tak kecik ati pun kalau ada yang bertanya bila nak menambah ataupun shaming Kak Fa ni because Kak Fa cuma mampu melahirkan seorang anak jer… Allah knows best kan?

Like it or not… Firash has to live with it lah… Anak tunggal macam Mommy dia… Ha ha ha… Even GrandMa dia dulu pun masa nak melahirkan Kak Fa the same case juga… Seolah inherited. That’s why I cherish my mom so much and I hope that Firash also will cherish me as his mom and all the sacrifices that I’ve gone through for him… In Shaa Allah. Amin-amin ya Rabbal Alamin.

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alahai takpelah rezeki memasing.. syafi pun jadi anak tunggal aje

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, firash hadir sebagai seri dalam keluarga. Hargai yang ada, akan dtg biar Allah tentukan.

    ReplyDelete
  3. Nyawa lagi penting InsyAllah firas akan faham. Setiap orang rezekinya berbeza

    ReplyDelete
  4. ya..kakak saya menghadapinya placenta previa untuk kali kedua..sekarang ni tunggu masa nak bersalin ceaser setelah hampir sebulan berehat di hospital..doakan kakak saya selamat bersalin raya ke 8 ni..insyaallah

    ReplyDelete
  5. Akak faham betul your situation. Akak pun experienced placenta previa waktu mengandung anak bongsu, dan akak ada pergi berurut before the 5th month, tapi x berhasil. The previous 4 pregnancies were normal childbirth, without complications. Went to a few private maternity clinics, semua refer akak ke gov hospital sbb high risk. Patut ddk hospital waktu 5 months pregnancy lagi, tapi akak had too much on my plate at that time, so every 2 weeks terpaksa buat check up & I also signed surat waiver. Baby bag sedia dlm kereta dari 6th month pregnancy. I worked from home & kurangkan pergerakan, lots of bed rest. Alhamdulillah, baby lahir only 3 weeks early thanks to the awesome support from family & my workplace. That period will always be in my memory.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !