Home » , , , , , , , , » Strategi Untuk Yang Merancang Dan Bakal Jadi Ibu Bapa Buat PERTAMA KALI

Strategi Untuk Yang Merancang Dan Bakal Jadi Ibu Bapa Buat PERTAMA KALI

Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Perkongsian yang disusunatur lenggok bahasanya berdasarkan pengalaman tetapi bukan untuk mengajar sesiapa. Cuma berupa sekadar pesanan dari yang telah melalui. Strategi untuk yang merancang dan bakal jadi ibu bapa buat pertama kali? Haiii…Takkan sebelum mula berfikir untuk merancang, tak pun dah mengandung dah ni pun nak kena ada strategi juga? Haruslah dik non oiii… Untuk kebaikan semua pihak. Kebaikan untuk yang bakal jadi ibu bapa dan juga untuk yang bakal lahir tu. Hidup ni kena ada planning! Betul tak? Tak semua perkara boleh main tabur jer, tak semua benda boleh hentam keromo jer asal ada. Imaginasi untuk masa depan tu kena lebih realistik dengan keadaan serta situasi semasa. Pada Kak Fa lah – pada orang lain Kak Fa tak pasti. Sama ada bernas tak bernas pesanan khidmat masyarakat Kak Fa ni, Kak Fa pun tak pasti. Sama ada setuju atau tidak. Kak Fa cuma berkongsi apa yang Kak Fa rasakan mungkin baik untuk orang lain di dalam strategi untuk yang merancang dan bakal jadi ibu bapa buat pertama kali.

Tak semua dari kita melalui kehidupan yang mudah. Tak semua dari kita ni cash rich. Tak semua dari kita ni bernasib baik di dalam perjalanan kehidupan. Pepatah pun ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Betul tak? Waima kehidupan kita ni mudah macam mana sekalipun, waima kehidupan kita ni cash rich macam mana sekalipun, waima bernasib baik macam mana sekalipun. Tapi ada juga – hidup memang bernasib baik, tapi tak pernah cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Nama pun manusia kan? Payah nak cakap kan? Manusia ni lain-lain.

Apa pesanan yang Kak Fa nak bagi tu? Well, I do not want to be a mak nenek… Tapi rasanya ini jerlah mampu yang Kak Fa kongsikan untuk manfaat semua orang yang berkenaan mungkin? In Shaa Allah…

Kongsi sikitlah ya? Dulu sebelum mengandungkan Firash – Kak Fa dah start berangan dah – klinik atau hospital mana Kak Fa nak buat check-up, berapa kos check-up yang Kak Fa nak kena asingkan dari duit gaji Kak Fa setiap bulan, berapa total kos check-up. Nak bersalin dekat mana? Semualah. Bila naik jer dua bar di UPT – Kak Fa tau pada waktu dan ketika itu memang Kak Fa dah kena mula dah dengan apa yang Kak Fa fikir sebelum ni. Jadi Kak Fa cuma nak cadangkan kepada yang merancang dan bakal jadi ibu bapa tu – mula ada savings sedari seawal perkahwinan. Kalau ada duit hantaran RM 10,000 atau RM 20,000 ataupun lebih tu – janganlah habiskan terus. Simpan untuk keluarga yang bakal membesar. Jadi – korang tak akan pening nak fikir. Kurang-kurang korang tau, allocation tu dah ada. Tak perlu risau segala bagai.

Bagi Kak Fa kalau kita nak mengandung dan melahirkan ni, bukan mengandung dan melahirkan macam tu jer. Macam dah mengandung – mengandunglah – dah melahirkan, melahirkanlah. Mungkin tak semua orang setuju dengan pandangan serta pendapat Kak Fa. Tapi apa yang masih Kak Fa ingat – masa Kak Fa mengandungkan Firash, masa tu memang masa yang sangat sibuk untuk Kak Fa dan masa Kak Fa terlalu banyak berfikir dan susun atur perancangan.

Check-Up & Bersalin

Survey kos bersalin di hospital, tak kira sama ada hospital swasta atau kerajaan yang menjadi pilihan korang. Bandingkan di antara satu hospital dan hospital yang lain. Minta circle atau orang-orang terdekat yang berpengalaman ceritakan pengalaman bersalin mereka di mana-mana hospital sama ada swasta atau kerajaan. Jangan ambil bulat-bulat apa yang mereka kongsikan sebaliknya buat penilaian sendiri melalui survey dan cerita mereka. Kenapa? Sebab pengalaman setiap orang tak sama dan berbeza-beza.

Kelengkapan Bayi

Survey apa yang perlu dan apa yang tidak. Survey-lah semua barang-barang keperluan dan kelengkapan anak yang bakal lahir apa yang perlu dan apa yang kehendak. Kalau mampu beli jerlah semua. Belajar melalui orang yang berpengalaman bagaimana persiapan untuk bayi yang mereka pernah lakukan dan rajinkan mencari informasi senarai barangan bayi melalui artikel-artikel online. Kemudian buat senarai sendiri dan rancanglah apa yang nak beli. Tak semua perlu beli pun. Tak semestinya kena beli banyak-banyak pun. Kena ingat – bayi cepat besar. Contoh paling simple – baju newborn tak payah nak beli sampai sekodi. Beli 10 ke 15 pasang pun cukup. Ada orang lagilah…Beli 5 – 8 pasang jer. Sebab bayi kan cepat membesar – Rugi beli banyak-banyak. Macam Kak Fa dulu, Kak Fa banyak beli baju yang lubang-lubang tu untuk Firash. Bukan sebab Kak Fa suka, tapi dengan cuaca Malaysia yang heaty masa tu dan berfikir kalau berbalut jer dengan bedung ke apa – mesti panas. Bila panas nanti naik ruam. Apa pun pilihan terletak di tangan individu masing-masing.

Kos Berpantang

Survey-lah sebab kos berpantang ni berbeza untuk setiap individu – pantang rumah sendiri ke? pantang rumah mak ke? pantang rumah mak mertua ke? pantang dengan menggunakan perkhidmatan syarikat atau individu ke? Sekarang kan dah ada macam-macam pilihan. Makanya kenalah survey. Tepuk dada tanyalah selera. Termasuklah dengan kos bahan-bahan makanan berpantang, ubat-ubatan serta jamu segala bagai tu. Pakaian berpantang pun kena fikir juga. Kena jenis yang memang tak pakai kain batik macam Kak Fa ni ha? Ha ha ha… Kenalah beli kain batik oiiii….

Kos Asuhan

Kalau stay at home mom rasanya tak perlu kot? Tapi kalau working mom memang kena fikir dan atur awal-awal. Nak letak anak kat mana kan? Kalau mak atau mak mertua sendiri yang offer nak jaga pun, tetap kena bagi duit juga. Takkan nak free jer kot? Dengan usia dan tenaga mereka, penat tu weiii… So be considerate. Kita ni kadang-kadang kalau dah terikat dengan kerja masa balik pun boleh jadi tak menentu. Betul tak? Bagi yang memang planning nak menghantar ke pusat asuhan atau rumah pengasuh. Bolehlah mula tanya-tanya berapa dan buat confirmation. At least masa bersalin dah tak fikir dah dan kelam-kabut nak mencari pengasuh. Boleh berpantang dengan tenang. Betul tak?

Kos Insurans

Ini kan… Tak ramai yang ada sebenarnya. Sebab ada pasangan yang memang bergantung pada skim insurans syarikat yang cover anak sekali. Bagus Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa dah tau dah memang ada jalan penyelesaian. Kak Fa dulu memang company tak cover. Masa tu susah. Tak mampu nak bayar insurans peribadi untuk anak. Mujurlah ada insurans Babah dia yang boleh digunapakai. Tapi macam mana pun, Alhamdulillah, finally sekarang Firash dah ada insurans kesihatan plus savings pendidikan dia sendiri. Bukan apa dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu dan dengan syarikat yang banyak nak downsizing and practice staff trimming. Risau juga. At least got something in rainy days kan? Tapi terpulanglah. Kos perubatan dan hospitalisation baby mahal tau. Bukan calang-calang. Tapi adalah pilihan lain yang lebih mampu. Cuma faktor keselesaan akan membuat anda terfikir. Tu jer.

Simpanan Anak

Tak ada sesiapa kata wajib, but it’s better to start ever since newborn. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa ada juga tempat yang nak korek. Bukan-lah Kak Fa nak galakkan korek duit simpanan anak. Tapi kalau dalam keadaan terdesak tak ada salahnya. Tapi untuk kegunaan anaklah. Bukan untuk berjoli sakan dan memenuhi kehendak. Jujur Kak Fa advise tolonglah simpan duit untuk anak. Paling busuk pun RM 50.00 sebulan. Kumpul-kumpul, lama-lama boleh jadi banyak juga. Waktu Kak Fa tanam anggur sekejap dulu dah rasa perit macam mana dah ok? Tapi Kak Fa tak nak elaborate further. Simpan bukan untuk kita tapi untuk kegunaan anak.

Setakat ni tu jer nak kongsi yang teringat dalam kepala Kak Fa ni ha. Kalau ada lagi, In Shaa Allah kita buat bahagian kedua pula. Tapi tulah Kak Fa nak pesan. Kalau apa yang Kak Fa pesan ni tak relevan dan tak betul. Kak Fa minta maaf ya dan silalah abaikan. Tapi kalau rasa berguna harap ianya bermanfaat untuk semua orang. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin.
Terimakasih telah membaca artikel Strategi Untuk Yang Merancang Dan Bakal Jadi Ibu Bapa Buat PERTAMA KALI. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.