Senibina Ala Mediterranean Yang Tersergam Indah oleh EcoWorld Di IPC Shopping Centre Yang Benar-Benar Hidupkan Raya!

Farah Waheda Wahid
1

Mood Raya memang dah mula on ni! Aura Raya tu dah naik membuak-buak walaupun kurang dua minggu lagi nak Raya. Semuanya berpunca dari senibina ala Mediterranean yang tersergam indah oleh EcoWorld di IPC Shopping Centre yang benar-benar hidupkan Raya! This is where the story begins... He he he... Nak tau cerita kenalah baca...

So happened, on the last long weekend - secara tak sengaja, Kak Fa telah ter... ter ok ter... terjalan-jalankan diri Kak Fa di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara. Hajat hati nak cuci mata, kot-kotlah terjumpa Baju Raya yang Kak Fa terberkenan di hati. Sebabnya, Kak Fa belum lagi ada Baju Raya yang Kak Fa beli sendiri. Ha ha ha... Yang ada semua baju sponsor weiii... (ok...kekwat sangat statement kau Kak Fa...ehhh tapi betul-lah, bukan buat-buat dan bukan saja-saja...huuu). Jalan punya jalan - Kak Fa nampak dekorasi Raya yang buatkan suasana Raya betul-betul hidup di Concourse, IPC Shopping Centre.




Dengan tema Blossoming Syawal dan kerjasama EcoWorld, kalau anda ke kawasan Concourse, IPC Shopping Centre bermula sedari 16 Mei 2019 tempoh hari sehinggalah ke 16 Jun 2019 akan datang, anda akan dapat lihat betapa cantiknya senibina ala Mediterranean di IPC Shopping Centre terutamanya tiga gerbang yang dipamerkan iaitu Eco Ardence, Eco Grandeur dan Eco Sanctuary.






Ditambah seri lagi dengan hiasan sekeliling serta lampu-lampu ala Mediterranean yang menaikkan lagi aura serta kehangatan Raya. Kak Fa memang kagum dan Kak Fa rasa nak datang semula jer sewaktu cuti Hari Raya nanti semata nak bergambar di setiap sudut dekorasi Raya IPC Shopping Centre. Memang sesuai sangat untuk bergambar ok? It is so Instagram worthy. Confirm - kalau kena gaya, kena sudut dan penataan cahaya - gambar Raya yang korang nak muat naik di Instagram - memang meletops dan mendapat perhatian ramai.




Bukan setakat tu - dalam kawasan Concourse berhiaskan senibina gerbang gah oleh EcoWorld yang tersergam indah itu sendiri, ada banyak pilihan Baju Raya, aksesori rumah dan sebagainya yang bakal membuatkan anda rambang mata. Memang cantik-cantik sampai Kak Fa sendiri sebenarnya keliru dan contemplating. Tak tau nak pilih yang mana satu.

Kena beli dekat IPC Shopping Centre sebabnya with every SINGLE RECEIPT of minimum RM200.00, para pelanggan akan berpeluang untuk mendapatkan baucar membeli-belah bernilai RM10.00. Kalau nak double rewards, silalah membeli-belah pada hari Selasa dan Rabu. Applicable bermula dari 16 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 sahaja ok? Jangan terlepas pandang pula.



Family friendly pula tu! Mudah sangat untuk mak-mak macam Kak Fa ni nak membeli-belah sebabnya, perhatian anak-anak mungkin akan berpaling kepada sudut aktiviti yang disediakan khas di dalam salah satu gerbang EcoWorld yang terdapat di situ. Ada pelbagai aktiviti yang menarik yang telah disediakan sepanjang kempen Blossoming Syawal ini berlangsung. Di antaranya adalah seperti:

1. Raya Greeting Cards Workshop
2. Learning Traditional Melayu Congkak
3. Wooden Wau Magnet Coloring Workshop
4. Sampul Raya Workshop
5. How to Play Chapteh
6. Popsicle Stick Photo Frame Workshop
7. Raya Lantern Workshop
8. Raya Greeting Walkabout
9. Baju Batik Paper Bag Coloring Workshop

Not only that... At the same time, suasana Raya dihangatkan lagi di IPC Shopping Centre dengan persembangan angklung dan juga tarian tradisional Melayu dari semasa ke semasa. So... Memang boleh imagine-lah kan? Macam mana meriahnya suasana Raya di IPC Shopping Centre. Dahlah cantik dengan dekorasi ala Mediterranean dan juga gerbang-gerbang oleh EcoWorld. Tambah pula lagi dengan kepelbagaian aktiviti serta Instagram worthy corner. Siapa yang tak akan rasa suasana Raya tu meresap masuk? Tipulah kalau anda kata tak tertarik ok? Jejakkan kaki sekali - anda memang akan terpaut. Percayalah cakap Kak Fa.

Anda akan terpukau dengan binaan struktur gerbang dan merasakan seolah-olah benar-benar berada di dalam suasana Raya sebenar. Rekaan replika gerbang-gerbang dengan ukuran sebenar menjadi tarikan utama. It is so iconic and the best spot untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga sama ada bergambar dengan set-up dekorasi Raya yang sungguh menawan, melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak IPC Shopping Centre mengikut jadual, membeli-belah mahupun berhibur atau makan di bawah satu bumbung.

Untuk jadual penuh aktiviti kempen Blossoming Syawal di IPC Shopping Centre bermula dari 16 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 - sila layari http://bdj.bz/IPCRayawithFarah. Kak Fa nak pergi lagi ni. Siapa nak ikut? Jom? Kita jumpa di sana!

Home Is Where The Heart Is

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !