Semua MASJID Di Malaysia Patut Contohi Masjid Negeri Ipoh Yang MESRA KANAK-KANAK

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar sumber dari Google yang telah diubahsuai

Suka sehingga terpanggil untuk berkongsi. Bukan untuk mengajar sesiapa sedangkan diri tidak sempurna. Akan tetapi inilah inisiatif yang patut dipuji. Masjid Negeri Ipoh yang dikatakan mesra kanak-kanak. Kak Fa rasa semua masjid di Malaysia patut contohi Masjid Negeri Ipoh yang mesra kanak-kanak sehinggakan ada di antara anak-anak yang tidak mahu pulang kerana terlalu gembira bermain di zon kanak-kanak yang disediakan khusus oleh Jawatankuasa Masjid. Inisiatif yang patut dipuji. Walaupun ibu bapa beranak kecil boleh menunaikan solat terawih di rumah, sesekali perasaan teringin mengikuti rakan-rakan lain beribadat di masjid itu tetap akan ada. Betul tak?

Kredit: Sumber asal dari SINAR HARIAN di SINI

Inisiatif Jawatankuasa Masjid Negeri Ipoh ini memang sepatutnya diikuti oleh masjid-masjid lain di Malaysia. Kita sudah ada  malls yang mesra kanak-kanak, restoran serta kafe yang mesra kanak-kanak. So why not? Kalau kita wujudkan pula masjid mesra kanak-kanak kan? Di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Ipoh, dikatakan anak-anak kecil tidak mahu pulang kerana terlalu gembira bermain di zon kanak-kanak yang disediakan khusus oleh Jawatankuasa Masjid. Inisiatif menyediakan zon kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di pautan di SINI, tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang berterawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.

Bertempat di tingkat atas bersebelahan ruang solat terawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung. Tak salah bawa anak-anak kecil ke masjid kan? Malah lebih digalakkan. Di Masjid Negeri Ipoh, hanya kanak-kanak berusia 4 sehingga 7 tahun yang dibenarkan ditempatkan di zon kanak-kanak bermula dari jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam sementara kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.

Kredit: Sumber asal dari SINAR HARIAN di SINI

Zon kanak-kanak di Masjid Negeri Ipoh dilengkapi dengan penyaman udara dan di antara permainan yang disediakan adalah seperti LEGO, kapal terbang mainan, anak patung serta buku-buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus barangan permainan ini adalah hasil sumbangan orang ramai. Hurmm…Kalau dekat dengan Kak Fa nak jer Kak Fa menyumbang barangan permainan Firash yang masih elok walaupun dah lama tu. At least kurang jugalah barang permainan dekat bilik permainan khas Firash tu. Hu hu hu…Sakit mata dah Kak Fa tengok. Bukan Kak Fa beli tetapi semua hasil dari pemberian individu dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan barangan permainan kanak-kanak.

Zon kanak-kanak di Masjid Negeri Ipoh juga mengambil berat dari segi faktor keselamatan. Iyalah jenayah ada di mana-mana kan?  Jadi langkah keselamatan itu adalah satu kemestian. Setiap ibu bapa yang mahu menempatkan anak-anak mereka ketika menunaikan solat terawih perlu mengisi borang pendaftaran dan mereka akan diberikan kad khas yang akan diserahkan semula setelah selesai menunaikan solat terawih. Langkah itu adalah sebagai langkah tanda persetujuan di antara ibu bapa dan juga bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini sepanjang anak-anak kecil mereka ditinggalkan. Setiap malam akan dua orang kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir yang membantu untuk memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon kanak-kanak.

Baguslah inisiatif macam ni kan? Bab-bab barangan permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak tu rasanya bukan satu masalah yang besar kot? Sebabnya para jemaah pun boleh turut menyumbang. Bila ada zon kanak-kanak sebegini barulah tenang dan senang hati mak ayah nak menunaikan ibadah di masjid ya tak? So tak semestinya bila beranak kecil merupakan satu penyebab mak ayah tak dapat turut sama-sama beramai-ramai dengan jemaah lain menunaikan ibadah solat terawih di masjid ya tak? Nampak sinarnya di situ kan? Hopefully, lebih banyak masjid di Malaysia akan mengikuti jejak langkah Masjid Negeri Ipoh.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !