Home » , , , , , , , , , , , , » Ramadan Dan Raya Di Dalam Suasana Magis Dasar Laut Bersama SpongeBob SquarePants Serta Patrick Star Di WCT Malls

Ramadan Dan Raya Di Dalam Suasana Magis Dasar Laut Bersama SpongeBob SquarePants Serta Patrick Star Di WCT Malls


Diam tak diam dah 20 tahun dah usia SpongeBob SquarePants rupanya. Dah bujang dah pun. Ha ha ha… Tapi masih tetap maintain macam tu juga. Tetap menjadi idola kanak-kanak di seluruh dunia dan tetap menjadi pujaan kanak-kanak di seluruh dunia. Memandangkan tahun ni adalah merupakan ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, Spongebob SquarePants dan sahabat akrabnya Patrick Star telah membuat keputusan untuk meraikan Ramadan dan Raya di daratan dengan tema ‘Seronoknya Raya’. Seronoklah peminat-peminat setia semua kan? Ramadan dan Raya di dalam suasana magis dasar laut bersama SpongeBob SquarePants serta Patrick Star di WCT Malls. Confirm berwarna-warni, ceria dan meriah. Kan ke siri animasi SpongeBob SquarePants itu sendiri memang sangat colourful. Haruslah WCT Malls pun berhias colourful sebab nak pastikan keselesaan SpongeBob SquarePants dan Patrick Star. Ha ha ha…


What’s happening di WCT Malls sekarang ni adalah SpongeBob SquarePants dan Patrick Star akan membuat kemunculan istimewa di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan gateway@klia2, di mana peminat, keluarga dan kanak-kanak berpeluang untuk beramah mesra dan bersua muka dengan SpongeBob SquarePants dan juga Patrick Star sewaktu sesi bergambar. Kena sangatlah tu dengan keharmonian suasana Raya pada Kak Fa sebabnya dengan karakter yang sentiasa optimis dan ceria, SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya Patrick sudah pasti akan memeriahkan lagi suasana dan menceriakan semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’ di WCT Malls. In a way sebenarnya, membantu untuk mengeratkan silaturahim sesama keluarga, saudara dan juga sahabat baik.



Anda akan dapat melihat di mana WCT Malls dihiasi dengan rumah nenas di bawah laut yang sangat-sangat terkenal di dalam siri animasi SpongeBob SquarePants, jualan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baru, permainan mewah, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan banyak lagi-lah.




Oh yesss… for the merchandise shoppers anda akan menerima Gift With Purchase tau. Antara barangan tersebut adalah:




Paradigm Mall PJ turut menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ‘A Library of Hope’ – sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drive’ bagi membantu ibu-ibu tunggal. Program ini adalah di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat. 




Sedikit informasi buat anda:

Program ‘A Library of Hope’

Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baru atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya di dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Buku-buku boleh diletakkan di dalam kotak sumbangan yang ditempatkan di aras CC bermula dari 10 Mei sehingga 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

Denim Donation Drive

Di dalam usaha untuk memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung untuk menyumbang denim baru atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baru mahupun terpakai di kotak sumbangan yang ditempatkan di aras CC bermula dari 10 Mei sehingga 9 Jun 2019.

Tambah meriah? Tambah menghangatkan suasana Raya yang ceria? Sempena kejayaan yang dicatatkan di Malaysian Book of Records bagi belon karakter kartun terbesar, para pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon SpongeBob SquarePants terbesar dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants yang bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan di dalam media sosial masing-masing.

Cuti sekolah pun dah nak mula. Sementara nak sampai ke Hari Raya – moh ler turun ke WCT Malls iaitu Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan gateway@klia2 untuk meraikan Ramadan dan Raya bermakna dan penuh dengan keceriaan! Untuk maklumat mengenai aktiviti dan promosi, kunjungi laman web dan platform media sosial di bawah:



Terimakasih telah membaca artikel Ramadan Dan Raya Di Dalam Suasana Magis Dasar Laut Bersama SpongeBob SquarePants Serta Patrick Star Di WCT Malls. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

3 komentar:

  1. menarik kak!
    https://eatmakeread.blogspot.com/2019/05/review-chinese-drama-put-your-head-on.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.