Pertama Kali GASTRIK Tatkala Menginjak Ke Usia 37 Tahun

Farah Waheda Wahid
2

Padan muka! Tulah berkali-kali dah dinasihat. Ha ha ha… Tapi degil! Tetap nak juga togok air dari tin berwarna merah dengan tulisan putih tu. Dah macam ulam dah air tu. Konon-kononnya bagi energy – tak makan pun tak apa, as long as air tu diminum – gula dalam air tu kononnya supply energy. Sembanggg kan? Walhal dah tahu dah hakikat keburukan air tu. Nak juga... Kalau dilarang macam disuruh-suruh. Kalau disuruh lagilah kecil tapak tangan nyiru Kak Fa tadahkan. Adoiilaaaa Kak Fa… Konon juga sebagai pengganti kepada kafein. Alasan? Office lama dulu-dulu semua dekat jer dengan tempat supply kafein. Office sekarang? Bukan tak ada supply kafein. Ada jer mesin tu terconggok dekat pantry tu…Ha ha ha…Tapi sombong sebab rasa tak sama dengan tempat supply kafein. Degil punya pasal – pertama kali gastrik tatkala menginjak ke usia 37 tahun. Tu maksud apa tu? Tubuh badan dah bagi amaran dah untuk jaga kesihatan. Umur pun bukan semakin berkurang, semakin bertambah tahun demi tahun.

Dia punya sakit tu… Ya ampunnn… Rupa-rupanya macam ni ek korang-korang yang kena gastrik tu? Siap pakej perut cramp (gerak kiri salah, gerak kanan salah, duduk salah, berdiri salah – pendek kata semua serba salah lah dibuatnya), peluh dingin dan apa pun tak boleh buat. Rasa nak tidur jer. Bila tidur – ya ampun lega rasa. Mujurlah tak terganggu masa tidur. Hu hu hu…Kalau tidak mau tak tidur malam Kak Fa dibuatnya. Disebabkan gastrik yang pertama kali menyerang jugalah puasa Kak Fa terbolos selama beberapa hari – tetapi mujurlah pakej dengan cuti wajib bagi orang perempuan. Hu hu hu…Makanya taklah rasa ralat sangat bila puasa terbolos tu. Sebab memang ada sebab yang tidak membolehkan Kak Fa untuk berpuasa. Bila dah kena sibuk dok Google mencari tahu tentang penyakit gastrik. Kenalah belajar… Kena ambil tahu. Anak kecil lagi weiii… Ha ha ha… Risau… Umur kan dah semakin meningkat. Nak masuk 37 tahun dah pun. Omaigawddd… I can’t believe it… I am at the end of three series decade…Ha ha ha…Gedik!

Apa Itu Penyakit Gastrik?

Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylon, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Jenis-Jenis Gastrik

Gastritis Ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

Gastritis Berat

Berlaku kecederaan (luka) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Ulcer Gastrik (Peptic Ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan di dalam muntah ataupun najis.

Tanda-Tanda Penyakit Gastrik

Di antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah seperti sakit di bahagian ulu hati, perut kembung, sendawa dengan kerap, loya dan muntah, muntah darah atau najis berwarna hitam, senak perut serta badan berasa lemah dan lesu. Sewaktu Kak Fa kena tu, serius tak suspek betul yang Kak Fa kena gastrik, sebab selama ni memang tak pernah ada penyakit gastrik langsung-langsung. Keadaan pada waktu tu sebenarnya bermula dengan cherry berry yang tak berhenti dari malam sebelumnya. Kemudian bila masuk ke pagi esok tu, Kak Fa rasa macam perut Kak Fa ni kembung serta cramp. Celah mana nak gerak pun tak selesa. Ya ampunnn…. Dah lah kena sewaktu Kak Fa dekat office pula tu. Memang perasaan tu rasa nak balik jer time tu juga. Nak baring atas katil dan nak tidur. Siap pakej berpeluh dingin sekali. Macam ni rupanya rasa orang gastrik ek? Tapi tak adalah Kak Fa suspek Kak Fa kena gastrik. I’ve got to know it only a day after selepas sakit perut masih lagi tak ok. Bila pergi klinik, doktor dah check segala bagai – akhirnya diagnosed yang Kak Fa kena gastrik. Sakit dia seksa weiii…Patutlah orang yang kena gastrik sampai MC. Memang kacau bilau. Apa pun tak boleh. Now Kak Fa faham. Ha ha ha…biasalah manusia, bila dah terkena pada batang hidung sendiri baru nak memahami apa perasaan orang yang selalu kena. Kalau tak tu tak faham kan? kan? kan?

Penyebab Penyakit Gastrik

Punca apa punca? Ni nak story ni… Bagi yang mungkin tak tau atau terlepas pandang gastrik boleh disebabkan oleh:
  1. Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu-satu masa – could be juga. Ada masa-masa memang Kak Fa makan tak fikir apa dah. Ha ha ha…Bila dah sedap sangattt kan?
  2. Pengambilan makanan yang berlemak, pedas, berkafein, bergas secara tidak terkawal – yoooo…. This I have to admit. Kafein and gas tu. Kan Kak Fa cakap di awal-awal entri ni tadi, I am fond of kafein and gas. Tapi sebenarnya kedua-duanya boleh jadi punca kepada gastrik. Hu hu hu… Manis dah tentu lead to diabetes. Cafein and carbonated drinks leads to gastrik! Apa pun tak boleh – Terus Kak Fa tak jamah-jamah dah air dalam tin warna merah bertulisan putih tu lagi dah. Ha ha ha…tiba-tiba seriau kalau perut bocor.
  3. Waktu makan tidak teratur – complete package! Memang waktu makan Kak Fa ni tak teratur punnnn…. Bila dah sibuk sangat kadang-kadang boleh skip lunch atau lewat lunch. Waktu dinner I’m kinda perfect. Ha ha ha… Sebab dah balik rumah kan? But breakfast and lunch memang hancur boncai timing. Lepas ni kena set alarm untuk time mesti makan!
  4. Perokok / Perokok pasif.
  5. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin – tipu kalau kata tak pernah ambil. Memanglah ambil kalau dah kena migraine macam nak pecah kepala. Cuma I felt relieved at least I know I got natural remedy alternatives dah sekarang.
  6. Pengambilan alkohol.

Insaf Sebab Gastrik!

Ha ha ha… Insaf weiii sebab gastrik! Kalau boleh tak nak kena lagi dah. Badan, jiwa dan raga nak pakai lama lagi nih. So nak tak nak memang bila dah bersejarah dengan gastrik memang kena insaf lah… Tanya diri sendiri. Tepuk dada tanya selera jerlah. Tak payah tanya orang lain. Tu namanya kesedaran yang datang dari diri sendiri. Wakakakaka…. Bila dah insaf mulalah nak hadkan makanan bergoreng, makan pedas, makanan berempah, makanan dalam tin kerana kandungan asid yang tinggi, minuman bergas, makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau, oren, tomato, minuman tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi (this one I trust that I could not avoid Caramel Frappe or Caramel Macchiato) dan makanan yang diproses seperti sosej dan nugget.

Kena belajar-belajar untuk banyakkan minum air suam, makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum seperti beras perang, kekacang dan oat. Bertukar kepada teknik memanggang. Susu? Alamak a big no…Lactose intolerant …But susu coklat boleh diusahakan. As well as smoothie kurma dan pisang. Ha ha ha…Redha jerlah…Sayang anak punya pasal.

Moga-moga lepas ni tak kena strike lagi…. Dia punya sakit tak boleh bawak bincang!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah kena gastrik skali lpas ni kena jaga2 kan. take care ya sis :)

    ReplyDelete
  2. kita pernah kena masa raya dan masa puasa...aduhaiii memang kacau mood...kena jaga makan dah sejak2 tu dan beringat supaya tak berulang lagi...

    take care kak fa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !