Percayalah Anak Anda Akan Bermain Sampai Tak Ingat Balik Di WAKA WAKA KL

Farah Waheda Wahid
0

Hu hu hu... tolonglah percaya Kak Fa... percayalah anak anda akan bermain sampai tak ingat balik di WAKA WAKA KL. Serius! No jokes involved! Memang anak-anak anda akan sama jer dua kali lima macam Firash bila dah jejakkan kaki di WAKA WAKA KL yang terletak in the heart of city (Furama Bukit Bintang). We were there on last Saturday. Sedari waktu petang sehingga menginjak hampir ke waktu iftar. Seronok sangat ke? Nak tau seronok tak seronok, mungkin boleh luangkan sedikit waktu yang anda ada di bulan Ramadhan ni ha untuk membaca entri Kak Fa kali ini.


Budak-budak kan? Mana tak suka kalau dapat bermain? Basically memang kids needs to play. They need to move around and be free. Macam Kak Fa, I'd love to send my son outside all of the time, but I can't always send him. Sometimes it's just too hot to play outside, not to mention dangerous when the heat index gets high. Other times pula, a rainy day hits. Bukan ke langit tidak selalunya cerah? Betul tak? Ada masa mendung kelabu. Jadi pilihan untuk bermain would be indoor play space lah whereby we are not having to worry about weather.




Di WAKA WAKA KL ni apa yang Kak Fa boleh beritahu - kawasannya tersangatlah luas. Toddler and kids boleh berlari-lari ke depan dan kebelakang sesuka hati tanpa batasan. Kalau agak-agak nak bagi anak-anak betul-betul enjoy dan tidur cepat pada malam hari. Ha ha ha... Kak Fa memang suggest mak ayah dekat luar sana bawa anak-anak masing-masing ke WAKA WAKA KL. Keluasan WAKA WAKA KL tu...mak aihhh... in words...so spacious! Tapi! Mak ayah tak perlu risaulah anak-anak hilang ya? Sebabnya tak ke mana pun diaorang, ada jer dalam kawasan WAKA WAKA KL tu. Kalau tak di bahagian hadapan di bahagian belakang.





Tarikan bagi Firash di WAKA WAKA KL ni memang banyak. Ada climbing structures, multiple slides, tunnels, obstacles dan banyak lagi. Yang paling Firash suka adalah climbing structures. Kebanyakan pada masa Firash di WAKA WAKA KL tempoh hari, banyak dihabiskan pada climbing structures. Bila ada kawan-kawan, lagilah jadi. Lagi sampai dah tak ingat apa dah. Bagus sebenarnya climbing structures yang terdapat di dalam WAKA WAKA KL ni. Secara tak langsung ia melatih kekuatan otot tangan dan kaki Firash - strength, endurance and flexibility kan? Sambil-sambil memperbaiki lagi koordinasi tangan, kaki dan mata.





Multiple slides yang disediakan juga menjadi tarikan Firash sewaktu berada di WAKA WAKA KL. Selepas satu dan satu slides Firash explore. Kak Fa? Mampu tengok jer lah kegembiraan Firash tu. Sambil-sambil cuci mata tengok apa lagi yang menarik di dalam WAKA-WAKA KL.


Untuk bergambar memang banyak Instagram Friendly spots sebenarnya. Pilih jer nak yang mana satu. Salah satu spots yang popular di dalam WAKA WAKA KL yang menjadi pilihan ramai adalah replika carriage ala ala Cinderella yang Kak Fa paparkan di dalam gambar di atas. Memang ramai jer yang pose begitu pose begini dekat carriage tu. Kak Fa pula...Leka tengok orang sampai sendiri terlupa nak bergambar dekat carriage. Ha ha ha...Walhal sewaktu melangkah masuk dah bercita-cita nak bergambar di situ. Ekekeke....

Mak ayah boleh ikut serta bermain dengan anak-anak di dalam WAKA WAKA KL kerana kebanyakan play area di dalam WAKA WAKA KL adalah sangat bersesuaian untuk mak ayah. Tak ada restriction mak ayah boleh masuk sini tak boleh masuk situ. Hampir kesemua features dan kelengkapan yang ada di dalam WAKA WAKA KL mampu tampung berat badan mak ayah even plus size pun. So tak perlu nak risau atau khuatir kalau anda ter-roboh kan apa-apa equipment di dalam tu.


Kalau tak nak join anak-anak dan rasa nak menunggu sahaja ataupun ada kerja yang perlu diselesaikan, mak ayah boleh jer duduk di designated cafe area yang berwarna-warni yang disediakan di dalam WAKA WAKA KL. Sewaktu Kak Fa di WAKA WAKA KL tu ramai jer ibu bapa yang menunggu anak-anak masing-masing bermain di kawasan kafe tu. Mujur sebab Kak Fa ni puasa jer, kalau tidak mau Kak Fa pun duduk di kafe tersebut sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh WAKA WAKA KL.


Haaa... sebut pasal kafe dan hidangan makanan - mak ayah tak perlu nak risau kalau anak-anak main lepas tu lapar lepas tu nak kena keluar cari makanan segala bagai. Sebabnya, di dalam WAKA WAKA KL ada disediakan makanan dan minuman yang boleh dipesan serta dinikmati di kafe.





Ada satu kawasan bermain yang beralaskan karpet rumput tiruan yang dilengkapi dengan banyak replika rumah-rumah ala ala pondok pondok yang berwarna-warni yang selalunya kita lihat di tadika. Canggih ok? Ha ha ha... Rumah pondok-pondok tu siap ada loceng lagi. Bagus untuk role play anak-anak kan? Tiba-tiba memang rasa tak salah Kak Fa bawa Firash ke WAKA WAKA KL. Plus lagi... di kawasan ni terdapat LEGO gergasi yang menjadi tumpuan Firash. Al-maklum jerlah kan? LEGO dan Firash kan memang sinonim...Dekat rumah tu jer dah dekat dua kodi permainan LEGO Firash. Bila nampak LEGO dia jadi teruja. Memang sedikit daripada masa Firash di WAKA WAKA KL tertumpu seketika pada permainan LEGO gergasi tersebut. Tambah-tambah lagi bila dapat kawan kan?






Untuk anak-anak yang lebih kecil iaitu anak-anak yang berada di fasa toddler, pihak WAKA WAKA KL ada menyediakan satu ruangan khas untuk mereka bermain, yang mana pun luas juga. Permukaan pada ruangan khas buat toddler ini adalah lembut dan kepingan-kepingan blok serta barangan permainan juga lembut. Makanya, bagi mak ayah yang mempunyai anak kecil, tak perlu risau kalau-kalau anak-anak kecil anda terbenjol sana terbenjol sini. Serius. Risiko tercekik pun tak perlu risau. Sebab semuanya bersaiz gergasi. Ha ha ha...


Bagi ibu bapa yang buntu, tak tau dekat mana nak aturkan majlis hari jadi anak ataupun sedang merancang untuk survey tempat majlis hari jadi anak - bolehlah pertimbangkan WAKA WAKA KL sebagai salah satu tempat majlis hari jadi. Name it thematic or not...WAKA WAKA KL ni bagi Kak Fa adalah eksklusif untuk majlis hari jadi dan memang sesuai sangat. Pakej yang ditawarkan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Waka Kingdom Party

Pakej Waka Kingdom Party adalah bernilai RM 480.00 untuk 10 kanak-kanak (RM 15.00 untuk setiap tambahan kanak-kanak) di mana pakej ini termasuk dengan unlimited play time di WAKA WAKA KL, 5 pilihan makanan, penggunaan bilik parti selama 2 jam, hiasan dan juga hadiah untuk kanak-kanak yang menyambut hari jadi.

Waka Princess or Prince Party Opening Special

Pakej Waka Princess or Prince Party Opening Special adalah bernilai RM 500.00 untuk 10 kanak-kanak (RM 20.00 untuk tambahan kanak-kanak) di mana pakej ini termasuklah penglibatan hos parti dari WAKA WAKA KL untuk mengendalikan parti dan juga aktiviti permainan yang menarik, 5 pilihan makanan serta minuman untuk kanak-kanak, e-invitation, dekorasi penuh di dalam bilik parti persendirian selama 2 jam, hadiah untuk kanak-kanak yang menyambut hari jadi, cake cutting ceremony (kek tidak disediakan), akses penuh ke play area WAKA WAKA KL dan menu dewasa yang komprehensif dengan kos tambahan.

Waka Princess or Prince Party

Pakej Waka Princess or Prince Party adalah bernilai RM 675.00 untuk 10 kanak-kanak (RM 25.00 untuk setiap tambahan kanak-kanak) di mana pakej ini adalah melibatkan penglibatan hos parti dari WAKA WAKA KL untuk mengendalikan parti dan aktiviti yang menyeronokkan, 5 pilihan makanan dan minuman untuk kanak-kanak, e-invitation, dekorasi penuh bilik parti persendirian selama 2 jam, hadiah untuk kanak-kanak yang menyambut hari jadi, cake cutting ceremony (cake not included), akses penuh ke play area WAKA WAKA KL serta menu dewasa yang komprehensif dengan kos tambahan.

Harga masuk ke WAKA WAKA KL adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Isnin sehingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum, ambang cuti umum dan cuti sekolah):

Kanak-Kanak (ketinggian 90cm dan ke bawah): RM 24.00
Kanak-Kanak (di atas ketinggian 90 cm): RM 30.00

Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum, ambang cuti umum dan cuti sekolah)

Kanak-Kanak (ketinggian 90cm dan ke bawah): RM 30.00
Kanak-Kanak (di atas ketinggian 90cm): RM 40.00

Kedua-duanya adalah tiket bagi unlimited play time.

Yuran keahlian Royal Membership Unlimited selama setahun adalah bernilai RM 600.00
Yuran keahlian Knight Membership sah selama 6 kali lawatan adalah bernilai RM 120.00
Yuran keahlian Kingdom Membership sah selama 12 kali lawatan adalah bernilai RM 200.00

Seems that lepas ni kalau Kak Fa banyak kerja yang perlu diselesaikan Kak Fa just bawa Firash ke sini jer - sambil dia bermain sambil tu Kak Fa boleh duduk di kafe dan selesaikan kerja-kerja Kak Fa. Ha ha ha....Nak cerita terlalu panjang lebar sangat pun nanti jadi tak habis. Better if mak ayah bawa anak-anak ke WAKA WAKA KL sendiri. Experience sendiri. Memang selesa dan seronok tempat ni.

Untuk Maklumat Lanjut:




Alamat: 

WAKA WAKA INDOOR PLAYGROUND 
FURAMA BUKIT BINTANG
LG Floor
136, Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

Telefon:
+60327335755 / 5754

E-mel:
info.kl@playatwakawaka.com

Peta Lokasi - Klik di SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !