MUNTAH –Apa Yang Normal Dan Apa Yang Tidak?

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Pengalaman – jaga anak kecil ni semua nak kena risau dari bab kepejalan najis, warna najis segala bagai, hatta ke muntah sekali pun. I am not talking pasal bayi jatuh katil kepala terhantuk atau terhentak kemudian muntah tapi apa yang Kak Fa nak ketengahkan adalah muntah bayi – apa yang normal dan apa yang tidak? Memang biasa kalau bayi muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan dan tubuh badan mereka yang sedang membesar. Mak ayah boleh bezakan sama ada muntah atau hanya jeluak  (mengeluarkan susu semula dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Semua perkara dari mabuk kereta sehingga ketidakcernaan boleh menyebabkan bayi muntah. Tangisan berpanjangan atau batuk juga boleh membuatkan bayi muntah. Nothing weird kalau bayi kerap muntah dalam tahun pertama mereka.

Muntah selalunya akan berkurangan di dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula dan tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan di dalam diet bayi. Sekiranya bayi sihat dan berat badan bertambah, tak perlu risau. To elaborate further mengenai topik muntah bayi ni…Meh sini Kak Fa kongsikan maklumat dan info yang Kak Fa baca dari artikel di SINI:

Bilakah Anda Perlu Risau Mengenai Muntah Bayi Anda?

Di dalam tempoh beberapa bulan pertama bayi, muntah selalunya besar kemungkinan disebabkan oleh masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan di dalam sistem pernafasan, saluran kencing atau telinga. Apabila bayi semakin membesar, muntah mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor jika ada tanda-tanda berikut pada bayi:

  • sakit yang teruk pada bahagian abdomen;
  • abdomen membengkak;
  • lesu atau meragam yang teruk;
  • kekejangan;
  • muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam; dan
  • tanda-tanda penyahidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, ubun-ubun mengecut dan kurang membuang air kecil (menggunakan kurang dari enam lampin sehari).

Ibu atau bapa juga mungkin terlihat sedikit darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) di dalam muntah bayi. Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil di dalam salur darah yang melapisi esofagus. Muntah bayi juga berwarna sedikit merah sebab mereka telah menelan darah daripada luka di mulut mereka atau hidung mereka berdarah di dalam masa enam jam sebelumnya. Cuma sila hubungi doktor jika masih terdapat darah di dalam muntah atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu. So it’s not that simple, ibu atau ayah perlu mengambil sedikit muntah untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

Satu lagi keadaan yang memerlukan perhatian segera adalah muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir di dalam masa setengah jam selepas menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi telah berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum mereka mencecah usia empat bulan. Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan terbuka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini boleh diatasi dengan mudah dengan pembedahan kecil tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Apa Yang Perlu Dilakukan Muntah?

Apabila bayi muntah, bayi akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya bayi tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral – tapi tanya doktor dulu kalau ada sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan. Semua ini mudah untuk diminum. Pakar-pakar telah mencadangkan pelan seperti berikut:

  • Apabila bayi telah berhenti muntah, berikan bayi air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.
  • Jika bayi boleh meminumnya tanpa dimuntahkan semula, berikan sebanyak 2 auns (50 ml) larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns (50ml) cecair jernih setiap setengah jam.
  • Selepas bayi berjaya minum dua dos yang tersebut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang dicairkan serta tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns (80 – 100ml) setiap tiga atau empat jam.

Jika bayi sudah tidak muntah di dalam masa 12 hingga 24 jam, boleh berikan diet biasa mereka semula tetapi berikan bayi cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijiran atau yogurt. Boleh cuba berikan cecair beku seperti ais krim Malaysia jika anak berusia lebih dari 12 bulan. Tidur juga boleh menenangkan bayi; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan rasa hendak muntah. Jangan berikan anak sebarang ubat tahan muntah (sama ada dipreskripsi atau dibeli di kaunter) kecuali pakar pediatrik yang mempreskripsikannya. Faham?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !