Memandangkan Kak Fa ni bukanlah lahir-lahir jer
terus genius... Ha ha ha... Nak dapatkan A untuk satu-satu mata pelajaran tu,
ya ampun...Memang struggle tak ingat. Jujur mengaku - Kak Fa sejenis pelajar
yang memerlukan sokongan tambahan. Cuma bezanya dulu dan sekarang. Dulu kena
gigih pergi kelas tambahan di sekolah, tutor one on one dengan cikgu sekolah,
study group dan juga tuisyen. Sekarang ni... kaedah pembelajaran Kak Fa
observed semakin hari semakin dipermudahkan. Serius! Kalau tak nak tuisyen dah
ada sistem e-learning dah pun...Macam LEARNING PORT INTERACTIVE - senang
belajar, senang dapat A! Haiii kenapalah tak ada macam ni dulu-dulu? Semua di
hujung jari jer...Waima dekat mana sekalipun boleh belajar nih. Ihiksss...
Macam
tak ada alasanlah generasi anak-anak Kak Fa tak cukup masa nak belajar dan tak
boleh nak belajar. LEARNING PORT INTERACTIVE dah memenuhi loop hole yang selama
ini menyebabkan terbitnya alasan tak cukup masa nak belajar tu. Hu hu hu. Sebenarnya
kan.... Kak Fa pun baru jer tahu tentang LEARNING PORT INTERACTIVE ni dan Kak
Fa pun baru jer nak mencuba perkhidmatan dari LEARNING PORT INTERACTIVE ni.
Jadi dah alang-alang Kak Fa dapat tahu dan Kak Fa nak cuba perkhidmatan
LEARNING PORT INTERACTIVE ni, Kak Fa pun kongsikanlah buat ibu bapa dan sesiapa
sahaja yang membaca entri Kak Fa pada kali ini. Kalau kita boleh sama-sama
panjangkan...Alhamdulillah... Sama-sama kita secara tak langsung menyebarkan
kebaikan ya tak?
Apakah
LEARNING PORT INTERACTIVE?
LEARNING
PORT INTERACTIVE adalah merupakan sumber ulang kaji dalam talian yang sangat
efektif bagi membantu proses pembelajaran dan persediaan pelajar untuk
menghadapi peperiksan. Sila layari LEARNING PORT INTERACTIVE.
Untuk
kefahaman lebih mengenai LEARNING PORT INTERACTIVE, sukalah kiranya Kak Fa
menyediakan paparan video untuk maklumat lanjut pembaca www.bubblynotes.com
seperti di bawah:
Tawaran LEARNING PORT INTERACTIVE?
Sepertimana
paparan infografik Kak Fa di atas, LEARNING PORT INTERACTIVE mempunyai tiga kaedah terbaik untuk menjana
pengetahuan iaitu:
My Lessons
LEARNING
PORT INTERACTIVE menawarkan lebih 3000 bahan pembelajaran yang merangkumi
kesemua subjek wajib bagi Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 termasuk Sains,
Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap bahan
pembelajaran dibina selaras dengan Sukatan Kurikulum Malaysia. Contohnya:
Makanya,
tak perlulah risau kalau-kalau tersalah guru atau mendapat ajaran sesat kan? He
he he...Tak perlu juga risau kalau-kalau terbelajar sukatan kurikulum luar
negara. Betul tak?
Melalui
My Lessons, LEARNING PORT INTERACTIVE menawarkan beribu-ribu bahan pembelajaran
yang dipersembahkan di dalam paparan visual yang sangat menarik dan
menyeronokkan iaitu menerusi video, animasi serta aktiviti interaktif yang lengkap
dengan maklum balas.
Question Bank
Apabila
peperiksaan semakin hampir, dah tentu-tentu masing-masing yang nak menduduki
peperiksaan kena belajar dengan lebih gigih. Tak kira sama ada peperiksaan SPM,
PT3, UPSR ataupun ujian tahunan sekolah. LEARNING PORT INTERACTIVE menyediakan
hampir 45,000 soalan latihan. Penjelasan dan juga panduan diberikan untuk
setiap soalan. Bank soalan LEARNING PORT INTERACTIVE adalah selaras dengan
keperluan peperiksaan mengikut sukatan kurikumlum terkini.
MyGuru (Akan Datang)
Pembelajaran
kendiri adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik. Cumanya berbeza dengan
one on one tutor, bagaimana kalau tiba-tiba ada soalan? Sebab tulah LEARNING
PORT INTERACTIVE bakal menawarkan MyGuru di mana para pengguna LEARNING PORT
INTERACTIVE boleh mengemukakan soalan pada bila-bila masa dan tenaga
professional LEARNING PORT INTERACTIVE akan menerima dan memberikan jawapan
kepada pengguna. Mudah kan? Bagus sistem ni.
Apakah Ciri-Ciri LEARNING PORT INTERACTIVE?
Bahan Yang Komprehensif
LEARNING
PORT INTERACTIVE mengandungi bahan pembelajaran yang komprehensif di mana bahan
pembelajaran adalah selaras dengan sukatan kurikulum KSSR dan KSSM yang
merangkumi semua mata pelajaran bagi pelajar Tahun 1 sehingga Tingakatan 5.
Paparan Media Serba Boleh
Paparan
Media Serba Boleh adalah bermaksud di mana LEARNING PORT INTERACTIVE
mengandungi video, simulasi, kuiz, nota, glosari dan peta minda.
Dwibahasa
Iaitu
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berdasarkan Kaedah Soal Jawab
LEARNING
PORT INTERACTIVE merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),
mengaplikasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
dan menyediakan latihan dengan penjelasan langkah demi langkah dan maklum balas
serta-merta.
Apakah Kelebihan LEARNING PORT INTERACTIVE?
LEARNING
PORT INTERACTIVE adalah jauh lebih murah dari harga segelas Teh Tarik di mana
ianya dapat memperbaiki keputusan peperiksaan dengan sistem pembelajaran
kendiri melalui kaedah pembelajaran
dalam peranti yang dibina khusus untuk
para pelajar di Malaysia dan dilengkapi dengan sistem laporan prestasi.
Berapakah Harga Langganan LEARNING PORT INTERACTIVE?
Harga
langganan LEARNING PORT INTERACTIVE bagi MyLessons adalah RM 35.90 untuk setiap
subjek dan bagi Question Bank adalah RM 19.90 bagi setiap subjek.
Tak
perlu melanggan dulu pun kalau masih tak berapa nak yakin. Masih boleh
menggunakan perkhidmatan LEARNING PORT INTERACTIVE secara PERCUMA selama
sebulan dengan perkhidmatan PERCUBAAN PERCUMA yang ditawarkan. Cuba dahulu
selama sebulan dan kemudiannya lihat hasilnya sebelum mengambil keputusan untuk
melanggan. Kak Fa sendiri pun sekarang ni nak menggunakan perkhidmatan
PERCUBAAN PERCUMA dari LEARNING PORT INTERACTIVE untuk Firash.
Untuk Maklumat Lanjut:
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.