Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019 Yang Membuka Mata Serta Kefahaman Kak Fa

Farah Waheda Wahid
1

Itu sebab orang kata - tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal barulah tahu sebab untuk jatuh cinta. Kan? Sama juga perihalnya dengan Kak Fa yang sibuk belajar tentang konsep Kumon sebelum Kak Fa buat keputusan untuk daftarkan Firash. Bukan belajar setakat baca laman web atau melihat di medsos sahaja ya? Kak Fa memilih untuk mendekatkan diri dengan Kumon supaya Kak Fa benar-benar faham tentang Kumon. Contohnya? Baru-baru ini, Kak Fa berpeluang untuk menghadiri Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019 yang membuka mata serta kefahaman Kak Fa ke tahap yang seterusnya mengenai Kumon.


Apa Itu Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019?


Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019 adalah merupakan satu platform pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kumon yang telah berjaya melangkau gred persekolahan mereka melebihi lima tahun dan juga platform pengiktirafan buat para pelajar yang telahpun melengkapkan program Matematik atau Bahasa Inggeris ataupun kedua-duanya sekali sehingga ke tahap O dan L.


Melihatkan anak-anak kecil sebaya dengan Firash menaiki pentas di Putrajaya Ballroom, Marriot Putrajaya tempoh hari bagi pengiktaran tersebut, menjadikan hati Kak Fa ni meloncat-loncat kepingin melihat Firash juga di atas pentas menerima pengiktirafan yang sama. Hilang rasa penat dan struggle mencari rezeki oiii kalau dapat lihat Firash atas pentas menerima pengiktirafan seumpama itu. Macam bahagia jer rasanya. Ha ha ha...


Bagi tahun 2019, seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima pengiktirafan di atas prestasi cemerlang mereka di dalam satu majlis yang telah dihadiri oleh seramai lebih 2.400 orang pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar Kumon. Ramai kan? Iya... Terlalu ramai budak-budak pandai sekarang ni. Memang ramai. Berlambak-lambak. Lebih-lebih lagi kebanyakan dari mereka adalah dari kalangan bekas pelajar dan juga pelajar Kumon. Kagum sekejap Kak Fa. Tiba-tiba terfikir...Kenapalah zaman Kak Fa belajar dulu tak ada Kumon? Kalau ada, mesti Kak Fa dah jadi pelajar Kumon juga. Ehhh? Ha ha ha... 

Penampilan Penceramah Jemputan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor



Siapa yang tak kenal dengan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor kan? Angkasawan pertama Malaysia. Masa-kan tidak kenal kan? Semua lapisan masyarakat kenal dari sekecil-kecil anak sehinggalah ke warga emas. Kebanggaan Malaysia nih! Bukan sekadar penceramah jemputan sahaja ok? Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga adalah merupakan salah seorang Kumon Parent di mana kedua-dua orang anak perempuan beliau pada masa kini sedang mengikuti program Kumon di dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.




Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai penceramah jemputan telah berkongsi tentang kisah hidup beliau yang telah berjaya mencapai impian menjadi seorang angkasawan termasuklah tentang cabaran yang dihadapi serta dilalui oleh beliau di dalam memperoleh kecermerlangan di dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya menjadi seorang pakar bedah ortopedik dan akhirnya dipilih untuk mewakili Malaysia sebagai angkasawan pertama negara. 


Kak Fa kagum bila mana mengetahui bahawasanya ASF yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011 sehingga kini telah menyaksikan seramai 5,000 orang pelajar Kumon di Malaysia telah mencapai pengiktirafan "Pelajar Cemerlang". Bukan sekadar Malaysia tetapi ASF juga diadakan di peringkat global di mana forum yang sama turut diadakan di negara-negara lain di Asia dan di Oceania seperti Indonesia, Singapura, Filipina, New Zealand dan Australia. 

Istimewanya Kumon Malaysia Di Mata Kak Fa?


Kumon Malaysia adalah fokus untuk membantu anak-anak mencapai potensi yang sepenuhnya menerusi kaedah pembelajaran kendiri yang telah dimulakan di Jepun sejak lebih 60 tahun yang lalu oleh seorang guru bernama Toru Kumon. Rancangan pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan dan kemajuan yang dicapai oleh pelajar.

Selepas berjaya menamatkan sesuatu tahap, mereka perlu mengambil Ujian Pencapaian untuk menilai tahap kemampuan mereka sebelum mara ke tahap yang berikutnya. Menerusi kaedah ini, para pelajar yang berusia seawal empat tahun dapat maju di dalam bidang Matematik dan Bahasa Inggeris ke tahap yang selesa iaitu tahap yang paling optimum dan tidak terhad kepada tahap darjah persekolahan mereka, malah ada pelajar yang melepasi darjah mereka.

Kaedah pembelajaran kendiri yang juga dipanggil Kaedah Kumon merupakan cara berkesan yang membantu pelajar membangunkan keupayaan untuk belajar dengan sendiri dan akhirnya dilengkapi dengan kemahiran kritikal seperti penyelesaian masalah dan cara pemikiran kritikal, seterusnya menyediakan diri supaya berdisiplin, berdikari dan memiliki sikap positif seperti keyakinan dan ketabahan.


Menurut En. Yosuke Sugawa, Pengarah Urusan Kumon Malaysia - terdapat keperluan untuk para ibu bapa dan pendidik berganjak daripada penekanan terhadap kecemerlangan akademik semata-mata dengan turut memberi tumpuan terhadap pembentukan sahsiah diri dan kemahiran hidup yang kritikal untuk menjadikan anak-anak bingkas dan tidak mudah berputus asa. Tambah En. Yosuke Sugawa lagi:
Kaedah Kumon yang bertahan selama 60 tahun dan telah membantu kanak-kanak dari lebih 50 buah negara bukan sahaja membina asas ke arah mencapai kecemerlangan akademik, malah turut membina sikap positif yang diperlukan bagi membentuk minda yang lebih kuat bagi persediaan menghadapi masa depan.

Berdasarkan Model Kebingkasan 7C, yang disokong oleh American Academy of Pediatrics, ciri 7C termasuklah kawalan (control), kecekapan (competence), kesanggupan (coping), keyakinan (confidence), hubungan (connection), watak (character) dan sumbangan (contribution) merupakan teras utama untuk membentuk kebingkasan pelajar.
Sejak anak saya menyertai Kumon pada usia 4 tahun, saya telah dapat melihat kemajuan dirinya dan kini dia memiliki asas pembelajaran yang kukuh yang bukan sahaja membantunya mahir dalam Matematik dan Bahasa Inggeris malah turut memiliki kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam subjek serta aktiviti lain di luar bidang akademik. Rutin dan kaedah pembelajaran kendiri yang diperkenalkan Kumon telah membantu anak saya menjadi lebih berdisiplin dan lebih yakin -  kata Kamarul Ariffin seorang bapa kepada anaknya Adam Raziq (15) yang telah menyertai Kumon selama 11 tahun. 

Di Malaysia sendiri  sejak dari penubuhan Kumon pada tahun 1997, Kumon kini memiliki lebih 200 buah pusat di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai lebih 33,000 orang. Selaras dengan misi Kumon untuk mengenal pasti potensi kanak-kanak, Kumon Malaysia menyasarkan untuk membuka 20 pusat baharu dan menjadikan jumlah pusat sebanyak 220 buah menjelang tahun 2020.


It's an eye opener untuk Kak Fa dan kini secara terus-terang Kak Fa lebih memahami tentang konsep Kumon yang sebenarnya. Bila dah faham -  barulah Kak Fa boleh membuat keputusan dengan hati yang lebih tenang dan yakin. Bila dah kenal - Rugi kalau tak ambil peluang yang ada ni untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar Kumon. Percayalah Kak Fa.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat dan terperinci mengenai Kumon? Sila layari:  

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !