Itu sebab orang kata - tak kenal maka tak cinta.
Bila dah kenal barulah tahu sebab untuk jatuh cinta. Kan? Sama juga perihalnya
dengan Kak Fa yang sibuk belajar tentang konsep Kumon sebelum Kak Fa buat
keputusan untuk daftarkan Firash. Bukan belajar setakat baca laman web atau
melihat di medsos sahaja ya? Kak Fa memilih untuk mendekatkan diri dengan Kumon
supaya Kak Fa benar-benar faham tentang Kumon. Contohnya? Baru-baru ini, Kak Fa
berpeluang untuk menghadiri Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019 yang
membuka mata serta kefahaman Kak Fa ke tahap yang seterusnya mengenai Kumon.
Apa
Itu Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019?
Kumon Advanced Student Forum (ASF) 2019 adalah
merupakan satu platform pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kumon yang telah
berjaya melangkau gred persekolahan mereka melebihi lima tahun dan juga
platform pengiktirafan buat para pelajar yang telahpun melengkapkan program
Matematik atau Bahasa Inggeris ataupun kedua-duanya sekali sehingga ke tahap O
dan L.
Melihatkan
anak-anak kecil sebaya dengan Firash menaiki pentas di Putrajaya Ballroom,
Marriot Putrajaya tempoh hari bagi pengiktaran tersebut, menjadikan hati Kak Fa
ni meloncat-loncat kepingin melihat Firash juga di atas pentas menerima
pengiktirafan yang sama. Hilang rasa penat dan struggle mencari rezeki oiii
kalau dapat lihat Firash atas pentas menerima pengiktirafan seumpama itu. Macam
bahagia jer rasanya. Ha ha ha...
Bagi tahun 2019,
seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima
pengiktirafan di atas prestasi cemerlang mereka di dalam satu majlis yang telah
dihadiri oleh seramai lebih 2.400 orang pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar
Kumon. Ramai kan? Iya... Terlalu ramai budak-budak pandai sekarang ni. Memang
ramai. Berlambak-lambak. Lebih-lebih lagi kebanyakan dari mereka adalah dari
kalangan bekas pelajar dan juga pelajar Kumon. Kagum sekejap Kak Fa. Tiba-tiba
terfikir...Kenapalah zaman Kak Fa belajar dulu tak ada Kumon? Kalau ada, mesti
Kak Fa dah jadi pelajar Kumon juga. Ehhh? Ha ha ha...
Penampilan
Penceramah Jemputan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Siapa yang tak kenal dengan Dato' Dr Sheikh
Muszaphar Shukor kan? Angkasawan pertama Malaysia. Masa-kan tidak kenal kan? Semua
lapisan masyarakat kenal dari sekecil-kecil anak sehinggalah ke warga emas.
Kebanggaan Malaysia nih! Bukan sekadar penceramah jemputan sahaja ok? Dato' Dr
Sheikh Muszaphar Shukor juga adalah merupakan salah seorang Kumon Parent di
mana kedua-dua orang anak perempuan beliau pada masa kini sedang mengikuti
program Kumon di dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.



Dato' Dr Sheikh
Muszaphar Shukor sebagai penceramah jemputan telah berkongsi tentang kisah
hidup beliau yang telah berjaya mencapai impian menjadi seorang angkasawan
termasuklah tentang cabaran yang dihadapi serta dilalui oleh beliau di dalam
memperoleh kecermerlangan di dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya
menjadi seorang pakar bedah ortopedik dan akhirnya dipilih untuk mewakili
Malaysia sebagai angkasawan pertama negara.
Kak Fa kagum bila
mana mengetahui bahawasanya ASF yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun
2011 sehingga kini telah menyaksikan seramai 5,000 orang pelajar Kumon di
Malaysia telah mencapai pengiktirafan "Pelajar Cemerlang". Bukan
sekadar Malaysia tetapi ASF juga diadakan di peringkat global di mana forum
yang sama turut diadakan di negara-negara lain di Asia dan di Oceania seperti
Indonesia, Singapura, Filipina, New Zealand dan Australia.
Istimewanya
Kumon Malaysia Di Mata Kak Fa?
Kumon Malaysia
adalah fokus untuk membantu anak-anak mencapai potensi yang sepenuhnya menerusi
kaedah pembelajaran kendiri yang telah
dimulakan di Jepun sejak lebih 60 tahun yang lalu oleh seorang guru bernama
Toru Kumon. Rancangan pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan dan kemajuan
yang dicapai oleh pelajar.
Selepas berjaya
menamatkan sesuatu tahap, mereka perlu mengambil Ujian Pencapaian untuk menilai
tahap kemampuan mereka sebelum mara ke tahap yang berikutnya. Menerusi kaedah
ini, para pelajar yang berusia seawal empat tahun dapat maju di dalam bidang
Matematik dan Bahasa Inggeris ke tahap yang selesa iaitu tahap yang paling
optimum dan tidak terhad kepada tahap darjah persekolahan mereka, malah ada
pelajar yang melepasi darjah mereka.
Kaedah pembelajaran
kendiri yang juga dipanggil Kaedah Kumon merupakan cara berkesan yang membantu
pelajar membangunkan keupayaan untuk belajar dengan sendiri dan akhirnya
dilengkapi dengan kemahiran kritikal seperti penyelesaian masalah dan cara
pemikiran kritikal, seterusnya menyediakan diri supaya berdisiplin, berdikari
dan memiliki sikap positif seperti keyakinan dan ketabahan.

Menurut En. Yosuke
Sugawa, Pengarah Urusan Kumon Malaysia - terdapat keperluan untuk para ibu bapa
dan pendidik berganjak daripada penekanan terhadap kecemerlangan akademik
semata-mata dengan turut memberi tumpuan terhadap pembentukan sahsiah diri dan
kemahiran hidup yang kritikal untuk menjadikan anak-anak bingkas dan tidak
mudah berputus asa. Tambah En. Yosuke Sugawa lagi:
Kaedah Kumon yang bertahan selama 60 tahun dan telah
membantu kanak-kanak dari lebih 50 buah negara bukan sahaja membina asas ke
arah mencapai kecemerlangan akademik, malah turut membina sikap positif yang
diperlukan bagi membentuk minda yang lebih kuat bagi persediaan menghadapi masa
depan.
Berdasarkan Model
Kebingkasan 7C, yang disokong oleh American Academy of Pediatrics, ciri
7C termasuklah kawalan (control),
kecekapan (competence), kesanggupan (coping), keyakinan (confidence), hubungan (connection),
watak (character) dan sumbangan (contribution) merupakan teras utama
untuk membentuk kebingkasan pelajar.
Sejak anak saya menyertai Kumon pada usia 4 tahun, saya
telah dapat melihat kemajuan dirinya dan kini dia memiliki asas pembelajaran
yang kukuh yang bukan sahaja membantunya mahir dalam Matematik dan Bahasa
Inggeris malah turut memiliki kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam
subjek serta aktiviti lain di luar bidang akademik. Rutin dan kaedah
pembelajaran kendiri yang diperkenalkan Kumon telah membantu anak saya menjadi
lebih berdisiplin dan lebih yakin - kata Kamarul Ariffin seorang bapa kepada anaknya Adam Raziq
(15) yang telah menyertai Kumon selama 11 tahun.
Di Malaysia sendiri sejak dari penubuhan Kumon pada tahun 1997,
Kumon kini memiliki lebih 200 buah pusat di seluruh negara dengan jumlah
pelajar seramai lebih 33,000 orang. Selaras dengan misi Kumon untuk mengenal
pasti potensi kanak-kanak, Kumon Malaysia menyasarkan untuk membuka 20 pusat
baharu dan menjadikan jumlah pusat sebanyak 220 buah menjelang tahun 2020.

It's an eye opener untuk Kak Fa dan kini secara terus-terang Kak Fa lebih
memahami tentang konsep Kumon yang sebenarnya. Bila dah faham - barulah Kak Fa boleh membuat keputusan dengan
hati yang lebih tenang dan yakin. Bila dah kenal - Rugi kalau tak ambil peluang
yang ada ni untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar Kumon. Percayalah
Kak Fa.
Berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat dan terperinci mengenai Kumon?
Sila layari:
hebatnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete