Home » , , , , , , , , , » Kasut Raya Letopsss Dari BATA Malaysia! Semua Orang Mampu!

Kasut Raya Letopsss Dari BATA Malaysia! Semua Orang Mampu!


Shoes are the finishing touch on any outfit and it is important to complete a look with the perfect pair! Kannn?. Sebab tu… salah satu item wajib bagi melengkapkan penampilan seseorang individu di Hari Raya adalah kasut! Bagi Kak Fa secara peribadinya, selain dari Baju Raya, Handbag Raya – Kasut Raya adalah penting. Macam mana sekalipun Kasut Raya mesti kena ada. Dengan syarat, kasut tu mesti letopsss! Letopsss tu tak bermaksud harga mahal melangit di luar kemampuan seseorang. Susah apa? Nak cari Kasut Raya letopsss carilah Kasut Raya letopsss dari BATA Malaysia! Semua orang mampu! Silap-silap boleh dapat Kasut Raya letopsss di bawah RM100.00 ok? Dahlah berkualiti, rekaan kasut pun cantik-cantik, selesa pula tu. Dengan harga mampu milik, semua orang mampu untuk tampil bergaya di Hari Raya.

Kalau ingatlah, kalau ingat… Raya tahun lepas Kak Fa ada kongsikan Kasut Raya Di Bawah RM100.00 Dengan BATA RAYA COLLECTIONS 2018. Jadi tahun ni pun – masih ada koleksi Kasut Raya Bata di bawah RM 100.00. Yang lebih RM 100.00 pun ada – tapi tak adalah sampai tiga empat ratus ke atas. Tu sebab Kak Fa kata semua orang mampu. Dengan tema Bond in Style untuk musim gaya Raya BATA Malaysia tahun 2019 ni, BATA Malaysia menampilkan pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Bahrin untuk mempromosikan koleksi-koleksi menawan BATA Malaysia untuk Hari Raya kali ini.


Kak Fa pun dah grab sepasang Kasut Raya letopsss dari BATA Malaysia minggu lepas tau. Memang Kak Fa sengaja beli awal-awal sebab Kak Fa takut nanti kalau tunggu sampai saat akhir, saiz yang bersesuaian dengan Kak Fa dah tak ada. Al-maklumlah saiz popular memang susah nak dapat kan? … Ramai yang berkongsi saiz kan? Jadi nak tak nak, memang kena look out awal-awal sebelum berputih mata. 

Nak kongsi sikitlah kan… Daripada pemerhatian Kak Fa minggu lepas semasa di BATA Malaysia, koleksi Raya BATA Malaysia untuk tahun 2019 adalah sangat bersesuaian untuk para wanita yang sukakan konsep minimalism dengan sedikit gaya luxe moden di mana ianya didatangkan dengan koleksi kasut yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi seperti suede, satin dan juga denim. Ada juga Kak Fa nampak rekaan kasut moden di dalam pelbagai gaya jacquard bunga.


So, macam tak adalah terhad kepada beberapa pilihan kan? Kebarangkalian kasut anda dengan kasut Kak Fa sama tu – mungkin sangat tipis… Ha ha ha… Sebab masa Kak Fa beli Kasut Raya letopsss Kak Fa tu minggu lepas memang betul-betul tinggal sepasang jer. Tak ada lagi dah. Kalau di outlet tu dah habis – tak mustahil outlet lain pun boleh habis kan? Tu Kak Fa cakap… beli awal-awal…Jangan tunggu sampai saat akhir sampai tak ada pilihan lagi dah. Hu hu hu… Bukan apa…Kesianlah dekat korang kan? Oh ya… Koleksi wanita yang mampu milik yang Kak Fa sibuk beritahu mampu milik, mampu bilik tu kan adalah berharga di antara RM 79.00 sehingga RM 149.00. 


Kasut Kak Fa ni pun harganya adalah RM 119.00 dan di mata Kak Fa memang dah cukup menarik dan cukup elegan dah untuk disesuaikan dengan OOTD Raya Kak Fa nanti. Siap dah bayangkan dah ni.


Claire dan Prive yang boleh melengkapkan lagi penampilan Raya nanti. Terdapat pelbagai beg tangan dengan cetakan bunga-bungaan yang cantik yang dipadankan dengan tali berantai emas bersama beg bucket yang sesuai untuk individu yang suka menyimpan barang-barang yang banyak di dalam beg tangan. Koleksi beg adalah berharga di antara RM 69.99 sehingga RM 149.00.


BATA Malaysia kan one-stop-centre untuk seisi keluarga? Selain dari koleksi wanita tentulah terdapat koleksi lelaki pula kan? Untuk koleksi lelaki BATA Malaysia mempersembahkan brogues, moccasins, loafers, lace-up shoes, sandal dan sliders daripada bahan suede dan juga PU yang boleh didapati di dalam pelbagai warna seperti hitam, navy atau khaki. Koleksi lelaki berharga RM 59.00 sehingga RM 159.00.


Buat masa sekarang ni, BATA Malaysia sedang melancarkan promosi Raya istimewa di mana sekiranya anda berbelanja RM 149.00 dan ke atas, anda akan berpeluang untuk mendapat jam tangan dan bracelet Marie Claire beserta baucar diskaun bernilai RM 25.00 ataupun sekiranya anda berbelanja RM 99.00 dan ke atas, anda berpeluang untuk mendapat baucar diskau bernilai RM 25.00. Promosi eksklusif ni sedang berlangsung sekarang sehingga 9 Jun 2019 – while stocks last. Makanya, kalau ada yang tak siap Kasut Raya lagi untuk tahun 2019 ni – bolehlah mula merancang untuk pergi ke cawangan BATA Malaysia di seluruh Malaysia ataupun berbelanja secara online di www.bata.com.my
Terimakasih telah membaca artikel Kasut Raya Letopsss Dari BATA Malaysia! Semua Orang Mampu!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. vavavavaa kemain lawaaa kasut Bata sekarang yerr...nak kena singgah ke apa ni aaaa hahahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.