Home »
aidilfitri
,
aidilfitri 2019
,
fashion
,
Featured
,
lifestyle
,
online shopping
,
raya
,
raya 2019
,
raya shopping
,
shopping
,
shopping info
» JAKEL Barulah Raya Ok? Koleksi Raya JAKEL 2019
JAKEL Barulah Raya Ok? Koleksi Raya JAKEL 2019
Sejak adanya
gedung pertama JAKEL di Lembah Klang pada tahun 2007 di Jalan Masjid India, tak
kira siang tak kira malam tak kira pagi tak kira petang - JAKEL tak pernah
kering dengan lautan manusia. Memang sesak memang penuh. Nak nak lagi bila tiba
musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri - perghhh... berpusu-pusu dan
berduyun-duyun orang. Tak kiralah mana-mana cawangan JAKEL sekalipun dalam
Malaysia ni. JAKEL barulah raya ok? Koleksi Raya JAKEL 2019 ni pun sama. Pendek
kata saban tahun-lah. JAKEL sinonim dengan Raya di Malaysia.
Kenapa ya? JAKEL
menjadi perhatian rakyat Malaysia? Jawapannya mudah sangat... Sebabnya JAKEL
adalah merupakan one stop centre yang memudahkan para pelanggan untuk
mendapatkan pakaian raya untuk seisi keluarga di bawah satu bumbung dengan
fabrik berkualiti tinggi, warna yang bersesuaian serta perincian rekaan secara
kemas dan rapi.
Koleksi Raya JAKEL
2019 menampilkan koleksi-koleksi Duta Raya pada tahun ini seperti Aaron Aziz,
Nabil Ahmad, Abam Bocey, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana (SchAwaLara),
Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.
Koleksi Baju
Melayu Aaron Aziz dari pelbagai jenis fabrik serta warna adalah direka khas dan
khusus untuk memberikan kekemasan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang
memakai.
Istimewa 2019 -
JAKEL merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di
sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih
mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang
menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari untuk tahun
keempat berturut-turut lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti
fabrik.
Koleksi Baju
Melayu Hairul Azreen pula diperkemaskan dengan perincian jahitan tangan di
bahagian kolar. Terdapat juga koleksi Baju Melayu potongan teluk belanga iaitu
leher bulat.
Istimewa plus size
untuk membantu mereka yang berbadan besar - boleh dapatkan koleksi Baju Melayu
yang diperagakan oleh Abam Bocey.
Ada Baju Melayu mestilah kena ada Kurta ya tak?
Kalau tak macam tak lengkap jer? Untuk Raya 2019, JAKEL masih mengekalkan
pengeluaran koleksi Kurta. Koleksi Kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana
ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan
menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada
potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan
detailing poket. Mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan
mudah.
Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis
Zalikha berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini
wanita yang mahukan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram
friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif
pada setiap rekaan. Setiap koleksi mempunyai variasi warna yang menarik dan
motif corak printed yang terkini.
Koleksi Upin Ipin memang tetap ada tetapi untuk
Raya 2019 koleksi Upin Ipin telah diolah kepada rekaan baru yang bersesuaian
dengan trend semasa. Setiap pembelian koleksi Baju Melayu Upin Ipin yang dijual
akan diberi kain samping dan butang Baju Melayu secara PERCUMA.
Selain itu, JAKEL masih meneruskan pengeluaran
produk koleksi pakaian kanak-kaak di bawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.
Setiap koleksi JAKEL untuk Raya 2019 ni - memang
berkenan di hati Kak Fa. Cuma Kak Fa belum berkesempatan lagi nak membeli-belah
betul-betul. Hu hu hu... Orang ramai berpusu-pusu sampai tersepit dan terkepit
Kak Fa. Memang nak memilih tak berapa nak selesa sangat. Tapi tak apa... Kak Fa
dah setting dah... Sekarang ni Kak Fa tengah tunggu www.jakelstore.my go live.
Tak berapa lama pun lagi - lagi 2 hari dari tarikh Kak Fa up posting ni.
Buat pertama
kalinya, JAKEL telah membuka jualan secara atas talian (online). Ini semua
adalah hasil dari permintaan para pelanggan JAKEL untuk mewujudkan satu
platform atas talian perniagaan bagi memudahkan orang ramai mendapat produk
pakaian JAKEL di hujung jari. Jadi mudahlah kan pelanggan-pelanggan JAKEL dari
seluruh Malaysia nak membeli-belah. Sekarang semua orang boleh membeli-belah
dengan gembira di JAKEL melalui www.jakelstore.my. Berbelanja tanpa sempadan
kaedahnya. Dekat ceruk mana pun tetap boleh berbelanja dengan JAKEL.
Salah satu sebabnya - di dalam kemeriahan
menyambut perayaan dengan pelbagai jenis promosi, JAKEL tidak pernah lupa
kepada golongan asnaf dan juga golongan
kelainan upaya (OKU). Contoh - semasa Majlis Pelancaran Koleksi Raya 2019
Bersama Duta JAKEL dan Pelancaran www.jakelstore.my tempoh hari, pihak JAKEL
turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia,
Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Atas
nama kemanusiaan dan keprihatinan JAKEL, majlis sosial korporat (CSR) juga
dianjurkan untuk membantu golongan ini untuk mendapatkan baju baru untuk
sambutan hari raya nanti.
Tak cukup dengan
itu, JAKEL juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan asnaf dan juga
gologan kelainan upaya (OKU) yang terlibat di dalam majlis terbabit. Setiap
tahun, ini memang merupakan aktiviti wajib di dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antar
Duta Raya JAKEL bersama pelanggan. Ini menjadikan JAKEL dekat dengan golongan
OKU dan juga asnaf.
Selain itu, JAKEL
menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia disebabkan Happy Hour - sesi lelongan koleksi pakaian raya. Ini
memang awesome weiii! Sewaktu majlis tempoh hari juga ada sesi lelongan jualan
Happy Hour untuk koleksi pakaian raya di mana setiap Duta Raya JAKEL telah
mempromosikan dan menjual koleksi pakaian raya dengan harga runtuh untuk
pelanggan JAKEL.
Benda ada dekat
JAKEL, buat apa nak pening-pening kepala ya tak? JAKEL barulah raya ya tak?
Psssttt...Ingat...Jangan
lupa layari www.jakelstore.my
Terimakasih telah membaca artikel JAKEL Barulah Raya Ok? Koleksi Raya JAKEL 2019. Jangan lupa share ya
Share
1 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
boleh la nanti akak terjah jakel..cari baju melayu husband
ReplyDelete