Hukum Memakai CONTACT LENS BERWARNA & Hukum Memakai CONTACT LENS Ketika Berpuasa!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Agak-agak koranglah kan – Kak Fa pakai contact lens sebab apa? Just for the sake of fashion? Ataupun sebenarnya Kak Fa ni memang memerlukan contact lens sebagai alat bantuan penglihatan? Truth is – Kak Fa sememangnya memerlukan contact lens sebagai alat sokongan bantuan penglihatan kerana ketahuilah sesungguh kuasa kerabunan jauh Kak Fa ini sehingga ke hari ini mencecah 700. Kenapa tak pakai cermin mata Kak Fa? Cermin mata dan Kak Fa doesn’t ryhmes. Serius. Kalau pakai juga sekejap lagi mulalah sakit kepala macam nak pecah. Kisah benar bukan kisah rekaan. Terfikir nak buat lasik tetapi satu masalah bajet dan satu lagi memang tak ada keyakinan lagi. Tapi kannn… ada jugalah yang sok sek sok sek dekat sipi-sipi telinga Kak Fa ni dan juga sindir halus tentang Kak Fa memakai contact lens berwarna dan juga tentang status puasa Kak Fa bila memakai contact lens ketika berpuasa. Bila dah dengar sok sek atau disindir halus – jangan cepat melenting tak tentu pasal. Kita cuba ambil pendekatan positif dulu supaya jadi lebih jelas. Gigihlah Kak Fa mencari hukum memakai contact lens berwarna & hukum memakai contact lens ketika berpuasa! Nak tau tak? Nak tau kena bacalah seterusnya. Takkan berhenti sini jer pula.

Yang pertama mengenai hukum memakai contact lens berwarna – yang ini sepertimana Irsyad Al-Fatwa Ke-144: Hukum Memakai Kanta Lekap (Contact Lens) Berwarna yang diterbitkan pada 16 November 2016 – S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui pautan di SINI:

Apakah Hukum Memakai Kanta Lekap Yang Berwarna Bagi Wanita?

1. Tiada khilaf di kalangan para fuqaha’ iaitu mereka membenarkan penggunaan kanta lekap berwarna ataupun tidak sekiranya penggunaan kanta lekap tersebut atas dasar perubatan dan hajat. Ini kerana kanta lekap adalah ganti kepada kaca mata bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun. Meskipun begitu, nasihat doktor yang bertauliah mestilah diambil kira untuk mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap mata selepas menggunakannya yang mana boleh merosakkan mata.

2. Pendapat yang membenarkan pemakaian kanta lekap berwarna atas dasar perhiasan mengatakan bahawa ianya termasuk di dalam perhiasan yang diharuskan penggunaannya selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِيٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik? Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat”. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.  (Al-A’raaf: 32)

Al-Imam al-Syaukani Rahimahullah menyebutkan perhiasan itu adalah apa-apa yang dihiaskan padanya manusia dari pakaian atau selainnya daripada perkara-perkara yang dibenarkan dari bahan galian yang mana tidak terdapat larangan untuk berhias dengannya seperti batu permata dan lain-lain.

Berdasarkan keumuman mengambil perhiasan, maka hukum pemakaian kanta lekap sama ada berwarna ataupun tidak, adalah dibenarkan namun para ulama’ meletakkan beberapa syarat antaranya:

  • Mestilah tidak memudaratkan mata si pemakai.
  • Pemakaiannya tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk serta bermegah-megah di hadapan orang lain, khususnya di hadapan bukan mahram. Adapun isteri yang memakai kanta lekap berwarna bagi tujuan berhias bagi suaminya, maka ia dibolehkan. Begitu juga bagi perempuan yang bakal bertunang yang mana mengenakan kanta lekap berwarna di hadapan tunangnya bagi kelihatan cantik maka ianya tidak dibenarkan syarak kerana terdapat unsur penipuan di dalamnya.
  • Tidak berlaku pembaziran kerana sesetengahnya dijual dengan harga yang mahal.
  • Tidaklah kanta lekap itu menyerupai mata binatang, kerana tasyabbuh (menyerupai) dengan binatang adalah dilarang di dalam islam.

Conclusion, berdasarkan keterangan di atas, sekiranya penggunaan kanta lekap itu bagi tujuan perubatan maka ianya dibolehkan sama ada berwarna ataupun tidak berwarna. Adapun memakainya bagi tujuan perhiasan, pada asalnya hukum pemakaian adalah dibolehkan namun perlulah diambil kira syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulama’ seperti yang telah disebutkan di atas yang mana jika tidak diikuti boleh jatuh kepada hukum haram pada pemakaiannya. Meskipun, hukum asalnya adalah harus, namun cenderung terhadap pendapat ulama’ yang mengatakan seeloknya ditinggalkan pemakaian kanta lekap berwarna demi mengelakkan diri terjebak ke dalam fitnah seperti penipuan dan pembaziran. Wallahualam.

Apakah Hukum Memakai Kanta Lekap Ketika Berpuasa?

Adapun penggunaan contact lens atau kanta lekap semasa mengambil wudhu’, solat dan puasa, ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhu’ atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja  iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga, tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.


Alhamdulillah – Kak Fa ni memang tak sempurna… tu Kak Fa akui. Serba-serbi kurang sana sini. Bukan bertujuan nak ajar orang lain sedangkan diri pun tak sempurna lagi. Masih mencari dan masih belajar. Tapi sekurang-kurangnya apa yang di-sok sek kan untuk Kak Fa tu – buat Kak Fa cuba cari lebih informasi untuk apa yang sepatutnya. Tambah kefahaman Kak Fa lagi. Harap jelaslah semuanya ya? Harap juga entri kali ni bermanfaat untuk semua orang.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !