Hukum Guna Duit Raya Anak

Farah Waheda Wahid
3
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Terimbau kenangan lalu… Masa Raya sewaktu zaman kanak-kanak Kak Fa dulu. Meriah ok? Duit raya memang luxury. Tapi Kak Fa tak adalah ketuk dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Tak pernah sekalipun. Cumanya semua duit raya yang Kak Fa pernah dapat semua hasil ikut Nek Ma dan Atuk Firash beraya ke rumah kawan-kawan diaorang dan juga ke rumah saudara mara. Duit raya yang paling banyak Kak Fa pernah kumpul pada satu-satu tahun tu, Kak Fa masih ingat lagi. Jumlahnya RM 3888.50. Memang meletopsss betul duit raya Kak Fa yang terkumpul dalam tahun tu. Tu kalau tak silap sewaktu Kak Fa Darjah 5. Heeee…. Alhamdulillah… Masa tu dapat jer, Atuk Firash terus masukkan dalam Amanah Saham Wawasan 2020 Kak Fa. Sekalipun Nek Ma dan Atuk Iyash tak pernah paw duit Raya Kak Fa tau. Jadi… Bila Kak Fa nak paw duit raya Firash – memang akan wujud rasa bersalah di situ. Muahahaha…terus tak jadi nak paw weiii…Memang hati tak sampai langsung nak paw duit raya anak. Lebih-lebih lagi bila dah baca mengenai hukum guna duit raya anak. Langsung tak bernafsu nak guna duit raya anak.

Tertarik dengan perkongsian artikel melalui pautan di SINI dan terketuk pintu hati ni ha, nak panjangkan perkongsian tersebut sebagai peringatan untuk diri Kak Fa sendiri dan juga untuk kawan-kawan lain di luar sana yang bergelar mak dan ayah. Take note  - jangan sampai guna duit raya anak untuk kepentingan diri sendiri ya? Mak ayah kena beringat. Perkara ini sememangnya perlu dipanjangkan kepada semua yang possible sebabnya memang banyak kes mak ayah terguna duit raya anak bila keadaan sudah terdesak.

Mula-mula memang niat nak ganti balik, tetapi akhirnya buat diam dan makan tahun nak boleh ganti balik. Sudahnya, cerita guna duit raya anak ini jadi macam mak ayah ambil terus duit anak. Kalau pernah terbuat… Jom kita sama-sama hadam dan berubah demi anak-anak. Jom?

Hukum Guna Duit Raya Anak

Normal-lah tu kan? Anak-anak masih kecil dan masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka dapat. Dapat jer bagi kat mak. Bagi kat ayah. Ikhlas dan jujur kan? He he he… Jadi, inilah tanggungjawab mak ayah untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik. Tetapi ingat ya? Duit raya anak adalah kepunyaan anak dan mak ayah hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.


Sebaik sahaja anak-anak mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut. Tolonglah…tak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama di dalam ceramah beliau.

Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya berada di dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak dibayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walaubagaimanapun ia perlu dibayar segera.

Nampak tu? Tetap kena ganti atau bayar balik ok? Sedikit tips untuk uruskan duit raya anak dengan betul untuk panduan semua:

Asingkan

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan pencampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang).

Tabung Khas

Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mendidik anak-anak untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak-anak.

Simpan Dalam Bank

Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Jangan buat-buat terlupa atau alasan ya? Ha ha ha… Usually antara tabungan yang jadi pilihan ibu bapa adalah Tabung Haji, tetapi suka hatilah nak pilih dekat mana nak simpan duit anak. Dekat SSPN pun boleh.

Macam tulah…Jadi jomlah kita sama-sama beringat ya? Duit raya anak tu hak anak…Hatta kalau dia request nak beli sesuatu dari duit raya yang terkumpul pun – kalau mak ayah ok – boleh jer belikan. Tapi cubalah suggest pada mereka untuk menyimpan dan terangkan kepentingan menyimpan kepada mereka juga supaya mereka faham.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum farah....perkongsian info yg baik ni...tq eda...

    ReplyDelete
  2. nicce sharing... sis semua masuk dalam acc bank lepas selesai kumpul duit raya. senang

    ReplyDelete
  3. selalu mak abah akan masukkan duit raya dalam bank

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !