Feature Wall Raya Ready!


Hari tu Kak Fa ada masuk bengkel Inspi Raya WarnaRaya NIPPON PAINT dengan Ben Firdaus semata nak mengecat ruang tamu raya ni!. Gigih belajar teknik mengecat yang betul sebelum Kak Fa mula mengecat feature wall untuk Raya kali ni. Mujurlah masuk bengkel, kalau tak masuk bengkel Kak Fa pun tak tau apa jadi dengan feature wall Kak Fa kan? Sekarang ni feature wall raya ready! Terima kasih NIPPON PAINT! Ha ha ha... Terima kasih juga Ben Firdaus.


Ingatkan susah dan rumit nak mengecat feature wall yang bom kebabom. Tapi, bila dah masuk bengkel dan belajar cara-cara serta teknik yang betul menggunakan NIPPON PAINT, sebenarnya nampak jer macam rumit - hakikatnya tak susah mana pun. Kalau follow betul-betul step-by-step segalanya akan jadi teratur dan hasilnya memang menjadi. Yang penting kena ikut betul-betul apa yang dipelajari sewaktu di dalam bengkel, bertenang dan mengecat dengan perasaan happy serta tidak gopoh. Pssstttt... Ini Kak Fa belajar sendiri sewaktu Kak Fa mengecat feature wall Kak Fa tempoh hari tau. Memanglah gugup sebab selalunya Kak Fa mengecat satu warna jer...Tak pernah lagi bercorak-corak bagai. Tetapi kali ni lain dari yang lain.


Paparan gambar di atas adalah dinding di ruang tamu rumah Kak Fa yang Kak Fa dah pilih sebagai feature wall untuk Raya pada tahun 2019 ni. Kak Fa pilih dinding yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk. Motif? Motifnya sebab dah nama pun feature wall kan? Buka-buka jer pintu dah nampak feature wall. Kak Fa nak, bila tetamu datang berkunjung sewaktu sambutan Aidilfitri nanti, dari luar lagi dah nampak feature wall yang Kak Fa cat dengan tangan Kak Fa ni sendiri...Kak Fa nak tetamu yang datang tu mendapat vibe Raya sedari sebelum melangkah masuk ke dalam rumah lagi. Ha ha ha... Relevant tak? Relevant kan?

Kak Fa tak ambil masa yang lama pun untuk mengecat feature wall dengan menggunakan produk-produk cat dari NIPPON PAINT... Kak Fa mula pada jam 11.00 pagi dan tamat mengecat pada lebih kurang jam 6.00 petang. Tolak campur bahagi tambah lebih kurang 7 jam yang disulam dengan waktu break. Kalau tak ada break mungkin dalam 4 jam dah boleh siap dah kot? Pantas jer kerja dengan NIPPON PAINT ni. Tak ambil masa berhari-hari atau masa yang lama untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat. Kak Fa memang plan sebelum nak mengecat tu. Kena cari masa yang mana Kak Fa benar-benar ada kelapangan dan masa itu Kak Fa ambil pada hari Sabtu lah pun. Hari Kak Fa tak bekerja. Untuk mak-mak macam Kak Fa ni, sebelum nak buat kerja-kerja rumah major macam ni, kena ambil kira faktor anak juga. Ha ha ha...Al-maklumlah ada anak yang sedang membesar dan suka bereksplorasi ni memang dia akan suka nak ikut sama dengan kita nak buat sama. Tu semua faktor kena ambil kira tu.



Langkah pertama, semestinya Kak Fa sediakan betul-betul segala kelengkapan untuk mengecat dan pasangkan semua pelapik serta tape pelindung di segala sudut yang Kak Fa tak nak cat menjadi punca dinding comot. 


Dah selesai pasang semua pelapik, Kak Fa pun memulakan sapuan primer pada lapisan pertama. Primer ni penting ok? Primer bukan sekadar berfungsi untuk menutupi segala tanda atau bahagian yang kurang sedap mata memandang tetapi juga bagi memastikan dinding mempunyai asas yang sempurna untuk hasil cat yang terbaik. Selesai sapuan primer, Kak Fa rehat sebentar lebih kurang dalam 45 minit untuk memastikan primer benar-benar kering.


Setelah primer kering, Kak Fa mulakan aktiviti menampal masking tape pada dinding yang telah disapu dengan primer tadi dengan tujuan untuk menentukan corak feature wall Kak Fa. Jujur Kak Fa beritahu, Kak Fa tak sketch, Kak Fa tak berangan dulu pun bagaimana feature wall yang Kak Fa nak hasilkan. Kak Fa cuma ikut naluri dan kata hati sesedap rasa jer... Ha ha ha...Betul-betul gamble ni. Jadi tak jadi, hati sendiri pun berdebar-debar sebenarnya. Tapi Kak Fa yakin kalau Kak Fa ikut satu persatu langkah dari bengkel oleh NIPPON PAINT tempoh hari, pasti menjadi. Confident level kena ada kan? Betul tak? 


Selesai menampal masking tape, Kak Fa mulakan sapuan lapisan pertama dengan menggunakan NIPPON PAINT Easy Wash di mana kemudian setelah selesai Kak Fa tunggu selama 30 minit sehingga sapuan lapisan pertama benar-benar kering dan kemudian Kak Fa lakukan sapuan lapisan kedua. Pengalaman mengecat dengan menggunakan NIPPON PAINT Easy Wash, apa yang boleh Kak Fa kongsikan adalah ianya benar-benar mudah dan sapuan kelihatan sangat sekata. cat pun tak berbau seperti cat-cat biasa yang ada di pasaran. 


Kak Fa ulang maklum NIPPON PAINT Easy Wash adalah cat emulsi akrilik tahan lama yang tidak mengandungi plumbum dan merkuri yang memberikan hasil matt klasik yang halus serta sempurna untuk dinding dalaman di mana ianya adalah merupakan sejenis cat yang mudah untuk disapu dan menghasilkan sapuan sekata. Cepat kering, mesra alam, tidak berbau dan mudah untuk dibersihkan. Diformulasikan dengan ciri rendah VOC serta bebas Alkyd Phenol Ethoxylate. Jadi, Firash yang sibuk mengacau pun Kak Fa tak ada lah risau sangat.



Langkah seterusnya - Kak Fa gunakan NIPPON PAINT Momento Enhancer Series (Gold Frost) pada bahagian-bahagian yang Kak Fa dah identifikasi untuk dicat. Cepat jer ni...Tak ambil masa lama. Fungsi? Kak Fa nak naikkan lagi seri warna dinding  yang asal kepada dinding yang bersinar emas. Pun sama rendah VOC, tidak mengandungi plumbum atau merkuri dan bebas formalheid. Ini trik yang sangat bagus untuk menyembunyikan ketidaksamaan permukaan dinding. NIPPON PAINT Momento Enhancer Series (Gold Frost) ni tidak berbau serta mesra. 

Finally! Tunggu seketika dalam 30 minit atau lebih sedikit. Secara perlahan-lahan bolehlah buka masking tape yang Kak Fa tampal sewaktu awal-awal proses mengecat. Bila dah buka masking tape ni baru boleh lihat hasilnya seperti di bawah ni ha.


Video penuh sepanjang proses mengecat Kak Fa tempoh hari boleh dilihat melalui paparan video di bawah: 




Dan video hasil aktiviti cat mengecat Kak Fa tempoh hari boleh dilihat melalui paparan video di bawah ini:



View this post on Instagram

A post shared by Kak Fa | Bubblynotes.Com (@farahwaheda) on

Wohooo... Tak payah fikir nak mengecat lagi dah sepanjang Ramadhan ni. Boleh relaks dah. Sebab semuanya dah selesai. Macam mana? Terinspirasi tak? Nak tak dapatkan inspirasi-inspirasi lain? Boleh rujuk Inspi Raya Warna Raya Dengan NIPPON PAINT:

   

 Glad that this Raya will be awesome with NIPPON PAINT around!
Terimakasih telah membaca artikel Feature Wall Raya Ready!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

4 komentar:

  1. okay kak Fa,sekarang dah ada idea untuk Ina bikin corak di wall yang kosong tu.Harap2 ada rupalah seni macam kak Fa. Berapa liter cat hijau tu setong?

    ReplyDelete
  2. cantiklah kak Fa.. meh dtg cat umah kita pulak.. hehe.. gurau je..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.