![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Meriah rumah bila
ada anak ramai ni kan? Mestilah meriah. Bila tiba baik tu baik sangat sesama
sendiri. Bila tiba masa bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan
mencubit... Tegang sikit keadaan di dalam rumah. Tapi ada juga rumah yang punya
anak ramai dan sentiasa bercekau antara satu sama lain. Memang tak boleh
bertembung. Asalkan bertembung jer tak pernah tak bergaduh - confirm memang
akan bergaduh. Boleh dikatakan tidak ada bonding di antara adik-beradik.
Apabila tiada bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan
dalam keluarga. Makanya...sesuatu sememangnya perlu dilakukan supaya ada ikatan
kasih sayang antara adik-beradik. Walau anak cuma seorang, tak salahkan kalau
Kak Fa kongsikan tips eratkan hubungan adik-beradik di kalangan anak-anak?
Because I will do the same if Kak Fa punya ramai anak.
Air dicincang
tidak akan putus. Macam tu jugalah hubungan adik-beradik. Yang kena buat kerja
sedikit adalah mak ayah. Macam biasa...This is parenting-lah!
Perkongsian dari
artikel di SINI
sebagai panduan mak ayah yang singgah membaca di Bubblynotes.Com:
Elakkan Pergaduhan
Apabila wujud
pergaduhan di antara adik-beradik, tanyakan kepada anak-anak, adakah ia bagus
atau tidak. Ambil gambar sewaktu bergaduh atau rekod suara jeritan mereka.
Rekodkan. Rekod juga semasa anak sedang bergembira sesama mereka. Bandingkan
dan tanyakan kepada anak-anak, adakah ia satu sikap yang baik? Berikan
penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami
bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan.
Beri Pujian
Sekiranya
anak-anak mempamerkan perilaku yang baik, berikan pujiaan. "Baiknya anak
Mommy". Tujuan cara ini supaya ia menjadi satu budaya iaitu berbuat baik
akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia satu isu yang
besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian
dari ibu bapa. Note that ya?
Meminta Maaf
Pergaduhan tidak
memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan
maaf tetapi bukan memaksa mereka. Di dalam hal ini, mak ayah perlu menjadi contoh
seperti, "Mommy minta maaf. Tadi Mommy menjerit dan garang pada
Iyash!". Apabila anak-anak melihat mak ayah berbuat demikian, anak-anak
akan mengikut juga. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak
akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia satu kebiasaan di dalam
diri anak.
Kongsi Makanan
Mendidik melalui
perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya
memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. Fokus
tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan
mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada
orang yang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan.
Berikan Pilihan
Pergaduhan
rentetan dari berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun, selain dari
memetir atau marah, sebenarnya boleh memberitahu anak, beri anak main dahulu
sepuas-puasnya dan setelah itu perlu berkongsi dengan adik-beradik. Cara ini
ibu bapa memberi pilihan kepada anak-anak bukannya menambahkan lagi
pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan
sewaktu membesarkan anak. Macam tu juga jika keluar ke pasar raya membeli
makanan, latih anak untuk ingat adik-beradik dan tak lepas tekak sendiri jer.
Kalau beli untuk mereka, belikan juga untuk adik-beradik yang lain.
Aktiviti Mengaji
Mengaji
bersama-sama itu boleh mengikat kasih sayang adik-beradik.
Solat Berjemaah
Cara ibadah pula
ialah dengan melakukan solat secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan
iaitu apabila azan, katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan
terima kasih kita perlu solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian
setelah solat berjemaah, peluk di antara satu sama lain.
Tambahan sedikit
ke atas tips yang tersenarai di atas:
Berkongsi Masalah Dengan Adik-Beradik
Kebanyakan orang
kerap menjadikan sahabat karib sebagai tempat meluahkan masalah, tetapi ahli
keluarga juga adalah tempat yang lebih sesuai untuk menjadi penasihat dan
pendengar yang baik. Ini kerana faktor mereka lebih mengenali diri kita
berbanding orang lain. Dengan itu, sudah tentu mereka akan dapat memberi
nasihat yang lebih tepat dan yang terbaik untuk kita sebagai ahli keluarga.
Latih anak untuk berkongsi masalah dengan adik-beradik dan latih anak untuk
berbincang mengenai masalah mereka bersama adik-beradik.
Menyambut Hari Penting
Ikatan di antara
adik-beradik boleh dieratkan dengan meraikan hari-hari penting bagi setiap ahli
keluarga. Contohnya meraikan ulangtahun perkahwinan mak ayah, ulangtahun
kelahiran adik-beradik dan sebagainya.
Menghargai Dan Mencari Kelebihan Mempunyai Adik-Beradik
Mak ayah kena
didik anak-anak untuk bersyukur kerana diberikan adik-beradik. Ajar mereka
untuk mensyukuri apa yang ada dan membandingkan diri mereka dengan mereka yang
tidak mempunyai adik-beradik. Terapkan dalam diri anak-anak jangan sesekali
berasa tertekan dan menganggap bilangan adik-beradik yang ramai sebagai bebanan
dan sukar, sebaliknya kehadiran adik-beradik yang ramai sangat memeriahkan dan
tidak sunyi.
Cumanya... nak
didik anak-anak mempunyai bonding atau kasih sayang antara
adik-beradik... memang kerja ibu bapa bukan anak-anak faham-faham sendiri.
Peranan utama adalah ibu bapa.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.