Meet
the latest parent-shaming label making the rounds: the Snowplow Parent. Terma
terbaru yang hangat diperkatakan sejak-sejak cerita ni meletops di New York Times baru-baru ni berhubung dengan
skandal penipuan kolej besar-besaran, di mana 50 individu telah didakwa dengan
penipuan kerana membayar sejumlah wang sebanyak $500,000.00 sebagai rasuah
untuk memalsukan kelayakan serta skor ujian anak-anak mereka semata-mata untuk
memastikan anak-anak tersebut diterima masuk ke sekolah elit. Fuyooo....
Snowplow Parent - awak ke tu? Dulu kita dengar cerita sijil Diploma, Degree or
Masters yang dibeli sekarang dah merebak sampai ke level begini!
Some
affluent mothers and fathers now are more like snowplows; machines chugging
ahead, clearing any obstacles in their chlid's path to success, so they don't
have to encounter failure, frustration or lost opportunities - The New York
Times.
Di
dalam erti kata lain, ibu bapa
menghapuskan segala bentuk halangan demi memastikan bahawa anak-anak mereka
tidak perlu menghadapi kekecewaan atau kegagalan. Kira-kira macam,
perjalanan hidup anak-anak tu jadi smooth jer - sama seperti membersihkan salji
di atas jalan.
Memanglah
fitrah ibu bapa akan membantu anak-anak dan membimbing anak-anak masing-masing
supaya berjaya di dalam kehidupan, tetapi mak ayah jenis Snowplow ni melampau
tau tak? Tak peduli whatever it takes - janji anak tak susah. Nampak sedap mata
memandang dan sejuk jer hati bila anak sentiasa mudah jer perjalanan mereka
tetapi rugi sebenarnya! Anak-anak kepada Snowplow Parent tidak pernah mempunyai
peluang untuk belajar tentang ketahanan dan kepintaran di samping menghadapi
masalah dan kegagalan. The true essence of life. Rasa bahagia dan senang jer
sentiasa, sikit pun tak rasa susah. Esok-esok kena reject ke? Kena tolak ke?
Tak diterima ke? Sampai tak boleh nak terima kenyataan anak-anak tu. This is
failing forward ok?
Berdasarkan
undian atas talian oleh New York Times dan Morning Consult, didapati tiga
perempat daripada ibu bapa telah membuat temujanji seperti sesi lawatan doktor
atau sesi memotong rambut untuk anak-anak dewasa mereka yang berusia 18
sehingga 28 tahun. Tambahan dari itu, didapati:
- 11%
daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi majikan anak-anak mereka
untuk memastikan sama ada anak mereka menghadapi masalah di tempat kerja atau
tidak.
- 16%
daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi atau menghantar mesej kepada
anak-anak mereka sewaktu di dalam kelas atau peperiksaan demi untuk memastikan
anak-anak mereka tidak tidur di dalam kelas atau peperiksaan.
- 8%
daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi professor atau pentadbir
kolej mengenai gred anak mereka atau masalah yang anak mereka hadapi.
David
McCullogh, Jr seorang guru sekolah dan penulis "Your Are Not Special and
Other Encouragements" yang juga telah membantu di dalam mempopularitikan
terma Snowplow Parenting memberitahu pihak New York Times yang para ibu bapa
berkenaan berasa yang mereka telah melakukan perkara yang sepatutnya dan betul
untuk anak-anak mereka. In the same article, it was said that snowplow
parenting is done largely by priveleged parents who have the money and
connections to give their children these advantages.
Senang
cerita, snowplow parent adalah didefinisikan sebagai individu yang sering
memaksa untuk menghilangkan segala halangan yang ada di dalam perjalanan hidup
anak-anak mereka. They have their eye on the future success of their child, and
anyone or anything that stands in their way has to be removed. Seboleh-boleh
snowplow parent ni tak nak anak-anak merasai keperitan atau kepayahan di dalam
perjalanan hidup mereka supaya anak-anak mereka boleh berjaya tanpa halangan.
Ini adalah jenis ibu bapa yang akan duduk di dalam bilik pengetua untuk
bertanyakan kursus tambahan untuk anak-anak mereka dan juga elaun istimewa
untuk anak-anak mereka. The sense of entitlement to snowplowers: They blame the
school when things go wrong and never accept anything less than first place for
their kids.
Personally
- Kak Fa tak ley gi kot parenting this way. Sebab bagi Kak Fa - untuk berjaya
seseorang itu perlu menghadapi kepelbagaian pengalaman di dalam kehidupan.
Anak-anak kena diajar yang tidak ada benda yang datang bergolek dan tak ada
satu benda mudah pun yang datang dalam kehidupan. Semua kena usaha. Bagi Kak
Fa, snowplow parenting adalah lebih kepada killing the children self-esteem and
independence. Kak Fa is the type of mom that OK with Firash to experience some
challenges to gain what he wants or not being on the school sports team. I
won't be writing his university applications for him. He needs to make his own
effort and achieve what he supposed to achieve on his own.
Snowplow
parenting would lead to kids being less resilient and less likely to take
risks. They will never develop proper coping skills or the maturity to make
decisions on their own. Plus... they might not be able to handle failure or
solve problems independently.
We all trying out our
best as parents and no label fits any of us 100%. We cant't remove every
obstacle from our children's paths.
singgah sini
ReplyDeleteni macam penyakit mental jugak kan KakFa..payah ooo kalau parents jenis ni..sian kat anak-anak..
ReplyDeletekat malaysia pun ada dah sikit2 kot jenis dr sekolah rendah semua di mudahkan mak2 yg uruskan utk anak,semua dok wasap tanya cikgu patut ajar anak uruskan diri mana yg boleh bukan semua di suap je....tapi kalau sampai dewasa mak ayah mudahkan urusan aduiiiiiii dah kawinesok cam mana laaaaaaa....
ReplyDelete