Home » , , , , » Siapa Kata PLUS SIZE Tak Ada RTW Untuk Raya? ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW Adalah!

Siapa Kata PLUS SIZE Tak Ada RTW Untuk Raya? ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW Adalah!

Hallo PLUS SIZE people! Sebelum nak buat kesimpulan - sebelum nak rasa low self-esteem, meh sini Kak Fa nak bagitau - siapa kata PLUS SIZE tak ada RTW untuk Raya? ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW adalah! Jap jap... Bukan rekaan-rekaan baju yang dull atau tak menarik ok? Please get it out of your mind yang styling for PLUS SIZE are limited? Boleh tak? Ini semua rekaan-rekaan gempak punya untuk PLUS SIZE ok? Kalau rasa nak melaram sakan Raya kali ni - Kena baca sampai habis. Letopssslah Raya ni oiii kalau korang pakai ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW. Awesome!

Tak sabar pula Kak Fa nak bercerita panjang lebar ni ha. He he he...Nampak tak? Nampak tak di situ Kak Fa yang terlebih excited? Sebab apa? Sebab dengan ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW, kini semua orang boleh bergaya di Hari Raya nanti. Tak ada double standard di dalam gaya pemakaian Raya lagi dah. Rangkaian pakaian Raya dari ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW bermula dari saiz S sehinggalah ke 4XL. Kau ghase? Jarang baju-baju RTW Raya yang mempunyai rekaan menarik lagi eksklusif sehingga 4XL. Kalau ada pun sehingga saiz 2XL mungkin kan? 

Menarik sangat ke Kak Fa? Gaya penceritaan macam awesome sangat! Menariklah noksss... Kalau tak menarik takkan Kak Fa nak cerita. In terms of rekaan baju - I am very fussy and particular. Kalau Kak Fa kata Kak Fa tak suka, memang Kak Fa takkan share. Tapi ini Kak Fa suka. Sebabnya memang eksklusif pada mata Kak Fa at least? Mostly koleksi ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW adalah berinspirasikan rekaan baju melayu tradisional. Klasik dan elegan. Bila pakai memang nampak terletak elok dan berseri manis jer si pemakai. Irregardless of the body size ok? 

Koleksi SAKURA FALL






Rekaan-rekaan di bawah koleksi SAKURA FALL adalah diinspirasikan daripada gabungan fesyen Asia dan Timur di mana di dalam koleksi SAKURA FALL didapati mostly adalah potongan kurung moden dan berleherkan seperti leher cheongsam. Harga untuk koleksi SAKURA FALL ini adalah di dalam lingkungan RM 199.00 sehingga RM 439.00.

Koleksi ANDALUSIA





Memang cantik! Berkenan di hati ni ha... Koleksi yang diinspirasikan daripada artifak kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu kerajaan Moor. Taburan manik yang diimport khas dari luar negara yang kemas serta menarik. Just to note, koleksi ANDALUSIA juga adalah hasil tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga untuk koleksi ANDALUSIA ini adalah di dalam lingkungan RM 439.00 sehingga RM 599.00. 

Koleksi WARISAN








Potongan all-time favourite Kak Fa. Klasik ala-ala cutting Baju Kurung Pahang. Ini kalau pakai memang confirm selesa ni. Harga untuk koleksi WARISAN adalah RM 439.00 sepasang.

Koleksi AZALEA & ERIDALEA





Sweet and moden pada pandangan mata Kak Fa. Nampak luxury sangat. Kurung moden yang didatangkan bersama-sama jahitan manik serta sulaman yang halus lagi kemas. Harga untuk koleksi AZALEA & ERIDALEA adalah di dalam lingkungan RM 439.00 sehingga RM 699.00. 

Koleksi ADRYSSA LUXE






Biasanya bila ada jer perkataan LUXE ni - memang memukau mata Kak Fa. Selama kinilah - apa sahaja yang ada perkataan LUXE ni memang Kak Fa suka dan memang Kak Fa minat. Haaa...koleksi ni kalau nak ke majlis rasmi sesuai sangat. Dia punya manik...Merelik dan merecik ok? Yang ni boleh disewa ataupun dibeli. Harga untuk koleksi ADRYSSA LUXE adalah bermula dari RM 1,200.00 bergantung kepada jenis rekaan pakaian yang kita minat. Boleh customize ikut body kita ya. So no need to worry. 

Kak Fa...oh... Kak Fa... Kalau nak sewa macam mana pula? Sila rujuk paparan di bawah:


Tak perlu risau kalau tersama dengan orang tu, dengan orang ni. Kebarangkalian tu sangat tipis. He he he... Sebabnya kesemua koleksi ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW - Bagi setiap rekaan hanya ada 14 pasang untuk kesemua saiz. Bukan 14 pasang untuk setiap satu saiz ya? So? Bolehlah kelihatan eksklusif kan? Sebab sesetengah dari kita hakikatnya tak suka kalau orang lain pakai sesuatu yang sama dengan kita. This apply to Kak Fa.. Ha ha ha...Paling tak suka kalau ada orang-orang yang terdekat atau kena-mengena pakai rekaan yang sama. It's just that sometimes I can't help it. Nak buat macam mana kan?

Untuk setiap tempahan dan pembelian koleksi pakaian dari ADRYSSA ATELIER ianya akan memakan masa selama 3 hari bekerja kecuali koleksi ADRYSSA LUXE yang memakan masa selama 3 minggu. Sebabnya? It involves kerja ukur-mengukur, jahitan manik yang memerlukan ketelitian. Untuk tempahan 50% deposit akan dikenakan ya? Jadi siap-saiapkan duit dulu.          

Lihat lebih banyak koleksi menarik di Laman Instagram ADRYSSA ATELIER x SERINA RTW.

Boleh dibeli secara online. Tapi kalau nak puas, Kak Fa would recommend and suggest anda untuk melawat butik ADRYSSA ATELIER provided set-up appointment dulu:

Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana

Untuk sebarang pembelian mahupun pertanyaan terus laju-laju hubungi www.wasap.my/60192621708 .

Ok done share baju raya letops tahun ni! Ha ha ha... Tak sabar pula nak sarung Koleksi WARISAN dari ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW Kak Fa tu ha. At this moment - Kak Fa pakai saiz L. Malu apa ya tak? Dah memang pakai saiz L. Tapi tak taulah kalau puasa nanti dia turun kepada M pulak...Wakakakak...Berangan... Ok dah... Pergi cuci mata dan pergi shopping dekat ADRYSSA ATELIER tu ha. Nanti share tau dengan Kak Fa, korang pilih koleksi yang mana. Sibuk juga nak tau ni. 
Terimakasih telah membaca artikel Siapa Kata PLUS SIZE Tak Ada RTW Untuk Raya? ADRYSSA ATELIER X SERINA RTW Adalah!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. Kita pun macam dah tersuka dengan design dia, semua cantik...maklumlah badan dah semakin montel cute hahahaha....
    Hai sepupu Serina hehehee

    ReplyDelete
  2. Lawa lawa designnya, simple but nice.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.