![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Dengan keadaan
ekonomi yang agak tidak menentu pada masa kini - rakyat marhaen lebih berhemah
dan berjimat-cermat di dalam perbelanjaan. Tidak semua individu atau pasangan
ibu bapa yang akan membeli kerusi keselamatan baru. Ada yang lebih memilih
untuk berjimat denagn membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai. Tidak
ada undang-undang yang mengatakan betul mahupun salah membeli kerusi
keselamatan kanak-kanak terpakai. Tapi...sekurang-kurangnya mungkin ibu bapa
boleh meluangkan masa untuk membaca panduan pembelian kerusi keselamatan
kanak-kanak terpakai ini.
Note that, kerusi
keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tidak kira sama ada
perjalanan jauh ataupun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar
dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Tapi
tidak semua mampu untuk memiliki kerusi keselamatan yang baru dan disebabkan
perkara ini, sebagai ibu bapa anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu
diajukan kepada penjual kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai demi
keselamatan anak anda.
Berdasarkan
perkongsian Farah Hazwani dari sumber di SINI
- Disclaimer: Perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang
provokasi atau fitnah.
Sebelum membeli
kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah
satunya, tidak digalakkan membeli tanpa mengetahui sejarah kerusi keselamatan
kanak-kanak tersebut. Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai,
sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
Adakah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Pernah Terlibat Dalam Kemalangan?
Take note that
kerusi keselamatan kanak-kanak yang pernah digunakan ketika kemalangan telahpun
menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak dan
tidak boleh digunakan lagi.
Berapa Lamakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Telah Digunakan?
Adakah kerusi
keselamatan kanak-kanak telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta
penjual untuk menunjukkan tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan kanak-kanak
yang telah tamat tempoh tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan.
Adakah Ia Pernah Dicuci?
Adakah pembersihan
dilakukan mengikut manual - tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak
direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan.
Adakah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Mempunyai Tanda-Tanda Kerosakan?
Tanda amaran telah
pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat.
Sekiranya terbit
rasa ragu-ragu - tak payah beli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai. Pejam
mata jer beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Berdasarkan
artikel rujukan - di bawah adalah maklum balas dari penjual kerusi keselamatan
kanak-kanak terpakai:
Makanya, nilaikanlah
sendiri. Sebenarnya, soalan-soalan itu dipetik dari artikel Car Seats for The
Littles (CSFTL) di SINI.
Kalau ikut-ikutkan
saranan CSFTL, banyak lagi faktor yang perlu diambilkira, seperti:
Adakah kerusi
pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila
menaiki pesawat? Adakah pemilik meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam
kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan
selepas mendarat?
Adakah kerusi
keselamatan termasuk di dalam senarai yang ditarik balik (recall list)?
Sebahagian kerusi keselamatan kanak-kanak ditarik balik memerlukan penggantian
dan adakah bahagian-bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL:
It essentially comes down to this: Would you trust that seat, that seller, with your child's life?
Apa pun pokok pangkal
terpulang kepada diri masing-masing. Sama ada anda percaya kepada kerusi
keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda.
Cara pembersihan
alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sesebuah
kerusi keselamatan kanak-kanak. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover
dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang membenarkan penggunaan mesin
basuh.
Apa pula bahan
pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci kerusi
keselamatan kanak-kanak? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire
retardant) mungkin hilang. Rumit bunyinya kan? Ini salah satunya alat yang
dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan
maut di tangan Allah, tetapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik
menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi. Tapi...kalau dah terbeli kerusi keselamatan
kanak-kanak terpakai, boleh ambil peluang untuk menghadiri pemeriksaan bersama
Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang
mempunyai peranan yang hampir sama dengan CSFTL. Mereka boleh dihubungi di
carseatcheck@cpsmalaysia.org.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.