Home »
buffet ramadhan
,
Featured
,
food
,
food ideas
,
food sharing
,
lifestyle
,
makan info
,
makan place
,
makan sharing
,
ramadhan
,
ramadhan 2019
» Pakej Ramadhan Me'nate Steak Hub 2019
Pakej Ramadhan Me'nate Steak Hub 2019
Lebih kurang 13 hari lagi menuju ke Ramadhan
Al-Mubarak. Timing sedang-sedang elok untuk Kak Fa kongsikan Pakej Ramadhan
Me'nate Steak Hub 2019 ni. Iyalah - kongsi awal senang untuk anda buat planning
iftar day out bersama ahli keluarga, kenalan rapat mahupun rakan sekerja kan?
Sekurang-kurangnya senang nak memilih dan merancang. Bukan tak boleh main redah
tanpa perancangan cumanya risiko full house tu berkemungkinan agak tinggi.
Sebabnya - sejak beberapa tahun kebelakangan ni, budaya beriftar dengan buffet
Ramadhan seakan sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia.
Sekurang-kurangnya seharilah dalam bulan Ramadhan, kebanyakan dari kita akan
beriftar luar dari rumah. Betul tak? Menarik ke Pakej Ramadhan Me'nate Steak
Hub 2019? Berbaloi? Menarik tak menarik? Berbaloi tak berbaloi? Kena khatamkan
dulu entri ini. Kalau tak, takkan tau ok?
Rata-rata di kalangan rakyat Malaysia memang
kenal dengan Me'nate Steak Hub sebagai sebuat restoran yang berkonsepkan
makanan barat yang terbaik. Untuk Ramadhan 2019, untuk pengetahuan anda semua
Me'nate Steak Hub menawarkan dan menyajikan sehingga 40 menu hidangan dari
pelbagai pilihan makanan yang ada di dalam bentuk buffet. Bagi Kak Fa, 40 menu
hidangan tu pun dah cukup mewah dah. Bulan Ramadhan - kalau terlampau banyak
sangat pilihan ter"over" pilihan pun kadang-kadang Kak Fa lah, Kak
Fa...Orang lain tak tau macam mana...Boleh jadi buntu oiii...Tak tau nak makan
yang mana satu dulu. Ahakss...So, pada Kak Fa memang just nice 40 menu hidangan
yang ditawarkan oleh Me'nate Steak Hub pada Ramadhan kali ini.
Di dalam 40 menu
hidangan tu sendiri - Me'nate Steak Hub telah menyediakan pelbagai jenis
makanan untuk memenuhi taste buds rakyat Malaysia. Yang paling menarik
perhatian adalah Kambing Golek!
Bagaimana seksinya anda melihat kambing itu
bergolek-golek di dalam paparan gambar Kak Fa di atas, begitu jugalah seksinya
rasa kambing golek itu. Bukan cakap kosong ya? Kambing golek yang disediakan
oleh Me'nate Steak Hub untuk Ramadhan 2019 langsung tidak berbau hanyir, cukup
masak dan cukup rasa. Memang sedap! Ini memang betul-betul Kak Fa akui sedap.
Memang Kak Fa percaya, kambing golek Me'nate Steak Hub akan laku keras
sepanjang Ramadhan 2019. Kalau tak percaya - kena rasa ok? Trust me...I have a
good taste bud and very particular in my choice of food.
Apa lagi Kak Fa
selain dari kambing golek? Apa lagi? Haruslah banyak lagi pilihan makanan
pelbagai di antaranya:
Me'nate Steak Hub menawarkan menu makanan
tempatan seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa serta Mee Goreng /
Kuey Teow Goreng yang digoreng panas-panas di Me'nate Steak Hub sepanjang
Ramadhan 2019 nanti.
Ini wajib ada!
Cakap jer nak apa? Nak ABC? Nak kuih? Semua ada. Pilih jer ikut mana tekak
selera nak makan sewaktu beriftar di Me'nate Steak Hub pada bulan Ramadhan
nanti.
Kalau tak nak makan
nasi atau menu makanan tempatan - tiba-tiba tekak jadi tekak Italiano or Mat
Salleh pula di bulan Ramadhan nanti (this is me-lah...Kak Fa memang always fond
of western food), jangan risau di dalam Pakej Ramadhan Me'nate Steak Hub
tersedia juga pelbagai pilihan pasta serta makanan barat yang lain untuk
dinikmati. All-in-one kan? Makanan tempatan pun, makanan barat pun ada. So it
covers both side of menu.
Di atas permintaan para pelangan Me'nate Steak
Hub yang menggemari daging premium, Me'nate Steak Hub memperkenalkan pakej
makanan barat premium iaitu hidangan FAMILY PLATTER. Terdapat 2 jenis pakej
iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE di
mana setiap satu set boleh dimakan oleh 5 sehingga ke 6 orang. Harga bagi
FAMILY PLATTER ini adalah sangat berpatutan.
Terdapat sehingga
11 menu bagi setiap hidangan di dalam FAMILY PLATTER dan pelanggan diberikan
akses PERCUMA ke hidangan buffet pemanis mulut atau dessert.
Yang menjadikan
FAMILY PLATTER ini istimewa adalah kerana pihak Me'nate Steak Hub mengekalkan
kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan
merasai keistimewaan yang ditawarkan oleh Me'nate pada Ramadhan 2019 ini.
Kak Fa dapat tahu
yang di Me'nate setiap menu adalah disediakan oleh para Chef yang
berpengalaman. Jadi tak perlu khuatir atau bimbang mengenai kualiti rasa di
Me'nate Steak Hub ya? Tapi Kak Fa suka, sebabnya Me'nate Steak Hub menawarkan
kepelbagaian citarasa para pelanggan. Iyalah tekak orang kan semuanya lain-lain
kan? Mana nak sama setiap individu. Dengan cara begini, dalam pemikiran Kak Fa
ni, mudahlah kalau nak kumpulkan ahli keluarga, kenalan rapat mahupun rakan
sekerja untuk beriftar di bawah satu bumbung walau berlainan citarasa.
Haruslah... orang tu ada tak makan ni, tak makan tu. Orang ni ada tak selera
tu, selera ni. Jadi bila semua jenis menu dah cover di Me'nate - tak perlu
risaulah kalau ada yang rasa kurang selesa untuk beriftar di Me'nate Steak Hub
pada bulan Ramadhan nanti. Senang kerja Kak Fa...Ha ha ha...Tak payah
pening-pening dah.
Tapiii... saya tak
nak makan buffet...Saya nak makan specialty Me'nate Steak Hub iaitu stik dan
makanan barat. Sabar jap...Tak payahlah serabut memikirkan takut tak ada. Yang
tak sempat nak ikut serta buffet Ramadhan di Me'nate Steak Hub pun tak payahlah
nak kecewa sangat oiii.... Boleh jer makan lagi... Selepas jam 8.30 malam
Me'nate Steak Hub akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa.
Haaa...makanlah puas-puas oiii... Dah tak payah kalut-kalut ok? Take note ni
tau.
Untuk Ramadhan
2019, secara rasminya Me'nate telah melantik dua selebriti terkenal iaitu Elly
Mazlein yang lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom dan juga Shuk Raja Lawak
sebagai IKON ME'NATE di dalam membantu mempromosikan PAKEJ BUFFET RAMADHAN dan
FAMILY PLATTER Me'nate Steak Hub.
Bukan untuk
individu persendirian sahaja, Me'nate juga mengalu-alukan para syarikat atau
badan-badan korporat yang ingin bekerjasama dengan pihak Me'nate untuk
menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me'nate
sebagai contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim, rumah orang tua
dan sebagainya. Note that diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang
berminat untuk menganjurkan majlis berbuka puasa seumpama ini.
Tentang harga -
janganlah kerut dahi sangat memikirkannya kerana pakej buffet Ramadhan di
Me'nate Steak Hub tak adalah sampai beratus-ratus RM sekepala ya? Harga yang
ditawarkan untuk pakej buffet Ramadhan di Me'nate Steak Hub pada Kak Fa
berbaloi iaitu RM 79.90 untuk dewasa dan
RM 39.90 untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah - FREE
OF CHARGE. Ambil note ni...He he he... Kot-kot nanti terlupa pula kan?
Me'nate ada banyak
cawangan dah sekarang. Bukan setempat dua jer. Untuk tahun 2019 ni, cawangan
Me'nate terdapat di Setapak, Bangi, Shah
Alam, Ampang dan satu cawangan baru di Johor Bahru. Orang Johor Bahru tak
perlu datang Kuala Lumpur, Selangor semata nak merasa masakan Me'nate. Dah
boleh pergi ke cawangan di Johor tu dah. Hidangan sama jer dengan semua
cawangan. Tak ada bezanya dan di setiap cawangan disediakan surau yang selesa
untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat.
Terimakasih telah membaca artikel Pakej Ramadhan Me'nate Steak Hub 2019. Jangan lupa share ya
Share
2 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Hi, lama tak dtg sini...
ReplyDeleteLama sy tak g buffet ramadhan sejak anak ramai ni.. Hihi.
uih...sedapnya.. nak ke buffet ramadhan ni, kena plan awal² ... at least kalau booking awal, dapatlah jugak harga early bird kan
ReplyDelete