Kebarangkalian tu
memang tinggi tidak mungkin. Akan tetapi - seandainya... seandainya Allah nak
bagi rezeki adik pada Iman Firash memang tak lah nak bersalin di AVISENA...
tolong baca sebelum menyesal! Terutamanya buat pasangan pengantin baru serta
bakal-bakal ibu ayah. Jangan nanti bila berlaku baru menyesal ya? Pastikan kita
ni sebagai pesakit dan pelanggan membuat pilihan yang betul untuk diri sendiri
serta anak yang bakal dilahirkan.
Kenapa memilih
untuk bersalin di AVISENA? Sedangkan kini, kita kini mempunyai pilihan yang
lebih baik berbanding AVISENA? Mana tu?
Pasangan pengantin baru, bakal ibu ayah baru dan
lama - kalau isteri-isteri sedang berbadan dua ataupun isteri-isteri bakal
melahirkan bayi - rajin-rajinkan diri ambil tahu tentang AVISENA Women's &
Children Specialist Hospital (AWCSH). Ini sememangnya jauh lebih baik dari
mana-mana hospital bersalin di Selangor. Bakal menjadi hospital pakar wanita
dan kanak-kanak yang terbaik di Shah Alam bahkan Malaysia.
AWCSH adalah merupakan hospital swasta pertama
di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan dan rawatan premier
untuk wanita serta kanak-kanak, di mana AWCSH adalah berkonsepkan butik
eksklusif 19 tingkat yang terdiri daripada 130 buah katil, 3 OT, 3 ICU, 4 NICU,
9 HDU dan 5 buah katil penjagaan harian. Sama ada untuk urusan kelahiran bayi,
khidmat ginekologi, kesihatan wanita, penjagaan pediatrik ataupun perkhidmatan
khusus - semua boleh dilakukan di AWCSH. Lengkap segalanya.
Untuk lebih
khusus, perkhidmatan AWCSH adalah seperti yang Kak Fa sediakan di bawah
berikut:
Perkhidmatan Pediatrik
Merangkumi
rawatan kecemasan, umum, penjagaan rapi, neonatologi, kardiologi, pergigian,
surgeri, ENT, dermatologi dan ortopedik.
Pusat Perkembangan Kanak-Kanak
Pusat
sehenti yang menyediakan khidmat penilaian "interdisciplinary" yang
komprehensif dan intervensi untuk kanak-kanak berkeperluan khas iaitu
perkhidmatan pakar perkembangan kanak-kanak, audiologi, terapi pertuturan,
"occupational therapist", psikologi klinikal, diet, "play
therapist", terapi berkumpulan dan "snoezelen"/bilik sensori.
Perkhidmatan Wanita
Merangkumi
kelahiran, "general obstetric & gynaecology", kanser ginekologi,
ginekologi kanak-kanak serta remaja, "maternal fetal medicine",
klinik menopaus, uroginekologi, kesihatan wanita, rawatan psikologi dan pusat
sehenti kesuburan.
Perkhidmatan Plastik Dan Estetik
Merangkumi
prosedur pembedahan plastik kecemasan seperti "facial fracture" serta
terbakar, prosedur pembedahan plastik elektif seperti "congenital paeds
problem" serta "burn reconstruction", estetik seperti suntikan
botoks, "fillers", PRP, implan, "liposuction", bibir
sumbing dan "palate repair", klinik parut, "hair restoration
clinic" dan transplant rambut.
Kadar Harga Bilik Di AWCSH
Kadar harga bilik di AWCSH yang berkonsepkan Miami Valley adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
Semua bilik di
AWCSH dilengkapi dengan televisyen LED 4K, peti sejuk mini, perkhidmatan menu
berpantang, kanak-kanak dan bayi, bilik solat, perkhidmatan
"concierge", parkir valet dan terdapat lebih dari 550 lot parking di
AWCSH yang cukup untuk menampung kenderaan yang datang ke AWCSH.
Tidak ketinggalan?
Terdapat pelbagai jenis kedai dan dan restoran yang boleh dijadikan sebagai
pilihan makanan serta minuman bagi para pelanggan AWCSH serta para pelawat.
Pendek kata, memang heaven lah!
Bukan setakat
menarik tetapi memudahkan! Terdapat banyak pilihan panel insurans untuk para
pelanggan AWCSH seperti AIA, AIA Public Takaful, Allianz, Etiqa, MPI dan juga
Prudential BSN Takaful, termasuklah Third Party Administrator (TPA) yang
tersenarai.
Macam yang Kak Fa katakan tadi -
kalaulah...kalaulah diberikan rezeki adik buat Iman Firash... Memang Kak Fa
nekad nak bersalin di AWCSH jer... Ha ha ha... Memang keselesaan tu Kak Fa
boleh bayangkan dah. Apatah lagi servis dari pihak AWCSH kan? Semestinya servis
kelas pertama lah! Kenapa perlu pergi ke hospital lain jika dah ada AWCSH kan?
Rugilah sesiapa yang tak pilih AWCSH. Serius... Ini bukan biashe-biashe
oiii.... Dari sudut psikologi pun dengan keselesaan dan kemudahan yang terdapat
di AWCSH - orang yang sakit boleh lupa sakit - silap-silap haribulan boleh
sembuh lebih cepat dari biasa. Ha ha ha... Betul tak? Yang datang melawat pun
selesa jer... Tak rasa seperti terlalu feeling hospital sangat. Dari mata Kak
Fa... AVISENA telah mengangkat martabat hospital di Malaysia ke satu tahap yang
lebih membanggakan.
Makanya? Para
pengantin baru, bakal mak ayah baru serta lama dan para wanita... Mula ambil
tahu mengenai AWCSH bermula dari hari ni - bersedia dari awal dan kenali AWCSH
lebih dekat. Apa yang boleh AWCSH tawarkan kepada anda dan kenapa Kak Fa
syorkan AWCSH sebagai pilihan buat anda? Perhaps...Mungkin anda boleh bermula
dengan melayari:
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.