Masuk Bengkel Inspi Raya Warna Raya NIPPON PAINT Dengan Ben Firdaus Semata Nak Mengecat Ruang Tamu Raya Ni!

Farah Waheda Wahid
0

Lebih kurang tolak campur bahagi darab, 10 hari menuju ke Ramadhan 2019. Kisahnya tahun 2019 ni, sibuk berangan nak ada feature wall di ruang tamu sempena Raya. Tapi... Ha ha ha... Tak ada idea nak cat warna apa dan nak buat feature wall yang macam mana rupa parasnya. Penat juga fikir tentang feature wall ni, sampaikan rasanya tak larat dah nak fikir. Akhirnya masuk Bengkel Inspi Raya Warna Raya oleh NIPPON PAINT dengan Ben Firdaus semata nak mengecat ruang tamu Raya ni! Kelas tak Kak Fa? Nak cat satu sudut jer dekat ruang tamu, tapi sampai masuk bengkel yang dikendalikan oleh interior designer, Ben Firdaus. Ha ha ha...Haruslah... Takkan orang jer yang nak letops... Rumah pun kena letops juga. 

Tak rugi kot? Banyak ilmu yang Kak Fa dapat dari Bengkel Inspi Raya Warna Raya oleh NIPPON PAINT dengan Ben Firdaus baru-baru ni. Kak Fa kenal jenis-jenis cat, jenis-jenis berus cat, teknik mengecat dan langkah demi langkah penghasilan feature wall. Kalau harapkan Kak Fa mengecat buta saja, rasanya memang Kak Fa tak terfikirlah nak jadi kreatif mengolah cat untuk feature wall. Memang kalau Kak Fa cat tanpa belajar dari bengkel ni, satu warna jer. Feature wall pun tak jadi. Ha ha ha.


Psssttt... Kak Fa belajar apa di bengkel Inspi Raya Warna Raya oleh NIPPON PAINT dengan Ben Firdaus? Tak nak kongsi ke? Ishhh...ada pula tak nak kongsi...Ni nak kongsilah ni. Jap eh...Kak Fa susun cerita satu-satu.

Inovasi Cat Oleh NIPPON PAINT

Sekarang bukan macam dulu-dulu. Sekarang ni dah macam-macam jenis cat yang ada. Kalau dulu-dulu, kebanyakan cat sama jer lebih kurang semuanya. Dengan adanya inovasi cat oleh NIPPON PAINT - pelbagai jenis cat yang telah dikeluarkan serta dipasarkan oleh NIPPON PAINT mengikut kesesuaian gaya hidup end user. Contohnya:

NIPPON PAINT EasyWash


EasyWash adalah cat emulsi akrilik tahan lama yang tidak mengandungi plumbum dan merkuri yang memberikan hasil matt klasik yang halus serta sempurna untuk dinding dalaman di mana ianya adalah merupakan sejenis cat yang mudah untuk disapu dan menghasilkan sapuan yang sekata. Nippon Paint Easy Wash cepat kering, mesra alam, tidak berbau dan mudah untuk dibersihkan. Diformulasikan dengan ciri rendah VOC serta bebas Alkyd Phenol Ethoxylate.

NIPPON PAINT Momento Enhancer Series (Snow Frost)


NIPPON PAINT Momento Enhancer Series (Snow Frost) ini mampu menaikkan seri warna dinding kepada dinding yang bersinar salji, emas atau mutiara. Momento Frost diformulasikan dengan rendah VOC, tidak mengandungi plumbum atau merkuri dan bebas formalheid. Aplikasi mudah menjadikan dinding berkilat cantik, mampu menyembunyikan ketidaksamaan permukaan dinding, tidak berbau cat yang kuat serta mesra alam sekitar.

Sebenarnya - kedua-dua jenis cat dari NIPPON PAINT ini adalah cat-cat yang Kak Fa dah pilih untuk feature wall di ruang tamu Kak Fa nanti.

Kreativiti Yang Mampu Dihasilkan Dengan NIPPON PAINT



Macam-macam yang boleh kita hasilkan dengan NIPPON PAINT ni sebenarnya. Dari karya yang paling ringkas sehingga karya yang mewah. Semuanya terpulang kepada citarasa serta kehendak masing-masing. Sepertimana paparan gambar di atas, ianya adalah kreativiti cat dinding yang dihasilkan dengan NIPPON PAINT. 


Bila Kak Fa tengok - Kak Fa jadi teruja dan jadi tak sabar nak cat feature wall di ruang tamu rumah tu ha.... Ha ha ha... 

Praktikal Mengecat Feature Wall Dengan NIPPON PAINT




Ingatkan susah... Rupanya tak...senang jer sebenarnya... Bermula dengan penggunaan Nippon Paint Washi Tape pada dinding - itu langkah permulaan kembara mengecat bersama NIPPON PAINT. Ihiksss... Ikutlah nak corak yang macam mana masing-masing kan? Ikut kreativiti masing-masing ok?


Langkah kedua, setelah selesai melekatkan NIPPON PAINT Washi Tape pada dinding, kerja cat mengecat dinding sudah pun boleh dimulakan. Cat lapisan pertama pada keseluruhan dinding seperti paparan gambar Kak Fa di atas. Biarkan kering selama beberapa minit. Dengan NIPPON PAINT, cat pantas kering. Tak makan masa lama pun. Beberapa minit jer. Bila dah kering lapisan pertama, boleh mulakan dengan lapisan kedua pula supaya nampak solid (tak nampak permukaan putih dinding). Biarkan kering seketika. 


Langkah seterusnya? Masa untuk menggunakan NIPPON PAINT Momento Enhancer Series (Snow Frost). Ben pesan pada semua yang attend bengkel - jangan ingat yang Momento Enhancer tu cat rosak bila dibuka. Ihiksss...Memang ianya akan kelihatan seperti muntah kanak-kanak tetapi ia akan menjadi cantik berkilat selepas kering. Ada teknik untuk aplikasi Momento Enhancer pada dinding. Pastikan sewaktu mengecat dengan menggunakan Momento Enhancer cat dinding asas telah benar-benar kering dan sapuan Momento Enhancer pada dinding adalah pada posisi 45 darjah. Ingat ni tau Kak Fa share ni. Selesai sapuan pada kawasan dinding yang dikehendaki? Biarkan kering betul-betul ya? 


Langkah terakhir apabila Momento Enhancer telah betul-betul kering -bolehlah tanggalkan Nippon Paint Washi Tape pada dinding anda. Dan tadaaaa...Lihatlah hasil keras tangan Kak Fa! Cantik tak? Sila cakap cantik! Kalau cakap tak cantik...Kak Fa tak nak kawan. Ha ha ha... Bayangkan Kak Fa yang keras tangan ni pun hasilkan sesuatu yang nampak cantik (bolehlah kan pada pandangan mata Kak Fa ni kan) apatahlah lagi anda yang sememangnya berseni dekat luar tu kan? kan? kan?





Rasa seronok ok bila dah selesai! Lepas tu tengok pula hasil feature wall kawan-kawan lain di dalam bengkel yang sama yang pelbagai warna serta cantik-cantik - memang pengalaman yang mengujakanlah. Ini baru bengkel tau. Praktikal jer baru. Yang sebenar? Tunggu nanti Kak Fa kongsikan di dalam entri akan datang - proses serta hasil feature wall Kak Fa dengan menggunakan NIPPON PAINT.

Untuk Lebih Inspi Raya Warna Raya Dengan NIPPON PAINT:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !