Kak Fa Hanya Perlukan KISS mineral Premium Setting Powder Dan Premium Mineral Foundation Untuk Kulit Flawless, Glowing Dan Sihat!

Farah Waheda Wahid
0

Kata kuncinya - tidak perlu acah-acah! Be the real you... Selepas khatam entri Kak Fa ni, semua orang boleh tolak tepi aplikasi 360 dan adik-beradik 360 dari telefon pintar masing-masing dan semua orang boleh mempunyai kulit yang kelihatan flawless, glowing dan sihat. Penemuan dan hasil ujikaji ke atas diri Kak Fa sendiri bermula dari 11 April 2019, now I am certain that Kak Fa hanya perlukan KISS mineral Premium Setting Powder dan Premium Mineral Foundation untuk kulit flawless, glowing dan sihat! Mula-mula tu memang Kak Fa skeptical sedikit dan fikir yang ini adalah satu lagi produk kosmetik seperti yang lain-lain di pasaran semasa. Bergantung kepada kesesuaian Kak Fa lah kan?  Kak Fa salah! Ini bukan biasa-biasa ok?



Ada yang pernah menjadi pengguna produk KISS mineral? Ataupun sebenarnya memang tak pernah dengar produk kosmetik berjenama KISS mineral? Tak pernah ek? Tak apa...Kak Fa faham sangat, sebabnya memang KISS mineral ni tak ada dijual di butik Sephora mahupun butik-butik kosmetik yang lain walaupun telah 12 tahun berada di pasaran. KISS mineral ni banyaknya duduk di pusat perubatan jer untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, breakout dan lain-lain. Asalnya dari Australia dan founders KISS mineral adalah pakar di dalam perubatan astetik. Kak Fa pun baru jer kenal dan baru jer jatuh tergolek-golek suka dengan KISS mineral Premium Setting Powder dan Premium Mineral Foundation.


Bukan biasa-biasa macam mana tu Kak Fa? Jomlah kita jadi pengguna produk kosmetik yang berilmu pengetahuan ya?

Dalam pasaran terdapat tiga (3) jenis produk solekan iaitu:


Solekan Konvensional (Conventional Makeup)

  • Mungkin cuma mengandungi mineral sebenar di dalam amaun yang sangat sedikit.
  • Mungkin mengandungi "heavy metals".
  • Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan kimia yang memudaratkan.
  • Menggunakan pewarna sintetik dan juga pewangi.
  • Kebanyakan produk solekan adalah bukan "cruelty-free" atau "vegan-friendly".

Solekan Mineral Dan Natural (Natural and Mineral Makeup)

  • Kata jer 100% mineral atau 100% mineral natural tetapi hakikatnya mungkin cuma mengandungi 20% sehingga 40% mineral. Yang lain-lain cuma "fillers" jer.
  • Bercampur dengan bahan sintetik lain yang masih boleh memudaratkan.

Solekan 100% Mineral Asli (100% Pure Mineral Makeup)

  • Mengandungi 100% mineral asli dan natural.
  • Semuanya asli dan "vegan-friendly".
  • Tidak diuji ke atas haiwan - "cruelty free"
  • Tiada "fillers" dan bahan sintetik.
  • Hanya 100% dari bahan mineral asli. 


KISS mineral jatuh di dalam kategori 100% mineral asli (100% pure mineral makeup) di mana di dalam Premium Setting Powder dan Premium Mineral Foundation tiada ”heavy metals", tiada petroleum, tiada toksin, tiada gluten, tiada parabens dan juga tiada pewarna sintetik. Selain itu, KISS mineral adalah bebas kimia, "non-comedogenic", direkomendasi oleh pakar perubatan, natural, "vegan-friendly", "cruelty-free", 100% dari mineral asli dan semulajadi yang melindungi kulit dari cahaya matahari serta memberikan kesan ketenangan kepada kulit di mana ia juga memberikan impak flawless serta wajah kelihatan hebat sepanjang hari.

Belajar atau didik diri rajin membaca label sebelum membeli produk kosmetik/solekan. Jangan kejam sangat pada kulit sendiri? Baca label untuk pastikan yang bahan-bahan yang digunakan adalah selamat untuk digunakan. Ya, kita tak akan faham semuanya...tapi boleh tak kalau Kak Fa suggest kalau mulai hari ni cuba banyak membaca artikel mengenai produk solekan atau kosmetik? Baca mengenai bahan-bahan, kenal bahan-bahan dan ambil tahu kesan jangka pendek mahupun panjang. Kadang-kadang kita tak nampak sekarang... lama-kelamaan baru kita rasa kesan. 


Bila dah celik ilmu sedikit tentang produk solekan atau kosmetik ni - sekarang Kak Fa lebih selesa menjadikan KISS mineral Premium Setting Powder dan Premium Mineral Foundation sebagai satu rutin wajib harian Kak Fa. Lagipun tak complicated dan remeh. Hasilnya pula memang super awesome. Sampaikan ada yang tegur Kak Fa ok? They noticed yang sekarang ni solekan Kak Fa nampak lain dah. Lain macam mana? Ha ha ha... Nampak flawless, glowing dan cantik! Awwww...that's so sweet...Ni yang Kak Fa bertambah-tambah sayang dengan KISS mineral Premium Setting Powder dan Premium Mineral Foundation ni.


Rutin solekan Kak Fa sekarang wajib gunakan KISS mineral Premium Setting Powder terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan Premium Mineral Foundation dan akhir sekali diikuti dengan Premium Setting Powder kembali. Personal review ya? Anda tak akan rasa solekan anda tebal berpinggan-pinggan di muka. Anda rasa ringan jer di muka. Sapuan sangat sekata, nampak macam halus jer kulit tu. Sambil-sambil naik seri bila muka kelihatan flawless dan glowing secara semulajadi. See? Tak perlukan aplikasi 360 dan kawan-kawannya tu kan? What I need are just KISS mineral!


Best part - KISS mineral Premium Setting Powder dan juga Premium Mineral Foundation ni tak perlu pakai banyak-banyak. Sikit jer dah cukup untuk melitupi keseluruhan wajah. The amount that you need for the whole face is a follows:


Jimatlah tersangat ok? Satu packaging 2g tu kalau betul-betul jimat boleh bertahan sehingga tempoh masa 3 bulan. Harga pun sangat mampu milik.

KISS mineral Premium Setting Powder
RM 98.00 untuk 2g
RM 178.00 untuk 5g

KISS mineral Premium Mineral Foundation
(pilihan warna mengikut kesesuaian kulit: natural blonde, turn the beige, moroccan sand, creamy chocolate dan sweet honey)

RM 98.00 untuk 2g
RM 178.00 untuk 5g

Macam Kak Fa, Kak Fa gunakan KISS mineral Premium Mineral Foundation - moroccan sand. Kelihatan lebih natural dan tak nampak terlalu cerah. Memang kena sangat dengan warna kulit Kak Fa. Kak Fa suka tekstur yang ringan setelah Kak Fa pakai KISS mineral Premium Mineral Foundation. Added value ianya bersifat water resistant seperti video yang Kak Fa paparkan di bawah:



Nak beli dekat mana Kak Fa? Kak Fa suka kalau ada yang semangat nak mencuba dan beralih kepada KISS mineral. Kalau anda berminat boleh layari Laman Web KISS mineral dan kemudiannya boleh dapatkan 10% diskaun dengan mengunakan kod Kak Fa iaitu kakfa10

Untuk update terkini dari KISS mineral - anda boleh mengikuti Laman FB KISS Mineral

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !