Jenis-Jenis KEGUGURAN Yang Perlu Wanita Berkahwin Ambil Tahu!

Farah Waheda Wahid
0
JENIS-JENIS KEGUGURAN YANG PERLU WANITA BERKAHWIN AMBIL TAHU!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Hampir 6 tahun dah pegang title seorang ibu… Sekalipun tak pernah nak ambil tahu dalam-dalam dan equip diri dengan knowledge about miscarriage. Bila sekarang ni, barulah terfikir nak belajar tentang miscarriage. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Maybe sebab Kak Fa dah ada satu mindset that due to my complication, I only get pregnant and giving birth once in my lifetime. Mungkin sebab tulah Kak Fa tak ambil pusing sangat ilmu tentang miscarriage ni. After all, mungkin jugalah mentaliti Kak Fa ni terfikir, bukan nak kena jawab soalan peperiksaan pun sampai nak kena study dan faham tentang miscarriage ni. Dang! Jangan ikut perangai dan sikap Kak Fa ni… It’s good for all married woman dan lebih baik kalau para suami pun turut sama-sama belajar mengenal keguguran. Sebabnya, kita takkan tahu apa yang bakal terjadi dan akan terjadi di masa akan datang ya tak? So read on…jenis-jenis keguguran yang perlu wanita berkahwin ambil tahu! At least you are equip with this knowledge ok?

This knowledge yang Kak Fa share doesn’t purely came from me. Kak Fa pun dapatkan dari sumber juga. Menurut sumber di SINI, jenis-jenis keguguran adalah:

Keguguran Terancam (Threatened Miscarriage)

Pesakit akan mengalami pendarahan tetapi pangkal rahim masih tertutup. Separuh daripada pesakit yang mengalami keguguran terancam akan dapat meneruskan kandungan sehingga cukup bulan tanpa kemudaratan pada janin. Biasanya, keadaan janin akan sihat. Ibu yang mengandung perlu berehat sehingga pendarahan atau sakit berhenti. Elak melakukan senaman dan hubungan seks dalam tempoh ini. Walaupun langkah ini tidak terbukti dapat mengurangkan risiko keguguran tetapi boleh memberi keselesaan dan kelegaan kepada ibu mengandung. Mungkin juga ibu yang mengandung dalam situasi ini akan dibekalkan hormon untuk menguatkan rahim.

Keguguran Tidak Dapat Dielak (Inevitable Miscarriage)

Ibu yang mengandung mula mengalami pendarahan dan rasa sakit. Pangkal rahim mula membuka dan apabila situasi ini berlaku kemungkinan besar kandungan gugur terus. Sakit ini berpunca daripada rahim mengeras untuk mengeluarkan janin dan uri.

Keguguran Lengkap (Complete Miscarriage)

Keguguran seperti ini berlaku apabila kesemua kandungan telah keluar dari rahim secara sedar. Keguguran biasanya berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang dan doktor akan melakukan pemeriksaan pintu pangkal rahim sama ada masih ada sebahagian janin yang tertinggal di dalam rahim.

Keguguran Tidak Lengkap (Incomplete Miscarriage)

Janin dan uri telah gugur keluar tetapi masih ada sebahagian daripada janin dan uri masih tertinggal di dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

Missed Abortion

Embrio gagal untuk berkembang dan telah mati tetapi masih kekal dalam rahim. Tanda mengandung tiba-tiba hilang seperti loya dan tegang payudara. Selalunya tiada darah berlaku atau hanya sedikit pendarahan. Pesakit mungkin tidak ada tanda dan hanya menyedari semasa menjalankan ujian ultrasound.

Recurrent Miscarriage

Jika berlaku tiga keguguran berturut-turut.

Keguguran Septik (Septic Miscarriage)

Ibu mengandung yang dijangkiti kuman dan mengakibatkan infeksi pada rahim. Simptom termasuk demam panas, menggigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendir dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning).

That was what listed from the source. But ada lagi satu, yang Kak Fa sendiri baru jer tahu. Tak sedar hamil, tak sedar gugur. Ada sesiapa yang pernah mengalami situasi atau pengalaman sebegini? Keguguran di awal kehamilan yang kita tak tau pun kita hamil dan kita sangkakan kita datang bulan. Ha macam tulah maksud Kak Fa. Ada sesiapa yang pernah mengalami tak? Sewaktu kita sangkakan yang kita datang bulan tu, kita sangkakan darah yang keluar seperti ketulan darah beku tu adalah darah kotor yang keluar berketul-ketul tetapi sebenarnya ia adalah janin atau dipanggil “product of conception”.

Menurut Dr. Zubaidi dari sumber di SINI, ia diterangkan secara jelas di dalam penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati”  (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”

Pada peringkat “segumpal darah” ini, amat sensitif dan mudah mengalami keguguran tanpa disedari oleh wanita. Dalam bahasa perubatan ia dikenali sebagai missed miscarriage atau silent miscarriage dan boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Kira kehamilan tak jadi lah senang cerita. If this ever happen, better consult O&G dan check betul-betul sama ada dah bersih atau tak bersih. If not, better cucilah kan?

It was said that hampir 80% jumlah keguguran berlaku dalam tiga bulan pertama kandungan. Makanya... jangan nak acah-acah lasak dan kebal sangat bila diri dah sah berbadan dua ya? Walaupun memang lasak dan kebal... Selagi boleh jaga, jagalah... Yang pernah melalui tahu bagaimana pedihnya moment keguguran itu. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !