Ini Bukan Dengki Ya? Panggung Wayang Bukan Tempat Anak Di Bawah 2 Tahun!

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kak Fa kolot dan ortodoks sebab tak pernah bawa Firash ke panggung wayang? Ya ke? Tau ke sebab apa Kak Fa tak bawa Firash ke sana? Hurmmm...Kak Fa tak ada masalah apa-apa pun kalau ada mak ayah yang suka bawa anak-anak ke panggung wayang di luar sana. Hak masing-masing, anak masing-masing. Masing-masing tahu apa yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Cuma... ini bukan dengki ya? Panggung wayang bukan tempat anak di bawah 2 tahun! Itu pandangan Kak Fa dan juga sesetengah pihak. Tak setuju tak apa - cuma berkongsi sahaja.

Mungkin zaman sekarang ni bawa anak-anak kecil ke panggung wayang adalah satu trend semasa yang popular di kalangan ibu bapa tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada anak-anak kecil. Menerusi artikel di SINI dan juga laman Facebook BabyLanguage, artikel-artikel ini telah mendedahkan risiko jika membawa anak kecil yang berusia di bawah 2 tahun ke panggung wayang.

Mak ayah merujuk kepada yang gemar membawa anak kecil yang berusia di bawah 2 tahun ke panggung wayang - anda sedar ke? atau tak sedar? atau sememangnya anda tidak tahu mengenai perkara ini? Membawa anak kecil di bawah usia 2 tahun ke panggung wayang adalah merbahaya!

Menurut sumber, screenshot pertama di bawah adalah balasan mesej dari pihak GSC Malaysia kepada penulis artikel asal sendiri.

Kredit: Sumber dari SINI


Dan dua screenshot di bawah yang berikutnya adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.

Kredit: Sumber dari SINI

Kredit: Sumber dari SINI


Kedua-dua screenshot di atas mengesahkan hal yang sama iaitu panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.

Faktanya?

Pendedahan lama (anggaran lebih 2 jam - 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko kepada pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak-anak kecil kan? Sumber dari hearinglosthelp.com.

Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Wohooo...sangatlah banyak tingginya dari itu.

Then...akan ada statement... "Saya biasa jer bawa baby pergi panggung wayang. Ok jer? Tak ada apa pun?" ...Persoalannya, menonton wayang ini aktiviti dambaan siapa? Ibu bapa atau anak-anak kecil?

Looking back at it, tidak ada manfaat tertentu aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, outdoor nature theme park, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberikan anak peluang menggunakan keseluruhan deria mereka untuk berada di dalam situasi itu, ya...Ini aktiviti yang berhak mereka dapat.

Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.  Kalau betul-betul kepingin nak menonton wayang, tinggalkan anak kecil buat sementara waktu kepada penjaga yang boleh dipercayai. Ini lebih baik dan selesa buat diri kita sendiri dan juga kepada orang lain juga. Betul tak?

Tak kata pun salah - kalau ada mak ayah yang masih berpendapat ini bukanlah satu masalah yang besar dan orang seperti Kak Fa cuba meremehkan perkara seperti ini. Itu terpulang. Hak masing-masing. Tugas Kak Fa cuba menyampaikan dan berkongsi ilmu keibubapaan kepada umum. Setiap ilmu baru dan setiap cerita baru yang mungkin bermanfaat, In Shaa Allah Kak Fa akan berkongsi. Namun, amalan atau praktikal itu terpulang kepada mak ayah sendiri masing-masing. Setiap ibu bapa tahu dan mahukan apa yang terbaik buat anak-anak masing-masing. Betul?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kita yang tua ni pun bingit telinga duk dalam tu. Inikan plak baby, kesian telinga diaorang.

    ReplyDelete
  2. Setuju..memang tak patut bawa anak kecil ke panggung wayang.tapi masih Ada juga yg bawa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !