![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Kak
Fa kolot dan ortodoks sebab tak pernah bawa Firash ke panggung wayang? Ya ke?
Tau ke sebab apa Kak Fa tak bawa Firash ke sana? Hurmmm...Kak Fa tak ada
masalah apa-apa pun kalau ada mak ayah yang suka bawa anak-anak ke panggung
wayang di luar sana. Hak masing-masing, anak masing-masing. Masing-masing tahu
apa yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Cuma... ini bukan dengki ya?
Panggung wayang bukan tempat anak di bawah 2 tahun! Itu pandangan Kak Fa dan
juga sesetengah pihak. Tak setuju tak apa - cuma berkongsi sahaja.
Mungkin
zaman sekarang ni bawa anak-anak kecil ke panggung wayang adalah satu trend
semasa yang popular di kalangan ibu bapa tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku
kepada anak-anak kecil. Menerusi artikel di SINI
dan juga laman Facebook BabyLanguage, artikel-artikel ini telah mendedahkan risiko jika membawa anak kecil yang berusia di bawah 2 tahun ke
panggung wayang.
Mak
ayah merujuk kepada yang gemar membawa anak kecil yang berusia di bawah 2 tahun
ke panggung wayang - anda sedar ke? atau tak sedar? atau sememangnya anda tidak
tahu mengenai perkara ini? Membawa anak kecil di bawah usia 2 tahun ke panggung
wayang adalah merbahaya!
Menurut
sumber, screenshot pertama di bawah adalah balasan mesej dari pihak GSC Malaysia
kepada penulis artikel asal sendiri.
Kredit: Sumber dari SINI |
Dan
dua screenshot di bawah yang berikutnya adalah pengakuan pekerja panggung
wayang luar negara.
Kredit: Sumber dari SINI |
Kredit: Sumber dari SINI |
Kedua-dua
screenshot di atas mengesahkan hal yang sama iaitu panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya?
Pendedahan lama (anggaran lebih 2 jam - 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko kepada pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak-anak kecil kan? Sumber dari hearinglosthelp.com.
Untuk
rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db
dan gergaji elektrik ialah 110db. Wohooo...sangatlah banyak tingginya dari itu.
Then...akan
ada statement... "Saya biasa jer bawa baby pergi panggung wayang. Ok jer?
Tak ada apa pun?" ...Persoalannya, menonton wayang ini aktiviti dambaan
siapa? Ibu bapa atau anak-anak kecil?
Looking
back at it, tidak ada manfaat tertentu aktiviti menonton wayang kepada anak
kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka.
Taman permainan, taman rekreasi, outdoor nature theme park, pantai, gym
kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberikan anak peluang menggunakan
keseluruhan deria mereka untuk berada di dalam situasi itu, ya...Ini aktiviti
yang berhak mereka dapat.
Duduk
menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa. Kalau betul-betul kepingin nak menonton
wayang, tinggalkan anak kecil buat sementara waktu kepada penjaga yang boleh
dipercayai. Ini lebih baik dan selesa buat diri kita sendiri dan juga kepada
orang lain juga. Betul tak?
Tak
kata pun salah - kalau ada mak ayah yang masih berpendapat ini bukanlah satu
masalah yang besar dan orang seperti Kak Fa cuba meremehkan perkara seperti
ini. Itu terpulang. Hak masing-masing. Tugas Kak Fa cuba menyampaikan dan
berkongsi ilmu keibubapaan kepada umum. Setiap ilmu baru dan setiap cerita baru
yang mungkin bermanfaat, In Shaa Allah Kak Fa akan berkongsi. Namun, amalan
atau praktikal itu terpulang kepada mak ayah sendiri masing-masing. Setiap ibu
bapa tahu dan mahukan apa yang terbaik buat anak-anak masing-masing. Betul?
kita yang tua ni pun bingit telinga duk dalam tu. Inikan plak baby, kesian telinga diaorang.
ReplyDeleteSetuju..memang tak patut bawa anak kecil ke panggung wayang.tapi masih Ada juga yg bawa.
ReplyDelete