Dia rasa sedikit
terganggu dan dia rasa sedikit pelik - air muka dia menunjukkan macam tu. Even
you tak suka - Mommy tetap akan buat macam ni! Honeymoon year is slowly passing
by... Semakin membesar secara perlahan-lahan rentak didikan akan berubah. Bukan
sekali rentap. Baby years dah over for quite sometimes, toddler years pun dah
over for quite sometimes. Soon preschooler years pula yang akan berakhir. Tak
lama pun...sekejapan jer masa tu akan sampai dan seterusnya selepas ni akan
masuk ke children years pula. Haruslah berubah rentak didikan ya tak?
He is manja. I am
a Mommy yang memang sayang terlampau dan memang suka manjakan dia - tapi tak
sampai peringkat melampau atau terlampau. Melampau atau terlampau itu akan
memudaratkan both parties. Mahupun dia, mahupun Kak Fa. Not healthy! Well -
even you tak suka Iman Firash, Mommy tetap hati kering akan buat macam ni!
Biarkan Firash Selesaikan Masalah Sendiri
Zaman semua nak
tolong, semua nak bantu near to end dah... Barang permainan hilang tak tau
celah mana? Cari sendiri! Siapa suruh tak simpan elok-elok? Siapa suruh
bersepah-sepah? Ada homework? Kena siapkan - Mommy akan duduk sebelah tengok -
satu dua boleh tolong sikit-sikit tapi selebihnya siapkan sendiri. Tak siap?
Tanggung sendiri kalau kena denda dengan Teacher dekat school.
Bukan nak lepas
tangan or tend untuk tidak mempedulikan Firash. Belajar! Belajar bertanggungjawab atas kesilapan sendiri. Biar bukan simply
biar macam tu jer... Dalam kepala ni tetap ligat berfikir tentang strategi
supaya tidak akan berulang atau berlaku lagi untuk kali yang lain. Well...Mommy
tak boleh betulkan semua kesilapan Firash setiap kali. Kena berani berdepan dengan kesalahan dan belajar perbaiki kesilapan
itu sendiri.
Saying No Pada Sesetengah Permintaan Firash
Rasa dalam diri
Kak Fa ni, jujur cakap memang tak best dan serba tak kena bila terpaksa say no
pada sesetengah permintaan Firash. Tapi nak buat macam mana? I set the rules
and I have to be consistent. Kalau tak, tak gunalah ada rules kan? Macam
sekarang ni lah...ha ha ha...Dah masuk 3 minggu dia dok pusing-pusing minta
Mommy belikan LEGO yang dia berkenan. Selepas LEGO Airport ada lagi permintaan.
Tapi... Mommy buat kering jer. Memang kering betul Mommy. Nak marah, marahlah.
Nak mengamuk, mengamuklah.
Faham sangat nak
luahkan perasaan marah tu, tapi tak apa kita sama-sama belajar untuk mengawal emosi itu ya? Kalau anak orang
lain ada PlayStation, biarlah dengan PlayStation mereka. Selagi Kak Fa rasa
it's not the suitable age, it's not the suitable time - Kak Fa tetap dengan
pendirian Kak Fa.
Kalau Nak Something Kena Kerja Dulu!
There's no easy
way. Sorry! Bukan Mommy tak boleh usaha untuk dapatkan. For as you know, boleh
jer Mommy usaha untuk dapatkan. Mommy ni...kalau possible bulan dengan bintang
tu nak gapai bagi kat Firash, Mommy buat dah ok? Haaa...tengok? Tahap sayang
yang macam mana lagi Mommy nak explain kat Iyash? Ihiksss... Dah besar... Tak
senang-senang Iyash boleh dapat apa yang Iyash nak. Kalau nak something kena
kerja dulu! Starting with bersyarat dulu.
Soon... nak permainan
baru? Belajar menabung (dalam parenting KPI planning Kak Fa). Kalau nak duit
lebih, tolong Mommy buat apa-apa yang Mommy suruh. Work for it.
Bukan kedekut,
tetapi penting untuk ajar Iyash satisfaction dan bersyukur dengan barang yang
sedia ada berbanding barang yang baru. However, Mommy still think that sesekali
tak salah juga kalau Mommy saja nak reward dia. Slowly ok? We will get there.
Biarkan Firash Rasa Bosan!
Mommy... I am
bored...Ha ha ha...Dialog yang memang Kak Fa dah hafal dah. Ada waktu-waktu
memang Kak Fa akui Kak Fa tak dapat nak layan Firash. Well...Memang tugas Kak
Fa untuk rangka aktiviti tetapi
he needs unstructred play juga. Biar jer dia bosan pandang dinding, pandang
siling, termenung dan segala bagai. Kebosanan itu bagus untuk meningkatkan
kreativiti anak. Even research stated that, otak anak kecil perlukan ruang
untuk rasa bosan. Bila bosan, baru keluar imaginasi mereka tu.
Mana mak yang tak
sayangkan anak? It's all about strategy so that anak boleh belajar apa yang cuba
mak-mak ayah-ayah sampaikan. Being a mother, we need to be creative but at the
same time memang kena firm di dalam membesarkan dan mendidik anak. Kejam-kejam
mak ni, bukan sampai nak menjerit macam tarzan tak sedar diri, memukul or
menghina anak. We need the equilibrium so that our babies will turn out to be a
person with positive personalities kan?
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.