![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Siapa yang punya anak comel yang gemar sangat
menconteng dinding tu... Boleh sangatlah membaca entri ini. He he he... Manalah
tahu kot-kot ada yang sangat-sangat memerlukan cara mudah untuk bersihkan
dinding yang diconteng! Kan? Macam yang kita tahu, anak-anak comel yang sedang
membesar ni memang pelbagai ragaman, dari menyepah barang permainan sampai
penuh satu ruang tamu, buat sampah sampailah ke menconteng dinding. Bila
diamat-amati lagi seronok conteng dinding dari conteng kertas ya? Rasa seronok
dan kepuasan tu hanya mereka sahaja yang memahami.
Stres
ke bila melihat hasil artistik anak-anak comel di dinding rumah? Ha ha
ha...Jangan macam tu... Orang kata, anak-anak yang suka menconteng dinding ini,
fikiran mereka lebih kreatif. Sekurang-kurangnya lah... mana-mana ibu bapa akan
melalui fasa anak menconteng dinding ni paling kurang sekali. Kak Fa pun
pernah! Graffiti
pertama Firash pada bulan Mei 2015 dengan menggunakan foundation stick Kak
Fa. Agak payah untuk katakan tak ada rekod conteng dinding bila beranak kecil.
Melainkan mak ayah memang tak bagi anak main pen atau pensel. Tapi tu rasanya
tak mungkin berlaku kot? And kebarangkalian tu kecil sangat. Mana ada mak ayah
yang tak nak latih sensori anak-anak kan?
Ada
mak ayah yang memang tak ambil peduli pun anak-anak comel nak menconteng
dinding dan menconteng dinding. Ada mak ayah jenis yang memang ambil peduli
sebab mata sakit dan hati tak tahan bila setiap kali terpandang dinding. Kak Fa
tergolong di dalam kategori - tak kisah anak nak menconteng tetapi tetap akan
sakit mata dan tak tahan hati bila lihat dinding. Ibarat ditelan mati mak,
diluah mati bapak. Macam tulah... Cumanya setakat sehingga ke hari ini sedari
dia kecil belum habis sebelah tangan lagi kiraannya kekerapan Firash menconteng
dinding. Alhamdulillah dia faham yang nak conteng atas kertas. Kira berjaya
jugalah Kak Fa didik dia supaya tak jadikan tabiat menconteng dinding tu satu
amalan. Dia faham sangat dah...Kalau nak conteng, dia boleh conteng dalam
sketch book yang Kak Fa memang khaskan untuk dia. Boleh rujuk entri lama Kak Fa
iaitu Cara
Mengelak Anak-Anak Dari Conteng Dinding. Manalah tau kot ada tips-tips yang
Kak Fa kongsikan boleh membantu kan?
Bagi
yang rasa sakit mata dan tak tahan hati melihat graffiti di dinding rumah,
takkan nak kerap mengecat jer kan? Nak bersihkan dinding yang diconteng? Nak
mengecat semula malas? Lebih-lebih lagi dah nak masuk Ramadhan dan kemudian
Syawal menjelma ni kan? Mungkin boleh mencuba perkongsian oleh seorang ibu
melalui pautan di SINI.
Gunakan UBAT GIGI
dan SPAN BASAH. Tak pun boleh gunakan SODA BIKARBORNAT yang dicampurkan sedikit
AIR. Untuk contengan yang degil contohnya menggunakan permanent marker pen
boleh gunakan UBAT GIGI ATAU SODA dan gosok dengan BERUS GIGI. Kena sental kuat
sikit.
Jadi
pada mak ayah yang mempunyai graffiti di dinding rumah, mungkin boleh mencuba
petua atau tips ni. Melalui gambar yang dikongsikan oleh ibu yang berkenaan
nampak seperti ianya berkesan. Namun, nak tahu betul-betul berkesan ataupun
tidak - memang kena cuba dulu. Ikutkan Kak Fa nak cuba sendiri tetapi
disebabkan tak ada sebarang contengan di dinding oleh Iman Firash tak dapatlah
Kak Fa nak kongsi dengan anda. Kalau tidak boleh juga anda tengok hasilnya kan?
Benar-benar efektif ataupun tidak ya tak? Apa kata anda cuba dan kemudian anda
kongsikan pada Kak Fa pula? Boleh?
Atau
mungkin boleh mula gunakan "Chalkboard
Paint" | Penyelesaian Bagi Anak Yang Suka Conteng Dinding???
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.