![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Sekolah
tu sekolah juga ya tak? Tapi... Lebih umphhh kalau mak ayah top up sikit dekat
rumah. Bukan semata-mata nak anak lebih faham pembelajaran di sekolah
(akademik) tetapi juga nak anak belajar perkara-perkara yang tak diajar di
sekolah atau kurang diberikan penekanan di sekolah. Sambil-sambil tu - nak
eratkan lagi bonding di antara mak ayah dengan anak dan juga nak anak faham
yang tak kira apa pun - kita ni sebagai mak ayah adalah top supporter mereka
serta adalah individu terbaik yang mereka boleh rely on pada setiap masa dan
ketika, susah dan senang. Cumanya... penting untuk mak ayah memastikan
pengajaran dan pembelajaran anak di rumah berjalan di dalam keadaan selesa,
ceria dan bersedia untuk mengajar dan belajar. Kajian telah menunjukkan pengajaran
yang bermakna berlaku apabila anak belajar di dalam keadaan gembira dan ceria.
Waktu LARANGAN untuk mengajar anak di rumah pun kena tau juga.
Sila
ambil perhatian ya mak ayah... berikut adalah waktu-waktu LARANGAN untuk
mengajar anak di rumah:
Waktu Anak Lapar
Perut
yang lapar akan mengganggu tumpuan anak kepada apa yang diajar, lebih-lebih
lagi apabila makanan telah terhidang. Lebih menyedihkan kalau mak ayah
mengumpan makanan yang terhidang itu untuk mendapatkan tumpuan dan kerjasama
mereka. Tak baik tau... Kan ada pepatah...Gendang gendut tali kecapi, kenyang
perut senang hati? Bila anak lapar mana nak senang hati ya tak? Mana nak masuk
apa yang diajar.
Waktu Anak Mengantuk
Sama
juga konsep dengan waktu anak lapar, waktu anak mengantuk juga bukan masa yang
sesuai untuk mengajar anak kecuali aktiviti pengajaran mak ayah sangat menarik
perhatian anak dan juga menyeronokkan. Tak payah panggil, sendiri mari ok?
Waktu Mak Ayah Sibuk
Jangan
sekali-kali mengajar anak-anak ketika mak ayah hakikatnya sedang sibuk.
Pertamanya, mak ayah tidak akan dapat fokus kepada anak-anak dan apa yang
hendak diajar. Kedua, kesibukan mak ayah akan menyebabkan mak ayah sendiri
mudah dan cepat naik temperature sekiranya anak lambat untuk memahami apa yang
mak ayah ajar.
Waktu Mak Ayah Lapar
Lapar
juga boleh jadi punca yang boleh membangkitkan kemarahan mak ayah. Sekiranya
itu sahaja waktu yang mak ayah ada untuk mengajar anak, seelok-eloknya sila
alas perut mak ayah tu terlebih dahulu supaya ia tidak mengganggu konsentrasi
mak ayah itu sendiri untuk mengajar.
Waktu Emosi Mak Ayah Tidak Stabil Atau Marah
Apa
juga yang hendak mak ayah lakukan, tolonglah jangan sekali-kali sewaktu emosi
sedang tidak stabil atau marah. Jiwa kacau ke? Serabut ke? Please... jangan
proceed nak ajar anak juga pada waktu dan ketika itu. Memang blood go upstairs
cepat jer kalau silap sikit. Kesianlah... emosi anak akan terkesan apabila
dimarahi. Anak akan membenci dan cuba mengelak untuk duduk belajar bersama mak
ayah lagi. Sekiranya emosi tak stabil atau keserabutan atau marah tu baru jer
nak bermula, sila stop laju-laju sebelum ianya memuncak kerana pengajaran
selepas itu tidak akan bermakna langsung buat anak. Kalau proceed juga, trust
me... sia-sia jer dan tak dapat apa pun!
Nampak
simple dan remeh...Tapi benda nilah yang selalu berlaku di rumah bila mak ayah
mengajar anak di rumah. Kadang mak ayah tak sedar dan tak ambil peduli sangat
akan curfew waktu-waktu sebegini, tetapi sebenarnya teaching at the right time,
right point is also important other than teaching the right lesson and
effective method. Kannn? Betul tak Kak Fa kata?
Sumber
Rujukan: SINI
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.