Tips Untuk Faham Kerenah Anak Lelaki

Farah Waheda Wahid
0

Bab ni boleh rujuk kepada Kak Fa - even anak Kak Fa ni taklah ramai, lelaki nan seorang pun dah banyak sangat mengajar Kak Fa kerenah anak lelaki ni bagaimana sebenarnya ok? Jadi bakal-bakal ibu dan ibu-ibu baru yang mempunyai anak lelaki bolehlah luangkan sedikit masa untuk membaca entri tips untuk faham kerenah anak lelaki yang mungkin anda tak lalui dan nampak lagi perjalanannya ni. Sekurang-kurangnya, bila dah baca anda boleh anticipate keadaan bagaimana yang berkemungkinan anda lalui pada masa akan datang.

Kak Fa terbaca satu artikel di pautan di SINI dan Kak Fa sebenarnya bersetuju dengan perkongsian tersebut di mana menurut artikel tersebut, cara penjagaan anak lelaki dan anak perempuan memang tidak sama. Iyalah... GrandMa Firash sendiri pun selalu cakap macam tu... Ha ha ha...Katanya jaga Mommy dulu tak sama dengan jaga Firash. Haaa...kannn... Anak lelaki memerlukan ibu bapa lebih fokus dan lebih tenaga untuk menjaganya berbanding anak perempuan kerana kebiasaannya anak perempuan memang patuh pada arahan. 

Anak lelaki ni memang sifat semulajadi mereka yang lebih suka meneroka dan aktif berbanding anak perempuan. 

Cara Anak Lelaki Belajar


Anak lelaki ni, kalau kita tanya - Hari ni Firash belajar apa dekat school? Ada hari dia rajin jawab (jawab dengan ringkas seringkas-ringkasnya) - Reading and writing. Semalam tanya jawab reading and writing juga, kelmarin tanya pun jawab reading and writing juga. Memang tak ada belajar benda lain ke? Ha ha ha...Kadang-kadang Kak Fa yang tak puas hati dengan jawapan dia, Kak Fa tukang tambah jawapan dia... Ada belajar drawing tak? Ada belajar solat tak? Dia jawab ringkas juga... Yaaaa... 

Cara Anak Lelaki Aktif

Anak lelaki lebih kepada mechanical function. Itu yang kita tengok budak-budak lelaki suka melompat, bergerak, berlari. Kadang-kadang kita panggil dia suruh dia duduk sebelah kita sekejap, dia datanglah duduk, tak sampai seminit.... hilang... Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect anak lelaki macam anak perempuan, duduk diam-diam, baik-baik, elok-elok. No no no no no.... Boys will always be boys... Masa bergerak masa tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys...

Tahap Pembelajaran Anak Lelaki Lahir Awal Tahun Dan Akhir Tahun

Frankly speaking, kita tak boleh bandingkan tahap pembelajaran mereka kerana semestinya yang lahir awal tahun itu sudah banyak perkembangan dari yang lahir di akhir tahun. Yang lahir awal tahun tu, dia dah boleh berlari dah, yang akhir tahun tu baru keluar dari perut maknya, terkebil-kebil pandang siling. Botol susu pun tak reti pegang lagi. Takkan nak bandingkan yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Ha ha ha... Perumpamaan...

Apa Yang Anak Lelaki Suka Bila Dia Belajar

Anak lelaki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on (pegang-pegang, experiencing benda tu), suka eskperimen. Tak macam anak perempuan, kita bagi latih tubi pun mereka boleh siapkan. Anak lelaki, kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, walaupun tak siap latih tubi, jadi juga orang kan? In Shaa Allah...Amin amin ya rabbal alamin....Learning and teaching method untuk anak lelaki ni berbeza dari anak perempuan. 

Jangan terkejutlah... bila anak lelaki suka nak jadi ahli kimia dalam bilik air , ubat gigi, campur shampoo, campur shower gel - habissss! Suka main campur-campur semua benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok-elok pun - dia baraikan. Ha ha ha...


Lokasi Masa Belajar Anak Lelaki

Masa belajar anak perempuan duduk tepi tingkap tak apa. Anak lelaki jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi? Anak lelaki suka benda bergerak? Itu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, sebabnya banyak gangguan tepi tingkap. Kucing lalu, dia pandang. Burung terbang, dia pandang. Lipas, cicak segala jenis mak nenek haiwan dan manusia lalu dia pandang. Make sure, anak lelaki kita bila belajar suruh cikgu letak jauh dari tingkap dan pintu. Ha ha ha... Skema tak? Duduk tengah-tengah barisan atau duduk depan...

Akan Ada Kejadian Bila Kita Menjerit Panggil Anak Lelaki, Dia Buat-Buat Tak Dengar!

Ketahuilah sebenarnya bukan dia buat-buat tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanlah tak dengar. Ya memang, dia tak dengar.Kajian menunjukkan anak lelaki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau surau bapak dia yang garau, tak yah jerit pun, laju jer dia dengar. Ha ha ha...Macam mencabar keimanan Mommy jer tau, ingatkan pura-pura tak dengar. So, mak-mak kalau nak panggil anak lelaki, memang kena pergi dekat dia, lalu panggillah elok-elok nescaya dia akan mendengar. Tak percaya boleh buat eksperimen ya? Anak perempuan, rasanya dua-dua dia boleh dengar... Ha ha ha...Jerit pun dia dengar, perlahan-lahan pun dia dengar. Girls can hear 10 times better than boys ok? 

Bila Kita Marah Anak Lelaki

Bila kita marah anak lelaki, suruh sit down and quiet. Sila perhatikan berapa lama boleh sit down and quiet tu. Kejap jer... tiba-tiba dia akan start cuit sana, cuit sini. Bab solat pun sama, kejap cuit Mommy lepas tu sambung solat. Budak lelaki, boring jap, dia keluar dari kawasan sejadah tu ha. Main lari-lari sekejap, rakaat nak habis baru dia masuk kawasan sejadah tu balik.

Kita nak didik anak, kalau tak ada ilmu tu yang jadi nak marah-marah , tak faham anak, suka melabel anak nakal, walhal hakikatnya sebab ilmu tak cukup. Hari-hari doa dekat Allah minta anak pandai, bijak, cerdik, menyenangkan hati kita dan segala bagai. Nak anak pandai, bijak, cerdik, menyenangkan hati kita segala bagai bukan Allah bagi ting ting magis. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, bijak, cerdik terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu, cubaan ini yang dia akan buat dan main di dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang seperti doa yang kita minta.

Allah hantar anak-anak untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !