Serius... Kak Fa Tak Nak Anak Tuang Balik Pada Kak Fa!

Farah Waheda Wahid
0

Bukan setakat dalam drama jer... Dalam kehidupan realiti sendiri Kak Fa dah banyak sangat tengok... anak tuang balik pada mak ayah bila anak-anak dah dewasa. Serius... Kak Fa tak nak anak tuang balik pada Kak Fa! Nak besarkan anak bukannya satu perkara yang mudah dan boleh dibuat main-main. Salah cara didik, kelaut jadinya. Pendek kata, apa yang kita buat pada waktu anak-anak kecil, itulah yang akan "dituangkan" balik kepada kita. Tak ada siapa sebenarnya boleh baca pemikiran Kak Fa yang complicated ni... ha ha ha... Tapi yang pasti apa yang Kak Fa boleh katakan Kak Fa sentiasa flashback kembali, agak-agak cukup ke kasih sayang dan layanan yang Kak Fa bagi pada Firash?

Someone read my mind and he came up with a posting that has been shared via this link quoting that:

Apa Yang Kita Ajar Anak?

Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi-pagi buta, bila balik dah senja, dah malam, anak-anak seronok tunggu dekat muka pintu sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tonton televisyen. Anak-anak bising, anak-anak datang tanya nak bersembang - kita sama ada marah-marah sebab mereka bising atau kita suruh mereka main sendiri sambil kita sibuk dengan diri kita sendiri.

Bising jer...Pergilah duduk sana!

Baru jer jumpa setelah ditinggalkan seharian suntuk dah kena marah dah kena tolak. Anak-anak nak cerita apa yang mereka lakukan di sekolah, mata kita tengok telefon pintar. Tengok Facebook, tengok What's App, taip balas komen, tersenyum sendiri. Lepas itu anak-anak tengok sahaja segala kelakuan kita. Kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah lagi dia. Maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.

Tengok Muka Anak-Anak Tidur

Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita ni mak ayahnya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Tak percaya, cubalah buat. Kak Fa selalu buat cam ni kot? Masa tu, memang rasa bersalah tu Allah jer yang tau ok? Teringat kita marah dia tadi, teringat kita tak layan dia, buat tak tahu dekat dia. Tapi Kak Fa taklah buat macam ni... Memang Kak Fa akan cuba sedaya upaya untuk avoid kecuali keadaan betul-betul memerlukan.

My mentality, seharian anak-anak tunggu kepulangan kita, lama kan? Pada kita mungkin sekejap tetapi pada anak-anak lama nak tunggu kita sampai rumah tu. Kemudian, patut ke kita layan anak-anak macam tu? Sedar tak sedar setiap hari kita sebenarnya telah mengusik hati anak-anak.

Sebagai mak ayah - kita kena sentiasa ingat yang kalau hari ni kita buat macam itu pada anak, tunggu lagi 10-20 tahun. Agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama ke tidak agak-agaknya? Masa tu kita nak kata dia derhaka, sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu dengan kita?

Salah Didikan Ke?

Wake up! Kita yang didik dia jadi macam tu. Kita tak luang masa dengan anak-anak kita, pentingkan telefon pintar lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi telefon pintar kita tu bila kita di rumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak nak cakap, nak cerita, main dengan diaorang. Ajar diaorang kerja-kerja sekolah. Itu dah tugas kita sebagai mak ayah. Bukan beranak lepas tu biar jer... Pandai-pandai sendirilah sebab dah besar. Gittew... Ada kan jenis macam ni kan? I am not perfect myself but I've tried my best not to... Telefon pintar hanya selepas Firash tidur. Once in a while sahaja ketika dia berjaga.

Bagi Kak Fa, kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak akan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka. Let's change together! Optimise to cherish all these moments together.

Orang kata, Kak Fa obses dengan anak. Taksub dengan anak... Well... Baby you just don't understand what I see ahead in the future and what I think inside of my mind...Anak Kak Fa ni seorang sahaja... Peluang nak merasa semua tu cuma sekali. Bukannya tak sempat atau dah terlajak dengan seorang anak, ada dua tiga orang anak lagi yang boleh ditebus selepas tu supaya tak rasa bersalah sangat. Sekali silap...That's it... No more going back... Hurmm...macam tulah keadaan pemikiran Kak Fa ni.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !